Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Hujung minggu baru nie aku cuba cari masa untuk balik ke kampung. Kebetulan pula kakak aku pun balik. Jadi disebabkan dia kene kerja dan akan balik malam raya, aku amik peluang untuk balik supaya dapatlah kami sekeluarga berbuka puasa bersama-sama. Kalau tak aku sepatut balik 1 ogos, tapi waktu tu memang takde kesempatan untuk berkumpul cukup ahli la.
Berbuka puasa dirumah sesungguhnya juadah tersangat lah banyak. Kuih muih campur yang buat dengan yang jiran tetangga bagi memang lah penuh meja. Itu tak masuk lauk pauk untuk makan ngan nasi lagi. MasyaAllah. Murah rezeki betul di bulan Ramadan nie. Alhamdullilah.
Tu tak termasuk dengan ayam golek lagi. Papa beli sempena meraikan berbuka puasa ramai-ramai. Terharu betul dengan apa yang Papa lakukan. Sebelum aku plan nak balik nie, Mama ada bagitahu sebabkan aku ngan kakak balik lain-lain, Papa ada cadang nak beli ayam golek sebanyak 2 kali. Iaitu waktu kakak aku balik dan waktu aku balik. Owh Papa Love You so muchhh la.
Dua hari berbuka dengan ahli keluarga yang cukup lengkap tersangatlah bermakna. Syukur Alhamdullilah. Kadang-kadang terfikir juga oleh aku macam mana mereka yang dah tak punyai ibu bapa menghadapi keadaan ini. Tak dapat aku bayangkan situasi itu andai terjadi kepada aku.
p/s ~ hargailah ahli keluarga sementara mereka masih ada.
2 comments:
Perhhh ayam golek. Terliur pulak kita :)
Sedapnya ayam golek...
Berbuka bersama keluarga memang best kan :) Mengeratkan hubungan dan kasih sayang :D
Post a Comment