Sunday, April 1, 2012

Hari ini : 5 tahun

Assalamualaikum..

Hari nie genaplah 5 tahun pemergian seorang guru yang sangat baik, lemah lembut tapi tegas merangkap cikgu yang mengajar aku bahasa Inggeris sewaktu form 5. Permergiannya sungguh tak disangka. Namun, sewaktu beliau sakit aku sempat pergi menziarahinye di hospital. Saat itu sungguh menyedihkan. Beliau pada anggapan aku pada waktu itu totally memang tak sedar dan tak ingat apa-apa. Namun aku tak kisah semua itu yang pasti aku dapat mencium kedua-dua belah pipinya. T_T

"Sesungguhnya teacher, Shera rindu sangat ngan teacher. Wajah teacher masih lagi dalam ingatan Shera. Tak akan sesekali Shera melupakan teacher. Luv u teacher. Al-fatihah.."

Kawan-kawan Shera ngan sahabat-sahabat teacher juga rindukan teacher.



p/s ~ Sesungguhnya kasih sayang Pencipta kepada teacher lebih lagi..

3 comments:

shiema sufian said...

semoga ditempatkan di kalangan org org beriman. Amin.

cinta siswi said...

mesti sedih kn hilang org yg kite syg.. :"(

al fatihah

J.Syazwana said...

al-fatihah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails