Thursday, November 29, 2012

Kenangan Berlari Zaman Sekolah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Korang pernah masuk acara lari lari x? Masa sekolah rendah - merentas desa, sekolah menengah - atlet sekolah or zaman Universiti - wakil Masum. Tak pun bila dah kerja nie. Tu pun buat yang dah kerja la. 

Aku ofkos pernah masuk acara lari2 nie. Masa sekolah rendah [merentas desa], aku rentas desa lalu depan rumah keluarga aku. Masa rentas depan rumah tu, nak je aku mintak air ngan mak aku. Tapi aku takut kawan2 lain nak jugak aku xmintak ahh.. Haha giler kejam aku kan. Masa sekolah menengah pula, aku tak jadi atlet sekolah pun. Tapi aku ada gak masuk acara lari nie. Tapi aku xtahu acara apa dah [lupa]. Tapi yang pastinya ada kene p mintak duit, macam derma ngan jiran2 or sapa2 sahaja. Ahh sama macam merentas desa tu ah. Ada nak kene p mintak duit. Yang bagi duit pula xnak dikenali  letak nama 'Hamba Allah'.  Penuh nama 'Hamba Allah' dalam kad tu. Aku pula mintak duit ngan mak aku je. Kalau cikgu kata nak RM 15, hahh mak aku bagi je RM 15. Mak aku tak mahu anak dye nie g mintak sedekah. Muhaha.. Padehal aku yang malas g mintak

Zaman Universiti pula, aku ada ah masuk acara lari2 nie. Tu pun baru hujung minggu baru nie. Sepanjang 4 tahun kat U, minggu lepas laa kali pertama aku masuk acara lari anjuran Kolej kat U. Muhaha. Yang lain2 aku main lari sorang2 je. Maklumlah kawan2 lain dah kurus. Mana nak lari2 macam aku nie. Kan nanti diorang tinggal tulang pulak. Untuk zaman kerja pula, tunggu aku update lain kali ya. Aku tak masuk lagi alam pekerjaan nie. InsyAllah masanya akan tiba jua.

Membebel banyak2 nie aku sebenarnya nak kasi TOP 15 REASON TO RUN ajo sebenarnya. Hehe. So, yang 3 perenggan tu angap ajolah aku membebel, mengembalikan zaman lari2 kat sekolah dulu ya. Mesti korang rindu zaman mintak duit bagi nak cukupkan jumlah cikgu nak kan? Tak ngaku pun aku tahu korang rindu, sebabnya aku rindu. 

getrunning

p/s ~ sekian sahaja entry lari2 dari aku.

Wednesday, November 28, 2012

Lakukan yang Allah SWT Suka

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Nak puaskan hati manusia nie susah. Usah pedulikan manusia nie. Yang pernting kita lakukan apa yang Allah SWT suruh. 

Tuesday, November 27, 2012

Senyum :: Perbuatan Paling Mudah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


p/s ~ ukirkan bibir anda dengan senyuman..

Sunday, November 25, 2012

Ciptaan Allah swt yang Indah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dengan berlatar belakangkan Bukit Larut yang menghijau membuatkan aku bersyukur kerana dikurniakan penglihatan untuk melihat kehijauan dan keindahan alam ciptaan Allah swt ini. Alhamdullilah. 

Aku percaya tentu ramai yang bercerita akan keindahan Taman Tasik Taiping nie kalau mereka ke sana. Aku sebelum pergi, sangat teruja nak tengok sendiri keindahan Taman Tasik Taiping nie dengan kaca mata sendiri kerana terpengaruh dengan pembacaan dr mereka2 yang dah menjejakkan kaki ke sana. 

Peluang yang diberikan memang tidak akan disia-siakan. Kebetulan one of my lab rat's nak kahwin and dye adalah orang Perak, so memang peluang tak akan disia2kan. Berpandukan papan tanda, dengan kereta pinjam dari kakak ipar beliau akhirnya kami berjaya jejakkan kaki kat Taman Tasik Taiping. 


Then the view sangat cantik. Ya Allah. All the pictures without edited hokay. Memang asal cam nie dari kamera yang bukan mencecah ribu2 ringgit. 


Dahan pokok yang hampir mencecah air dan ada sudah mencecah air menjadikan keadaan sangat cantik. Bias dahan dan pokok2 di dalam tasik lagi menambah kecantikkannya. Allah maha Besar.


Suasana yang seakan-akan berada di obersea. Tapi hanya di Malaysia tanah tumpah darah ku.

p/s ~ sangat mencintai keindahan.

Saturday, November 24, 2012

Baba's Rebut & Menang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari tu, Baba's ada buat peraduan la. But peraduan dye jenis yang online dan ada time2 dye. Satu hari tu ada 5 sesi dan setiap sesi tu akan ada 10 pemenang. Manyak gilerr kan pemenang baba's kalau diikutkan one day tu. Peraduan Baba's tu namanya Peraduan Rebut & Menang. Memang kene berebut laa coz aku rasa ramai yang masuk peraduan mcam nie. Dah laa tak perlu berhabis duit beli barang2 dye dulu, just like kat FB je. 

Aku memang usaha berebut kaw2 la. Tapi setiap kali aku buka page baba's tu setiap kali tu juga la peraduan dah tamat la, sesi dah habis la. Huwaaa. Napa time aku online dah habis semua2 tu. Baba's tak nak bagi aku menang ke?

Dan ada lah satu hari tu, aku tak tido petang, aku p online. Yehh peraduan baba's tengah berlangsung time tu. Aku apa lagi terus masuk dan isi beberapa kali. Sampai laa peraduan tamat. Haha giler aku nak barang baba's kan. Harus tunggu sampai peraduan utk sesi tu habis sebab nak tengok nama naik ke tidok. *_*

Jeng2x. Dengan usaha yang bersungguh2 semestinya dapat hasil kan. Nama aku naik tuk sesi tu. Alhamdullilah. Lepas tu staf baba's  ada col nak comfirkan alamat. Then selepas comfirmkan alamat, apa lagi barang baba's pun tiba laa kat rumah dengan selamatnya. Barang itu adalah

APRON


Hehe. Nie je barang yang aku dop berebut dekat FB baba's tu. Muhaha. Jadilah kan. Niat aku cuma satu je, nak tukar apron yang dah lusuh kepada apron yang baru. Kakak aku suko beno guna apron. Aku pula bila masak jenis memang xguna apron pun. Sebabnya aku hanya masak air. kahkahkah

p/s ~ TQ BABA'S FOR THE APRON!

Thursday, November 22, 2012

Jom Puasa 9 & 10 Muharram

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Marilah kita sama2 berpuasa. Takde ruginya berpuasa nie sebab secara tak langusng leh tambah pahala, leh restkan organ2 badan kita. Marilah!!

p/s ~ saya mengajak semua kawan2 membuat kebaikan. InsyAllah..

Salurkan Bantuan Anda :: Gaza We Care

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Hulurkan seikhlas hati buat mereka. Kasihanilah mereka. Bersyukurlah kita kerana berada di bumi Malaysia. Alhamdullilah..

p/s ~ Tangan memberi lebih baik dr tangan yang menerima..


Wednesday, November 21, 2012

**Cakk**

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

My Day?? Hehe


p/s ~ mengedixx di majlis orang

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah, masih lagi diberi nafas sehingga ke hari ini. Syukur kepada Mu. Apa azam baru anda? Jangan nak tunggu tahun baru Masihi baru nak berazam bagai. Tahun baru Hijrah juga boleh buat azam. 



Sempena tahun baru Hijrah nie jangan lupa baca doa. Sekali setahun je baca doa nie. Nak tahu doa apa google la. Banyak terselit doa awal tahun dan akhir tahun kat google. 

p/s ~ Moga tahun baru, memberi semangat baru untuk berubah ke arah kebaikan belako..

Wednesday, November 14, 2012

Alhamdullilah

Bismillahirahmanirahim dan Asslamualaikum..



Aku dilahirkan sebagai seorang Islam. InsyAllah aku akan kekal dengan agama ini hingga akhir hayat aku. Ya Allah, teguhkan Iman hambaMu ini. Jangan lah kau bolat balikkan hati hambaMu ini.


Saturday, November 10, 2012

Jahitan #1

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualikum..

Tak terniat dalam diri yang one day aku akan menjadi seorang yang jahit manik. But inilah yang dikatakan ketentuan. Kisahnya bermula..

My mum ada upah orang jahit manik, dan kesudahannya jahitan manik tu agak sedikit but bayarannya agak mahal. Tak berpatutan right. Betul ada pepatah mengatakan "biar papa, asla bergaya", but it doesn't means that yang kita xleh nak amik tindakan daripada tu.

Mula daripada lembaran peristiwa tu, aku cakap la kat my mum yang aku nk try laa jahit manik. Apa laa yang susah sangatnye. Then aku beli manik2nya, aku beli set jarum pelbagai size tu, beli benang dan semestinya aku juga beli kotak untuk isi manik. Takde lah berselarakkan manik2 tu nanti.


Inilah dye hasil pertama aku. Aku jadikan baju aku sendiri sebagai bahan eksperimen aku. Kan nanti buat baju orang, susah plak bila tak jadi dan orangnya tak berkenan. So jahitan ini manik cam gnie aku letak RM 50. Mahal ke murah?

p/s ~ semakin hari semakin improve cara jahitan


Friday, November 9, 2012

20 perkara membawa ke Syurga

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Pasti ramai yang bergembira bila hari nie dah hari Jumaat kan? Tipu sangat kalau xgembira bila dah tiba hari Jumaat. Kat FB tu sorang2 dop post cakap "yehh hari Jumaat". Tak caya? Ce tengok FB korang tak kan nak tengok FB aku lak.  ekeke..

Hari nie plak dah start cuti mid semester bagi budak2 UTM. So balik laaa!! Kemungkinan seminggu yang bakal berlalu nie sepilah UTM ya. Bagus macam tu, xde laa serabut sangat UTM nie ngan kete, moto. Nak beli makanan pun ada banyak lagi lebihan. Haha fikir tuk kepentingan diri sendiri je aku kan. Ada aku kisoh??



Tak nak cakap banyak just want to share the picture. Hope muhasabah diri. Mana kekurangan sila tambah2kan. Mana kelebihan sila ganda2kan. Kita hidup di dunia nia hanya sementara je. So kejarlah untuk nak bawa di kehidupan yang akan datang. 

p/s ~ Selamat beramal. 

Wednesday, November 7, 2012

trying to improve myself

Bismiilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Masing-masing ada kekurangan, kelemahan. So, learn from them, InsyAllah kalau kita bersungguh-sungguh nak berubah Allah SWT akan membantu kita.


p/s ~ Meneruskan perjuangan untuk jadi lebih baik

Saturday, November 3, 2012

crepe jagung manis

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Orang sekarang dop sibuk jangan CREPE DURIAN, aku pun nak menyibuk jugak. Tapi bukan dengan CREPE DURIAN tapi CREPE JAGUNG MANIS. Ngeh2x.. Crepe ni aku cipta berdasarkan ke'kreatif'an aku. Wahh kreatif laa sangat aku nie. Holaaa. Korang tak payah nak amik serius sangat dengan ke'kreatif'an aku tu. 

Aku terpaksa jadikan diri kreatif sebabnya musim sekarang susah nak cari durian. Lagi pun aku x berkesematan nak g pasar cari. Kalau cari kat pasar pastinya mahal harga. Jadi nak save budget juga nak cepat, aku bantai letak je apa yang ada. Dan ianya menjadi lah juga walaupun cara lipat tu tak kemas. Lagipun bukan aku nak jual, nak makan dengan keluarga je.



Leh laa tengok gambar beserta no tu.

No 1 : Adunan lempeng
No 2 : Lempeng tengah di masak
No 3 : Bahan yang diperlukan [whipping cream & jagung manis]
No 4 : Whipping cream yang dah dipukul sekuat hati. haha
No 5 : Lempeng bersama intinya
No 6 : Dah siap. Sedia untuk dimakan.

Kalau korang xtahu cam mana nak buat leh laa rujuk blog-blog ini.  Kat cnie memang detail di olah cara membuatnya. Cahaya Cintaku dan Masam Manis. Selamat membuat dan moga maju jaya.

p/s - akak aku request nak benda nie. 

Review : Paranormal Activity 4


Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Paranormal activity 4? Hailaa tiba2 g tengok cite nie padehal paranormal activity yang before2 nie xpernah tengok pun. Mimpi ngeri kah aku g tengok cite nie? No..No.. Aku g tengok pun atas ajakan dan desakan lab rat's. Dah laa aritu aku baru sampai dari kampung[pagi], petang tu ajak aku kuar. Memang jem otak aku dengan tak cukup tido. *atas bas bukan selesa sangat tido pun.

Berbalik pada cite paranormal activity 4. Aku agak pening tengok cite nie. Sebabnya kita tengok pe yang kamera video or laptop yang rakam. Haailaa. Tambah pula, dye punya cite nie wat year by year and ada gak day by day. Suspen tu ada, but seperti yang aku cakap memang aku pening tengok cite nie. Dah laa bagi aku cam slow semacam je. Aku pula memang xtengok cite nie yang before lagi laa bertambah2 ketidaksukaan aku akan cite nie.  1jam 57 minutes cite nie ditayangkan aku rasa macam lama. Beberapa kali aku tengok jam. 


tengok trailer lu

Gene horror memang ada. Haha aku beberapa kali pinjam lengan kawan nak cover muka. Bukan penakut but aku takut terkejut benda tu kat depan2.. Dah laa dye punya rakaman tu dekat ngan muka. Masa mula2 cerita pun ada yang dah menjerit kat dalam panggung tu sebab terkejut. Tak kurang juga ada yang dop gelak2. Hailaa pe yang kelakar sangat tu?

Itu ajelah akunye review sal cite ni. Aku bukan nak review sangat. Saje nak update blog. Kah2x.. 

p/s ~ Sebenarnya nak tengok cite 'TED'. Tapi kat Bukit Indah xde plak cite tu. Menciikkkk!!

Thursday, November 1, 2012

Jodohnya dah tiba

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Bye October, hello November! Please give me something to remember..

Baru dapat mesej, beliau dah nak kahwin. Akhirnya ketemu juga dengan pelengkap dirinya. Tahniah.. Bukan berita ini yang aku nak ingatkan tapi something good that are related with me.. Hope your life with your partner would last until the end of life. Selamat menempuhi alam baru.

p/s ~ masih simpan no aku rupanya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails