Saturday, July 20, 2013

Restoran Mohd Chan, Kota Kemuning

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hujung bulan Jun baru nie, aku ada pergi rumah mak saudara yang kat Klang sana. Kebetulan tujuan g sana pun sebab nak g memborong kat Jalan Tar dan Soga. Shopping untuk raya katanya. Dan kebetulan tu juga, kakak aku dah masuk gaji dan nak belanja family mak saudara. 

Disebabkan tak berapa nak familiar sangat kat kawasan tempat tinggal mereka tu, so tempat makan tu kira diorang lah decide. Jadi Restoran Mohd Chan lah yang jadi pilihan. Rupanya Restoran Mohd Chan nie ada banyak cawangan. Yang kiteorang pergi tu kat Kota Kemuning. Restoran nie kepunyaan Cina Muslim. Nak tahu lebih lanjut leh buka web nie http://www.mohdchan.com.my/


Antara makanan pada malam itu. Makanan dia sedaplah juga. Patutlah hampir nak full house keadaan kat restoran tu. Tambahan harga makanan bagi aku ok la. Sepinggan udang butter harga RM 25 untuk 10 ekor. Harga siakap kukus tu pula RM35 kalau x silap. Dan semangkuk tomyam tu RM15. Itu pun kalau x silap. Hehe


Dan ini adalah air yang aku order. Yeh raibina laici.. Best woo.. First time minum air nie and jumpa dalam menu ada air raibina laici. Sapa nak try leh cuba buat kat rumah. 

p/s ~ bukan selalu dapat makan kat restoran nie. Kadang2 je.

4 comments:

Rozuan Ismail said...

amboi sedapnya.wan pon suka makanan cina

Myra Jay said...

Ok jugak ye, Ribena Laici.. nak kena p cari Ribena la lepas ni :D

Noor Mala Shahar said...

air raibina laici tu nampak sedap...

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm menarik ribena laici tu..nak try nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails