Friday, April 27, 2012

Balik kampung : cuti hari pekerja

Assalamualaikum..

Hai apa khabar warga-warga kampung? Saya kini membuat liputan dari kampung sebelah bandar.. (maknanya ada kat kampung laa sekarang nie)..Keberadanya saya di sini pada hari nie untuk menyatakan yang hari Selasa ini adalah HARI PEKERJA. Maka dengan ini saya isytiharkan hari Selasa ini adalah HARI CUTI..Yahooo


Tapi... aku bukannya seorang pekerja nak cuti-cuti nie. T_T 

Biarpun begitu, aku dah selamat jejak kaki kat kampung dah pun. Ober sangat aku nie kan. Padehal kalau kat Johor hari nie mana cuti lagi. Aku je yang dah cabut lariiii.. Haha.. Meninggalkan segala keserabutan yang ada bila berada di UTM tu.. *lega

Pada awalnya aku tak nak balik pun sebab aku ada ckp ngn mama nak balik bulan 6 lepas assessment. Biar pun ada 2 orang lab rats cakap nak balik aku still ignore je pasal tu.. Tiba-tiba aku dapat tahu my partner room pun nak balik gak sebab nak jumpa tokki (datuk) dye balik umrah. Tambahan pula aku ada call mama cakap yang pasal balik-balik nie..

"Mama : Lepas tu ngah xse kelik kow? Dae kow nak tnggu sapa bule 6. Sebulan lebih lagi tu.."

Ayat itu menyentap hati aku. Aku kalau sebulan sekali tak balik or tak tengok family rasa cam pelik n sedih je kat situ. Aku cakap laa ngan mama nanti nak fikir balik n wat keputusan. Aku bincang ngan rumate kalau dye balik aku pun nak balik, cuma cara kepulangan je lain-lain. Lepas tu dye cakap dye pun nak balik. Jadi pagi khamis tu berdesuppp aku rempit moto ke Sri Puteri.

Sampai je kat Sri Puteri aku g laa kat kaunter ticket KKKL, bas yang selalu aku naik. Aku tnya tcket tuk ari Jumaat malam tapi dah habis. Aku dah agak mesti orang yang bekerja ramai yang balik. Maklumlah selasa cuti, yang hari isnin tu minta cuti lain. Aku pun mula cari tcket2 d kaunter lain. Kat Johor nie bukan ada banyak pun bas yang pergi Kelantan. 1 SYARIKAT 1 BAS je. Alahaaii sudahlaa orang Kelantan kat Johor tu ramai.. Tanya kaunter2 lain pun semua jumaat malam dah habis. Aku dah macam xjadi nak balik dah.. T_T

Nak balik hari khamis, proposal xsiap lagi nak hantar kat Dr. Kalau balik hari Sabtu alaahh kejap sangat dop rumah plak. Fkir punya fkir, aku beli je tcket hari khamis malam. Proposal tu nanti aku emel je kat lab rats yang balik hari nie suruh bagi kat Dr. So setel.. Email pun sudah di hantar hari nie.. Aku pun dah selamat pulang. Melihat senyuman Mama dan Papa membuatkan aku bahagia.. Hoyehh..

p/s ~ Kalau tak tahan rindu, telefon laa.. Kalau tak tahan juga, seelok-eloknya pulang laa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails