Sunday, October 30, 2011

Menjejaki tapak kapal terbang

Assalamualaikum..

Ini cerita minggu lepas, lepas punya lepas. Aku kan suka publish cerita lama-lama. Nostalgia katakan. Lagi-lagi publish dalam blog sendiri yang bagaikan diari ini.


Sungguh indah pemandangan ciptaan Allah S.W.T itu. Aku sangat bersyukur kerana aku diberi penglihatan untuk melihat semua ini. Alhamdullilah. 

Jika hari tidak hujan,
Jika bosan menguasai diri,
Ronda-ronda menjadi pilhan,
Ronda-ronda dengan moto sendiri. 

Aku pernah tengok gambar-gambar budak UTM yang bergambar dengan kapal terbang yang terdapat dalam UTM nie. Tapi yang aku pelik sepanjang 3 tahun setengah yang lepas aku dop kat UTM nie, aku tak pernah sampai dan tahunye kat mana kapal terbang ini terletak. Kesiannya kat aku kan. Ish2x..

Dengan itu, bersama azam dan tekad yang kuat untuk menjejaki dimana tapak kapal terbang itu aku masuk setiap lorong-lorong gelap dekat UTM nie yang mana aku tak pernah masuk, akhirnya aku berjaya menjejaki dimana terletaknya. Huhh suka sangat.

Bila dah kapal terbang depan mata (maklumlah aku mana pernah merasa duduk dekat dengan kapal terbang nie), jadi ambik lah gambar bersama-sama. 


Rumate aku feeling bagaikan berada di angkasa raya.


Bergambar dekat dengan kapal terbang. Dah kata tak pernah duduk dekat kan. Nie memang dah dekat laa. Hai..Hai. Kapten..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails