Sunday, July 28, 2013

Cheese biskut senang membuatnya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Waktu balik rumah hujung mngu lepas aku sempat lah buat kuih. Aku kalau balik rumah je mesti ada benda baru nak cuba buat. Yelah resepi pun tengok kat blog je. Tapi aku jenis suka yang simple aje. Yang mana bahan-bahan dan cara membuat tu senang. Tapi kebanyakkan yang bahan-bahan simple memang cara buat dia senang. Aku suka!

So trending sekarang ialah cheese biskut. Aku tengok pun dari blog Cik Epal. Haihh apa yang Cik Epal buat mesti aku nak cuba buat juga. Begitu besar pengaruh Cik Epal nie. Kalau sebelum nie aku buat Jus Campuran , yang tu pun dari blog Cik Epal resepinya. Dan sebab nak buat jus itu juga aku gila nak beli blender. Haishh..


Cream Cheese (200 g)
Biskut crea crackers
1/2 susu pekat
Horlicks
Nestum

Aku guna Horlicks dan nestum untuk buat cheese biskut nie sebab aku suka. Lagipula dengan dua bahan nie aku nak guna untuk buat popia Nestum Horlicks pula. Wah rajin tak aku? Hehe tetiba masuk bakul angkat sendiri. 

Nak tahu cara nak buat cheese biskut ini bolehlah google. Kalau susah sangat pergi je blog Cik Epal tu. Sonang. Kat sana memang dia tunjuk cam mano nak buat. Aku malas nak tunjuk sebab aku tak amik gambar. Lagipula kualiti gambar aku tak cantik maklumlah belum mampu pakai smarphone. Huhu

Jadi kat cnie aku taruk je gambar cheese biskut dalam pembikinan dan yang dah siap. Aku buat dua bekas sebab satu untuk kat rumah dan satu untuk bekal kat kakak aku yang nak balik KL. Yang untuk kat rumah tu aku dah potong separuh untuk bawa balik JB. Nak bawa balik sebekas nanti takde tempat nak simpan. Bukan ada fridge pun kat JB.

Lapisan biskut yang dah dilapisi dengan horlicks dan cheese.

Dua bekas yang dihasilkan.

Kakak aku kata sedap. Nanti dia suruh buat lagi. Over betul kakak aku nie, dia malas nak buat aku juga yang kene nanti. Tapi tak mengapa aku rajin. Heh sekali lagi masuk bakul angkat sendiri. Maaf lah ya.

p/s ~ korang ada tak mana resepi mudah-mudah. Leh lah bagi idea tuk aku buat. Hehe 

1 comment:

Izafiza said...

Wah nampak mcm senang je. Okey nanti kita terjah blog cik epal pulak heee.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails