Wednesday, July 3, 2013

Mee Kari 1st Edition

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Lepas je tengok gambar mee kari kat blog yang tak asing lagi dalam bidang masakan iaitu Mat Gebu, terus rasa nak makan tu membuak-buak. Tak boleh dah nak tahan lagi. Bukan setakat mee kari je, smua makanan yang ada kat dalam blog Cik Mat smua aku nak makan. Melampau kan. Hehe. 

Yang nak makan tu aku tak kisah lagi, yang aku kisahnye bila nak makan pastu rasa nk masak. Hah yang tu naye la wei. Sebabnya aku dok hostel, lepastu dye punya bahan2 kalau beli xleh nak simpan lama sbb nanti layu or rosak macam tu aje. Tragis tak? Tapi keinginan nak masak tetap kene di rialisasikan.. Kalau tak hari-hari lah dok berzikir nak masak. Dari berzikir benda yang tak berfaedah tu baik berzikir Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala ujian milik Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah itu Maha Besar). Dapat juga pahalanya kan.


Ber'inspirasi'kan resepi dari blog Cik Mat maka berjayalah aku masak mee kari. Tengok gambar xde lah semenarik gambar yang ada kat blog Cik Mat tu. Tapi yang penting hati puas sbb dapat masak. Rupenya bahan2 n cara nak masak mee kari nie xdelah 'renyah' sangat. Oh 'renyah' tu maksud dye susah. Nie tatabahasa Perak kot sbb aku selalu dgr kawan aku orang Perak sebut perkataan nie.

Kalau tengok bahan kat bawah nie agak berbeza sedikit kalau yang dekat blog Cik Mat. Yelah dah Cik Mat punya resepi ada letak ketam aku pakai 'fish cake' je. Dalam memasak nie  kalau tak derhaka bukan memasak namanya. Kita kene ada idea n kreativiti sndiri sebenarnya. Orang kata 'identiti' diri. Hehe

BAHAN-BAHAN KUAH :-)
1 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
1 biji kentang, saiz sederhana, kupas, rebus hingga empuk dan lecek halus
1 pokok sawi boh choi, tanggalkan sehelai2, cuci dan toskan
6 biji tauhu pok, kerat 6 setiap 1
3 ketul 'fish cake'
pati ikan bilis
200 ml santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji tomato

BAHAN-BAHAN LAIN 
Mi kuning secukupnya, cuci, celur dan toskan
Taugeh secukupnya, buang ekor, cuci dan toskan
Telur rebus

CARA MEMBUATNYA
  1. Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskn minyak dalam periuk, tumis pes rempah hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 2000 ml), kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan kentang lecek dan santan. Kacau dan biar mendidih perlahan. Tambah ketam, dan masak sekejap. Tambah tauhu pok dan kiub ikan bilis. Biar mendidih dan kacau sekali sekala. Masukkan sawi bok choy, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan secukupnya mi kuning dalam mangkuk sesuai tuang kuah bersama isi2nya. Tabur taugeh. Hiaskan dengan telur.
Aku masak dalam multi coocker. Agak menyusahkanlah. Dengan lambat nak mendidih satu hal. Dah lah masak masa tengah lapar, kesabaran hilang terus. Pe2 pun dah hapus satu makanan yang di'idam'kan. Ada lagi yang menanti. Simpan tuk masak di bulan puasa nanti la plak. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails