Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Seperti yang semua sedia maklum, semalam penyimpan mohor besar raja-raja dah pun ishtiharkan yang esok raya puasa. Jadi jangan nak buat lupa-lupa sahur pulak esok. Malam ni pula dah mula terawih ya uolss. Boleh lah ke surau @ masjid yang berhampiran. 

InsyaAllah semoga Allah terus memberi nafas sehingga hari terakhir Ramadan. Kali ni rasa teruja sangat nak sambut Ramadan. Tak tahu kenapa. Hope this is not my last Ramadhan. Walaupun Ramadannya baru nak bermula. 



Jadi bulan Ramadan ni bukan bulan makan-makan ya. Ini adalah bulan ibadah. Perbanyakkan sebanyak mungkin ibadah yang uolss boleh lakukan bukan perbanyakkan makan-makan, perbanyakkan berbelanja untuk persiapan raya. Bersederhana lah. Sesungguhnya bersederhana itu membawa berkat.

Surah alFurqan: 64 "Dan orang-orang yang apabila mereka membelanjakan harta mereka mereka tidak membazir, dan tidak pula kikir. Dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah yang demikian". 


Kasihanilah

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




MEREKA

p/s ~ bulan pose ni iolss xakan upload gambar makanan.. Hormat orang puasa lorr.

Friday, June 12, 2015

Menuju Ramadan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Counting in..

Six
Five
Four
Three
Two
One


Berpeluang kah kita menemui Ramadan yang diidamkan oleh semua orang untuk membuat kebaikan yang berlipat kali ganda?

IN SYA ALLAH..

Pray for that. Tapi bila masanya sudah tiba, aku redha akan ketentuan MU.

Aku yang menunggu Ramadhan

Friday, January 31, 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum. 

Selamat menyambut tahun baru Cina buat sahabat penulis dan juga buat rakyat Malaysia khasnya yang menyambut pada hari ini.



Semalam p usha kedai kain sebab nak beli kain nak buat baju raya tapi kebanyakan kedai kain tutup. Sebabnya kedai itu dimiliki oleh orang Cina. Awal depa cuti. Maklumlah semalam kalau tak salah penulis adalah malam untuk mereka berkumpul anak beranak untuk makan besar. Ada satu kedai ni dia letak notis cakap kedai akan dibuka pada 5hb feb. Waduhh dong seminggu cuti ya. Tak takut rugi ke?? Hehe


P/s - awal giler g cari kain nak buat baju raya. Posenya pun entah kemana lagi. Hehe

Tuesday, July 23, 2013

Berkumpul untuk berbuka bersama-sama

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hujung minggu baru nie aku cuba cari masa untuk balik ke kampung. Kebetulan pula kakak aku pun balik. Jadi disebabkan dia kene kerja dan akan balik malam raya, aku amik peluang untuk balik supaya dapatlah kami sekeluarga berbuka puasa bersama-sama. Kalau tak aku sepatut balik 1 ogos, tapi waktu tu memang takde kesempatan untuk berkumpul cukup ahli la.

Berbuka puasa dirumah sesungguhnya juadah tersangat lah banyak. Kuih muih campur yang buat dengan yang jiran tetangga bagi memang lah penuh meja. Itu tak masuk lauk pauk untuk makan ngan nasi lagi. MasyaAllah. Murah rezeki betul di bulan Ramadan nie. Alhamdullilah.


Tu tak termasuk dengan ayam golek lagi. Papa beli sempena meraikan berbuka puasa ramai-ramai. Terharu betul dengan apa yang Papa lakukan. Sebelum aku plan nak balik nie, Mama ada bagitahu sebabkan aku ngan kakak balik lain-lain, Papa ada cadang nak beli ayam golek sebanyak 2 kali. Iaitu waktu kakak aku balik dan waktu aku balik. Owh Papa Love You so muchhh la.


Dua hari berbuka dengan ahli keluarga yang cukup lengkap tersangatlah bermakna. Syukur Alhamdullilah. Kadang-kadang terfikir juga oleh aku macam mana mereka yang dah tak punyai ibu bapa menghadapi keadaan ini. Tak dapat aku bayangkan situasi itu andai terjadi kepada aku.

p/s ~ hargailah ahli keluarga sementara mereka masih ada.

Wednesday, July 10, 2013

Bukan hanya puasa perut

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.


p/s ~ Selamat hari pertama berpuasa semua..

Tuesday, July 9, 2013

Cahaya Ramadhan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan dan kurniaanNya aku masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan tahun 1434 Hijrah ini.  Dengan kesempatan yang diberikan ini aku nak ucap selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang membaca coretan ini. Ambillah peluang yang setahun sekali ini untuk mempertingkatkan amal ibadat. Semoga dengan apa yang kita jalani diberkati oleh-Nya. Insyallah.



Juga di sini antara amalan yang bakal menjadikan anda kelihatan cantik di hari raya nanti iaitu puasa genap 30hari(kecuali uzur), terawih lengkap 30malam, banyak membaca Al-Quran, banyak bersedekah dan juga amalan2 lain yang semestinya baik dan tidak memudaratkan diri sendiri.



p/s ~ Permulaan puasa di perantauan lagi tahun nie.

Monday, April 1, 2013

100 Days Till Ramadan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Ya Allah cepatnye masa berlalukan. Tnpa kita sedari hari nie dah bulan keempat dua puluh tiga belas. Then you know what.. Ramadan will coming soon.


Hope aku dapat bersama dengan Ramadan tahun nie. Prepare diri untuk jadi lebih baik dan istiqamah. InsyAllah..

Monday, July 23, 2012

Khasiat Kurma

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum

Dah sediakan kurma tuk berbuka nanti? Atau selama 2 hari puasa nie berbuka xmakan kurma? Ish2x. Kurma best okeh. Pupuklah minat tuk makan kurma masa berbuka nanti.

Kat cnie aku nak tarik minat korang tuk makan kurma dahulu masa berbuka nanti kerana kurma nie ada banyak khasiatnye. Antaranye leh elakkan dari kene panyakit, boleh sembuhkan penyakit, mudahkan bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi lah. So, kepada bakal ibu2 yang ngah pregy sekarang nie leh laa amik kesempatan nie tuk makan kurma banyak2 tuk mudahkan bersalin. =)
Kurma elakkan terkena penyakit
Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi. Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, “Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.”
Sembuhkan penyakit kronik
Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.  Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekali gus menghentikan batuk.
Mudahkan proses bersalin
Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu.  Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.
Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok.  Hal ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.
Mudahkan proses pencernaan
Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab ’al-Maktuubaat’ hasil tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s.  Oleh hal yang demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang dengan serta-merta.
Boleh tenangkan perasaan
Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; “Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan”.
Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan.  Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia.  Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.
Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna, bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan manfaat untuk jiwa dan mental manusia.
Pelihara kesihatan dan jauhkan sihir
Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW.  Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak.  Bahkan dengan memakan tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.
Nabi bersabda, maksudnya: “Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun.” (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)
p/s ~ Banyak betul khasiat kurma nie..

Friday, July 20, 2012

Niat puasa bulan Ramadhan - Sehari & Sebulan

Bismillahirahmanirahm dan Assalamualaikum..

Esok dah mula puasa dah. Jadi, moh laa kita niat pose sama2. Nak niat sehari ke, sebulan ke mana2 pun boleh. Kalau niat sebulan terus xde laa nanti xter'puasa' sebab xniat. Kalau nak perbaharui niat setiap hari even dah niat sebulan pun boleh. 



p/s ~ Jangan lupa bangun sahur. Itu sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

7 Ramadhan

Bismillahirahmanirahm dan Assalamualaikum..

Tajuk nie xde kene mengena ngan Ramadhan yang ketujuh untuk 1433 Hijrah. Yelah nak ramadhan yang ketujuh cam mano, Ramadhan pertama 1433 Hijrah pun xtiba lagi. =)

Nie adalah untuk cerita yang ngah berlangsung sekarang kat TV3 tuk slot Samarinda "7 Ramadhan" yang mengantikan episod Ameera yang dah habis semalam dengan kesudahan hero mati. Huwawawa =(

 

Untuk episod pertama pun dah mula menyengat hati dan perasaan, cam mano gayanye kalau episod seterusnya. Mahu menitis air mata nie. Pe2 pun wait n see. Sapa yang tak tengok lagi episod pertama leh laa tengok kat tonton. Aku pun tengok kat tonton aje.

p/s ~ Elly Suriati sememangnya seorang pelakon yang hebat,

Thursday, July 19, 2012

Pengumuman Puasa 2012

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum


Seperti yang dah sedia maklum, hari khamis merupakan hari tengok anak bulan tuk tahu bila mulanye puasa. Dan keputusan pun dah diketahui. 


22 tahun yang telah berlalu kita hanya dengar suara Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah (gambar) wakil dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang membuat pengumuman bila tibanye puasa dan raya. Tapi untuk tahun nie, suara orang lain pula yang didengar iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Sudah pasti bila pendengaran dah sebati dengan suara orang tu, bila kali nie lain cam pelik pula. =)

                                                 

Apa2 pun, siapa sahaja yang mengumumkannye puasa tetap puasa. Selamat berpuasa pada hari Sabtu nie ya. Jangan nak buat2 lupa..

Ramadhan 1433 Hijjrah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Tinggal sehari sahaja lagi kita di bulan Syaban 1433 H ini sebelum melangkah ke bulan yang penuh dengan barakah dan maghfirah iaitu Ramadhan. Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan.


Sama-samalah kita buka pintu hati kita ini untuk beribadat dengan penuh khusyuk di bulan Ramadhan ini. Manalah tahu ini Ramadhan terakhir kita untuk kehidupan ini. 

"May Allah accept your good deeds, forgive your transgressions and bless you and your loved ones in this blessed Ramadhan month" 


p/s ~ Welcome Ramadhan

Wednesday, June 27, 2012

Ramadhan yang semakin dekat

Assalamualaikum..

Ramadhan semakin hampir. Sekarang sudah bulan Rejab. 

"Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."


Begitu cepat masa berlalu. Begitu pantas memang dah xkan tunggu sapa2 pun. Nak masa lebih korang kene manfaatkan setiap detik saat tu sebenarnye sebab setiap orang hanya diberi 24 jam je sehari.


Jesteru itu, sempena Ramadhan yang semakin dekat nie, mari laa sama2 kita tigkatkan diri untuk mengharungi Ramadhan ini. Mana lah tahu Ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita. 



p/s ~ Tak sabar nak tngu Ramadhan nie. Bukan sebab nak raya.. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails