Assalamualaikum..
Setelah lebih 10 tahun tak g Melaka, 2012 telah membuka kembali kamus kehidupan aku untuk aktiviti di Melaka. Fuyoo ayat sekema giler.. ^^,
Kalau 10 tahun yang lepas, aku ke Melaka atas alasan lawatan selepas UPSR bersama-sama guru2 dan sahabat darjah 6 (boleh laa teka umur aku skrg berapa), kali nie aku ke Melaka bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan sahabat seuniversiti aku, Siti Zarifah Sarif dan pasanganya Zahari. Tahniah sahabat..
Kawan aku nie akad dye hari Jumaat, so pagi Jumaat tu kami gerak dari UTM. Tengahari sampai sana singgah dulu rumah mak sedara kpd seorang kawan nie sebelum ke rumah sahabat yang nk khwin nie. Petang tu ke rumahnye sebab dye nikah lepas asar. Kat rumah pengantin perempuan nie kami sempat laa rewang. Rewang buat bakul telur, letak telur dalam bakul n letak cenderati untuk tetamu dalam plastik bag je. Kira rewang laa gak yaa sebab lbh kurang 1000 biji telur kami kene sediakan. Oh mak.. Selesai semua tu dalam pukul 7 petang, tanpa makan. Berselerak semuanya.
Lepas siap semua isi2, kemas2 n makan2 kami yang seramai 9 orang terus cabut sebab malam tu ada agenda lain pula. Nantikan..
p/s ~ Sahabat kami juga sudah selamat di nikahkan dengan pilihan hatinya. Moga kekal hingga ke syurga. Amin..