Friday, January 31, 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum. 

Selamat menyambut tahun baru Cina buat sahabat penulis dan juga buat rakyat Malaysia khasnya yang menyambut pada hari ini.



Semalam p usha kedai kain sebab nak beli kain nak buat baju raya tapi kebanyakan kedai kain tutup. Sebabnya kedai itu dimiliki oleh orang Cina. Awal depa cuti. Maklumlah semalam kalau tak salah penulis adalah malam untuk mereka berkumpul anak beranak untuk makan besar. Ada satu kedai ni dia letak notis cakap kedai akan dibuka pada 5hb feb. Waduhh dong seminggu cuti ya. Tak takut rugi ke?? Hehe


P/s - awal giler g cari kain nak buat baju raya. Posenya pun entah kemana lagi. Hehe

Thursday, January 30, 2014

Roti Sosej Meleleh

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Bila kat rumah dan semua orang ada, mood nak memasak itu ini sangat lah tinggi. Hinggakan azam tahun ini hilang entah kemana. MasyaAllah.. Kene kuatkan hati teguhkan iman ni. hehe. 

Mood nak memasak tu ada bila kita tahu akan ada orang yang akan makan. Sebabnya sebelum ni kat rumah hanyalah ada penulis, parents n adik sorang. Bila kakak n adik lelaki nak balik mulalah tangan nie gatal-gatal nak masak. So menu baru kali ini sesuai sangat untuk dibuat breakfast dan minum petang. Tersangatlah mudah cara nak membuatnya disamping bila kita buat makanan ni, ianya boleh disimpan sejuk beku dan bila nak makan boleh terus goreng. Penuli rujuk bahan dan cara membuat Roti Sosej Meleleh nie kat blog Puan Ana. Untuk bahan-bahannya ialah pertama harus ada roti.


Roti ni penulis guna roti gardenia dan sebabkan penulis malas, tepi roti tidak dibuang. Lagi pula penulis fikir kalau buang nanti nak buat apa. Macam membazir pula kan. So penulis amik pilihan guna semua. Roti itu haruslah dicanai supaya senang untuk proses mengulung nanti.


Bahan kedua haruslah ada sosej. Nama lagi Roti Sosej wajib ler ada sosej. Kalau takde sosej or xguna sosej jangan taruk nama sosej ya. Sosej nie hendaklah dicelur dahulu. 


Untuk dapatkan hasil yang meleleh, penggunaan chesse juga wajib. Tapi cheese nie lebih kepada sampingan aje sebenarnya. Kalau ada guna. Kalau takde xpayah nak susah-susah p beli. =)


Kemudian telur. Asingkan warna telur. Bahagian kuning diguna untuk melekatkan bahagian hujung gulungan. Dah habis gulung campur bersama kuning dan putih untuk diguna sebelum proses golek-golek atas bread crumbs. 


Bread crumbs yang penulis guna. Beli di Mydin harga RM8.50. Sama jenis yang macam kat blog Puan Ana. 


Cara susunan bahan-bahan sebelum digulung. Roti yang dicanai, kemudian dihampar dengan cheese diatasnya sebelum sosej diletak. Dah ada tiga bahan tu boleh lah mengulung. Dah gulung celup dalam telur barulah golek-golek atas bread crumps. Dah siap golek-golek bolehlah digoreng.


Taraaa. Inilah hasilnya selepas dipotong dua. Yumilicious..

Wednesday, January 29, 2014

I'm Shaklee Independent Distributor

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Akhirnya setelah sekian lama memikirkan akan perihal ini akhirnya penulis membuat keputusan yang sangat bijak iaitu memilih untuk menjadi ahli Shaklee. Semalam dengan berbekalkan semangat dan keazaman penulis telah menjejakkan kaki ke branch Shaklee di Kota Bharu yang berhampiran dengan Billion untuk membuat pendaftaran sebagai ahli. 

Masuk aje pintu pejabat Shaklee ada seorang akak intertain penulis. Namanya Sofea dan secara tak langsung penulis telah mendaftar ahli dibawah Sofea. Sofea ni mungkin lebih tua dari penulis sebab dia bahasakan diri dia akak. Untuk pengetahuan bagi yang berminat nak menjadi ahli, bila anda walk in ke mana-mana branch Shaklee sendiri bayaran yang dikenakan untuk menjadi ahli seumur hidup adalah RM65 sahaja. Tapi bila anda mendaftar diatas talian anda dikehendaki membayar RM75 kerana RM10 adalah untuk harga pengeposan starter kit. Jadi untuk jimat silalah ke branch shaklee yang berhampiran anda dan bolehlah membuat pendaftaran ahli bawah ID penulis iaitu 1106995. Sebelum membuat pendaftaran menggunakan ID penulis boleh maklumkan kepada penulis dahulu ditalian seperti butiran yang dibawah atau bagi mereka yang ingin mendaftar di branch Kota Bharu boleh hubungi penulis untuk jumpa dahulu.


Untuk yang berminat nak mendapatkan produk-produk shaklee pula boleh hubungi penulis untuk tahu lebih lanjut perihal produk-produk yang ada. Jangan malu atau segan, hubungi sahaja penulis. Jika penulis boleh bantu, penulis akan bantu dengan sehabis yang baik. Anda dialu-alukan untuk hubungi penulis walau dimana sahaja anda berada. Sekian.

p/s ~ i'm a new learner. Please guide me if i'm wrong. TQ

Thursday, January 16, 2014

Moga dipermudahkan

Bismillahirahmanirahim dan AssalAmualikum.

Debaran kian terasa. Perasan gemuruh, gementar bergabung MELETUP!! Moga semuanya dipermudahkan urusan. Lagi 3hari untuk menghadap hari yang penentu segalanya. Actually penulis akan VIVA pada 20hb nie iaitu Isnin. Penulis harap reader semua doakan penulis ya. Risau plak penulis. Nak sembahyang hajat, ngaji Al-quran nak tenangkan diri tak dapat sebabnya penulis Allah Bagi Cuti. 

Ni ada doa-doa yang penulis amalkan semenjak penulis tahu yang penulis nak VIVA. 

Doa dipermudahkan pertuturan :

Doa untuk melembut hati para examiner penulis supaya dapat penerima pendapat dan cadangan penulis :

Wednesday, January 15, 2014

Makanan Arab

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat walafiat. Takde demam-demam ya. Maklumlah sekarang nie macam musim denggi je. Ramai yang penulis tengok kat FB demam denggi. Hope korang semua tidak lah. Banyakkan minum air ya. Sekarang pun cuaca tak menentu. Kat negeri kelahiran penulis pun dah banjir semula. Jaga diri kerana malang tak berbau. 

Penulis nak share hari nie penulis makan makanan Arab. First time penulis rasa. Sebelum nie penulis takde pernah masuk restoran makanan Arab pun. Makan makanan arab hari ni pun bukan masuk restoran Arab tapi dimasak oleh orang Arab yang berasal dari Iraq. Beliau belajar kat Malaysia. Pelajar bawah bimbingan supervisor penulis. 


Ha ni lah juadah yang dimasak oleh Maimunah. Ada tiga jenis semuanya. Yang hujung kiri tu nasi beriani. Yang tengah tu jarjiq, dan last sekali tu dolmah. Nama makanan punyalah penulis susah nak ingat. Hehe. Asyik dok ulang tanya kawan apa dah nama makanan tu. Buat malu je. Last-last kaitkan nama makanan tu dengan sesuatu baru ingat betul-betul. Contohnya makanan jarjiq. Penulis kene ingat yang Jarjit dalam cerita Upin Ipin. Macam Dolmah plak penulis kaitkan dengan Mak Mah. Hehe gasakkan aje asalkan senang nak ingat. Malu dok ulang tanya tak ingat-ingat. :)

Review penulis pasal makanan Arab yang dimasak oleh Maimunah nie ada best ada yang tak boleh diterima oleh tekak. Yang best tu nasi beriani. Dia masak pakai herb yang memang dibawa oleh beliau dari negara beliau. Nasi beriani dia tak berminyak dan tak kering sangat. Memang lain dari yang pernah penulis makanan. Jarjit plak adalah sejenis arca sebenarnya. Ia dibuat dari campuran timun, garlic dan yogurt. Penulis boleh makan. Dolmah plak adalah nasi yang dimasak bersama jus lemon. Kemudian disumbat dalam bawang, capsicum, tomato, terong dan dibalut dengan sawi. Lepas tu kukus pula. Kat Iraq makanan ni dipanggil "Lady of the Table". Sebabkan diberi gelaran macam tu, orang perempuan yang kene habiskan dan orang lelaki tak boleh balik selagi Dolmah tak habis dimakan. Dolmah nie tersangatlah masam. Penulis makan hujung sudu je. Dah tak boleh terima oleh tekak. Owh ya Dolmah juga adalah makanan yang paling pedas bagi orang Iraq. Sedangkan bagi kita rakyat Malaysia tak rasa pun kepedasan itu. Tahap kepedasan diorang tak sama dengan tahap kepedasan kita dan mereka suka makanan yang masam-masam. Dalam masakan memang mereka suka taruk lemon.

Korang pernah makan makanan Arab yang penulis sebutkan tu tak? Kalau pernah korang boleh makan ke? Hehe.. Lepas nia Kamal, pelajar asal dari Nigeria plak nak bawa makanan dari negara beliau tapi kene tunggu wife dia datang Malaysia dulu untuk masak sebabnya si Kamal tak pandai masak. :)

Wednesday, January 8, 2014

Chicken ball dari DM

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Diam tak diam hari nie dah masuk hari ke-8 untuk tahun 2014M. Sekojap je rasa kan. Haishh masa berlalu memang tak pernah nak ucap selamat jalan. Kita yang menggunakan masa nie kena lah sentiasa sedar ya. Pesanan buat penulis juga.

Kali nie penulis nak bercerita sal chicken ball yang didatangkan khas dari DM bukan dari IKEA ya. IKEA ada meatball je. Apa itu DM? Haa DM tu ialah 'Dapur Mama'. Bukan penulis yang Mama kat situ tapi Mak penulis yang Mama kat situ. Hehe. Kesemua bahan-bahan nak buat chicken ball nie pun Mak penulis yang punya. Tapi resepi penulis yang punya.


Rupenya nak buat chicken ball nie takde lah susah sangat pun. Cuma malas ngan rajin je yang membezakan. Hehe. Kalau chicken ball senang nak buat meatball pun mesti senang nak buat kan. Udah-udah lah g makan kat IKEA tu. Kalau tak cukup sepinggan tak nak balik kan? 

Bahan-bahan nak buat chicken ball nie apa yang penting nak kene ada ayam. Takde ayam memang tak jadi chicken ball. Dah ada ayam kene ada papan pemotong sebab ayam-ayam tu hendaklah dicincang secara yang paling halus. Dah cincang seberapa banyak yang nak, taruk blackpaper sesedap hati dan garam secukup rasa. Lepas tu taruk sebiji telur kuning dan kacau hingga sebati. Telur putih jangan dibuang. Kegunaan telur putih ialah untuk mencelup ayam yang dijadikan bebola sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Bila warna dah bertukar keperangan dah boles tos dan sedia untuk dihidang. SIAP!!

Itulah dia respi chicken ball dari Dapur Mama. Selamat mencuba!!

Wednesday, January 1, 2014

Welcoming 2014. Anda dinantikan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Sejarah di tahun 2013 biarlah menjadi kenangan dan igauan buat diri penulis sahaja. Ianya akan kekal bersemadi dalam benak fikiran penulis. Insyallah andai nikmat mengingati itu tidak ditarik oleh Allah SWT. Pahit manis maung masin masam hanya penulis yang mengalaminya. Harapnye sejarah 2013 tidak berulang lagi.

Kini 2013 sudah ditinggalkan. Azam penulis yang dulu berkubur begitu sahaja. Rasanya cepat pula masa berlalu, hinggakan penulis kaget tidak dapat berbuat apa-apa. Sekarang 2014 pula menjengah. Hope 2014 more better than 2013.

Wishlist 2014 :

- Konvo kali ke-2 dengan jayanya.
- Dapat kerja untuk membantu kedua ibu bapa
- Bergaya dengan kenderaan sendiri
- Terus menyihatkan tubuh badan

Itu sahaja 4 wishlist besar penulis untuk tahun 2014. Wishlist kecik-kecik tu tak payah nak penulis tulis kat sini. Apa-apa pun wishlist anda, cuba untuk capai benda tu. Buat sehabis baik. Try your best. Jangan mudah mengalah. Sesuatu itu tidak akan digapai andai tiada usaha dari diri sendiri. Betul tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails