Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Owhh bizi.. bizi.. Seminggu xsempat nak jengah blog. Cerita pula bertimbun-timbun nak dilunaskan disini. Adoii.. Dugaan betul. Time tengah rajin nak berblog ni lah masa seakan-akan mencemburui. =(
Ok mula-mula nak cerita pasal wedding invitation masa CNY baru ni. Dalam entry before ni yang tajuk Jemputan Majlis Perkahwinan, ada 6 invitation waktu cuti CNY tu. Tapi dalam 6 tu, satu je sempat attend. Haha. Kira OK lah kan sebab banyak sangat invitation ni. Takutnya bila g semua tak nyempat I nak bernafas nanti sebab makan banyak. Kuwang3x. Padehal hakikat sebenarnya I g vacation. Ke mana? Nanti diupdate entry seterusnya.. Tunggu!!
Untuk majlis perkahwinan yang sempat dihadiri tu adalah majlis kawan waktu sekolah rendah. Sebenarnya ada dua jemputan dari kawan sekolah rendah ni, tapinya yang 1 tu jatuh hari pergi vacation. Bila dah jadi macam tu xkan nak cancel vacation kan. But it's ok dapat pergi satu pun still masih dapat jumpa kawan dulu-dulu yang dah lost contact. Bukan sahaja dapat jumpa kawan, cikgu sekolah rendah pun dapat jumpa. Dah 13 tahun tinggalkan zaman sekolah rendah. Rindu zaman-zaman dulu.
Antara kawan sekolah rendah yang dapat jumpa.
p/s ~ cuti sekolah dah xlama. invitation kat FB hari-hari masuk..