Friday, July 31, 2015

Self reminder #1

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Masa jadi cikgu ganti baru ni kan, ada lah sorang cikgu ni bila aku jumpa dia je dan senyum dia tak pernah nak senyum balik. Kau dah kenapa kan. Kenal pun tak seberapa ko nak buat muka macam tu ngan aku. Aku pantang benor kalau aku baik-baik kau nak wat cam tu.

Nak kata tak seberapa matang, kau tu lagi berusia dari aku. Kalau aku reti adab-adab dengan orang aku rasa kau lagi tahu kan plus kau dah beranak pinak. Aku pun ada juga anak, tapi takat anak tengkak ajelah. So please lah berperangai baik. Jadi kan diri kau tu contoh yang baik buat anak-anak kau. 

Prinsip aku senang je. Orang takde masalah ngan aku, aku tak akan ada masalah dengan kau. Tapi kalau nak terus bermasalah dengan aku juga, lantak kau lah. I'm never respond on your attitude. Nampak macam orang tak dapat pendidikan. 


Thursday, July 30, 2015

Beg dari Lazada

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Ya Allah cepatnya barang sampai. Hari tu kita ada shopping tau kat Lazada.  Kata shipment start 3 Ogos, ni 30 Julai barang dah sampai. Pantas dan tuntas betul ya. Excited pulak rasa.

Macam biasa, perempuan dengan beg memang tak dapat nak dipisahkan. Beg dah selongok dalam almari pun still nak beli beg lagi. Tapinya bila keluar g mana-mana beg yang sama juga selalu dibawa.  



Ni lah antara beg yang dibeli. Yang atas tu Mama yang nak. Colour beige menjadi pilihan. Bawah tu pula mesti lah aku yang punya. Ada 5 warna tapi semestinya merah menjadi pilihan. Tak sabarnya nak guna beg ni. Excited kuasa 20 dah ni. Kualiti dia not bad. Berbaloi2 beli. I is sukaa sangat.


Wednesday, July 29, 2015

Menu tengahari

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kata dah pencenkan, haruslah banyak masa terluang. Jadi untuk meraih kasih sayang dari yang tersayang kene lah ikat perut dia dengan makanan. Ehhh jangan salah faham. Ni nak meraih kasih sayang dari adik je bukan suami pun. I is belum kahwin ya. :)


Sebabkan mama ngan papa puasa 6 jadi masak yang simple-simple je. Yang atas tu menu semalam. Sayur goreng, ayam masak tiga rasa ngan sambal goreng. Sambal goreng tu request dari adik lelaki. Asalnya aku buat terung sambal je, lepas tu dia kata sedap pulak sambal tu. Maka terciptalah sambal goreng kosong. Hari ni pulak adik perempuan aku suh buat lagi sambal goreng tu. Sebabnya dah tinggal sikit. Ayoyo sedap bebeno nampaknya.


Ni pulak menu hari ni. Lagi simple dari semalam. Sup sayur dengan ayam goreng sudah. Hah sesuai beno lah untuk orang diet ni. Makan pun kenyang. 

p/s ~ korang makan apa hari ni??

Tuesday, July 28, 2015

Shopping apa tu?

Bismillahirahmanirah dan Assalamualaikum..

Dalam dah pencen tu dan lagi shopping kan. Biasalah tu, wanita dan shopping tak dapat dipisahkan. Nampak ada duit walaupun tak banyak, asal berkenan semuanya nak. Ehh jadi pantun dua kerat la..:)

Order dah comfirm. Tak sabarnya nak tunggu barang sampai. Boleh lah guna g pulau nanti. 

p/s ~Guna nama mama sebagai penerima. 

Hadiah dari murid

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Semalam last day kat sekolah. Hari ni mula lah aktiviti bermalas-malasan kat rumah. Ni dah kali ke2 aku pencen. Sebelum ni dah pencen selama sebulan. Yang ni tak tahu lah pencen selama mana sebab dah takde cikgu yang nak bersalin kat sekolah tu yang boleh aku gantikan. 

Tapi untuk pencen kali ke2 ni perasaan dia agak sayu sikit lah. Sebabnya dekat 6 bulan aku kat sekolah tu. Orang kata dah makin jatuh cinta kat sekolah. Murid-murid pun walaupun degil tapi dengar kata. Yang tak dengar kata tu memang rasa nak balun dengan bulu ayam je. 

Pe yang special tu pencen kali ke2 ni I got something from one of my student. Acecece speaking pulak. #ingatrotiingatcikgu. Yes tu tagline yang aku sendiri kasi kat murid suh depa ingat nama aku. 'Haifa' @ HI-5 kan nama roti tu yang aku suh depa ingat roti HI-5 ingat aku. :)

APA NI????

v
v
v
v
v
V
v
v
V
V
v
v
V
v
v
V
v
v
v
V
v
v
V
v
V
V
V
V


SWEET!!

Memang sweet sangatkan. Ya Allah Daus ni coklat feveret saya tau. Tambah-tambah yang perisa black forest. Dah lama pulak tu tak makan. Cam tahu-tahu je saya suka ni. Thanks Daus. 


Monday, July 27, 2015

Kedai makan terbuka Raya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum

Selalunya orang akan pergi rumah terbuka raya kan. Tapi kali ni aku advance sikit g kedai makan terbuka raya tau. Hehe. Pada hari tu kedai makan ni akan bagi pelanggan dia makan free. Sapa datang nak bungkus, terus suh makan takde bungkus-bungkus. Makan lah seberapa banyak nak makan. Kedai pun di hias ala-ala nak sambut birthday ni. Penuh belon-belon. Meriahh!!



Bukan main banyak lagi menu tau. Ada laksa kelate, ada nasi dagang. Nasi putih pun ada. Ada macam-macam lauk pulak tu. Dari yang di darat mahupun di air macam gulai kambing, gulai serati dan gulai ikan tongkol. Air pulak ada 4 jenis. Ada air oren, air sirap, air teh O' beng dan paling special air 'sky juice'. Kalau nak air lebih sedap lagi leh campur kesemua-semua air tu jadilah air campur macam adik aku buat. Suka hati dia je campur air oren ngan air sirap. 



Bukti aku g kedai makan terbuka raya. Gambar family aku dengan tauke muda kedai makan tu bawah sebelah kiri. Owh ya nak promote sikit lah. Sapa yang ada kat Kelate tu, yang bila tiba je tengahari tak tahu nak masak apa boleh lah g beli lauk kat kedai ni. Nama kedai ni ialah kedai KAK DAH NASI SUP (DEPAN SEK MEN KOTA BHARU). Kalau nak makan santai-santai kat situ pun boleh. Pergi awal-awal tau, kalau g lambat kang habis lauk tak dapat nak merasa keenakan lauknya. 

p/s ~ jangan lupa pergi cuba makan kat situ ya. Tauke kedai pun ramah tamah tau. Harga berpatutan.

Saturday, July 25, 2015

Definitely YES

Bismillilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Salam Jumaat. 



Sharing from watsapp group. 5 facts about life. Yang paling aku AGREE yang nombor 1 dan nombor 5. Tak nak cakap banyak tapi nak bagitahu yang semua ciptaan Allah SWT ni semua cantik-cantik belake. Sebabnya Allah Maha Besar. Segala yang terjadi di atas muka bumi ni pun semuanya dari Dia. Dari Dia kita diciptakan dan kepada Dia juga kita kembali. Tak payah nak berlagak sangat. 

Yang nombor 5 pula. Masih belum ada ya tandas 'drive thru'. Kalau ada nanti baru 5 facts ni berubah jadi 4 facts. Sementara masih lagi dalam musim beraya ni, yang jenis kereta besar-besar tu tak payah nak berlagak VIP sangat lah pandu ikut jalan tepi sekali nuh. Ikut peraturan jalan raya ya. In sya Allah semuanya akan sampai ke destinasi. 

p/s ~ hari ni g kedai makan terbuka Raya

Friday, July 24, 2015

Menang Voucer Zalora RM100

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum

Entry peram biar jadi perkasam.. 

Lamo beno dah tak join contest. Dulu ada lah join jugak tapi jarang nauu nak menangnya. Yelah sbb bukan rezeki kan. Tapi pernah lerr menang skali. Contest Sofy kat FB. 1st price kot. Hadiahnya dapat menginap kat Hotel Hard Rock kat Penang nuh [entry]. Tapi sbb terikat dengan family means kalau g mana-mana mesti dgn Papa n Mama so hadiah tu burn begitu je. Pluss kene pergi time bukan cuti. Mana boleh macam tu sbb adik aku sekolah kan. Nak tak nak redho lah burn. Nak kasi org ak tau nak bagi macam mana.

Sekarang ni pantang nampak contest manjang je nak join. Hope ada rezeki lah. Yang paling senang join je contest yang kat IG tu. Amik gambar, masukkan hashtag yang diperlukan, SIAP. Berserah je menang dapat hadiah tak menang tak dapat lah. 

Masa bulan pose baru ni adalah join satu contest kat IG tu. Contest Snicker namanya. Apa yang perlu buat. Amik gambar juadah berbuka puasa dan yang penting kenelah ada SNICKER. Dah contest snicker kan. Jadi berbekalkan RM 2.10 amik lah kita gambar juadah berbuka kita tu. Ada lah amik gambar dalam 3 keping lps tu hashtag snicker. Dan tak sangka plak gambar yg dihantar tu terpilih. Maka menang lah voucer Zalora RM100. Berbaloi2 kan 



Ni lah gambar yang mereka pilih. Hehe. Makan keropok ngan nugget je bukak puasa. Sbb tu kita slim.. Ehhhh 



Thursday, July 23, 2015

Alhamdullilah.. Duit Raya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah.. Orang kata makin besar makin tak dapat duit raya kan? Ala semua tu tipu je. Buktinya aku msih lagi dapat duit raya oii. Hehe. 


Yang benaran lagi, makin besar makin banyak dapat duit raya. Sebabnya orang segan nak bagi sikit-sikit kat mereka yang dah besar ni. Tambahan pula orang besar ni kalau bagi duit banyak pun mampu nak jaga betul-betul. Kalau bagi kat budak-budak comfirm dah tercicir sana sini. Itu mengukuhkan lagi yang makin besar makin banyak duit raya. Hehe ;)

Sedangkan kakak aku yang dah kahwin pun dapat lagi tau duit raya. Mesti suami dia yang bagi. No.. No.. No.. Bukan suami dia yang bagi tapi jiran kami yang bagi. Tapi satu tu ajelah yang kakak aku dapat. Lain-lain takde dah orang kasi. 

So korang berapa dapat duit raya? 

Wednesday, July 22, 2015

Arini dah Sekolah Oiiii

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Amboii.. amboii.. budak-budak zaman leeerr ni mana rajin dah datang sekolah. Bila orang bagi cuti tu kan manjang je nak sambung cuti lagi. Tak pernah nak cukup. Apa lah nak jadi ngn anak-anak zaman sekarang ni. 

Hari ni bising guru-guru tingkatan sebabnya hampir kesemua kelas jumlah ketidak hadiran tu adalah berbelas-belas orang. Aku lah salah sorangnya yang dok bising-bising tu. Hampir separuh murid kelas aku tak datang. Kau g raya manalah murid-murid oii? Ada sampai RM100 kau dapat duit raya hari ni? 

Yang datang harini pun, aku rasa paksa datang je tu semua. Bila aku masuk kelas sibukk dok mintak duit raya. Bagi tu memang aku bagi duit raya, tapi bersyarat lah. Dapat jawab soalan berkenaan pelajaran dapat duit. Tak dapat jawab sorry lah brothers n sisters. Bukan senang-senang nak dapat duit raya aku tau. *tanya soalah berkenaan pelajaran saja nak tahu yang diorang ni ingat ke tidak, belajar sampai ke otak ke tidak. 

p/s ~ yang jawab soalan murid yang sama je. Bertuah murid tu habis dia bolot duit raya yang aku sediakan untuk kelas dia. 

Saturday, July 18, 2015

Salam 1 syawal 1436H

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Rasanya masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat pembaca blog sekalian. Tahun ni tema seperti tahun-tahun sebelum iaitu warna baju raya mesti sedondon punya. Jadi tahun ni yang menjadi pilihan  ialah purple. Yehhhh!! #teampurple

Raya kali ni pun sama seperti yang sebelum-sebelum ni juga iaitu raya di Kelate. Takde ke negeri lain-lain sebabnya Papa dan Mama memang orang Kelate. Kampung pun dari kampung yang sama. Jadi takde istilah kelik kampung bagi kami sekeluarga. Sob3x... Apa pun senang oii bila tak payah nak kelik kampung ni, sebab tak kene simpan baju-baju. Hahaha. 

Bagi aku raya tahun ni pun masih seperti sebelum-sebelum ni juga sebabnya aku still single mingle. Kuwang3x. Cam ayat promote je. Cuma yang berbeza tahun ni ialah ada pertambahan ahli baharu. Sapa tu?? Abang ipar uolsss. Kih3x.. 

p/s ~ masih lagi dapat duit raya

Sunday, July 12, 2015

Ramadhan semakin berlalu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sana sini dah mula kedengaran orang putar lagu raya. 15 Ramadhan lagi radio dah start putar. Tapi tak seberapa rancak berbanding sekarang. Kat rumah ni pun adik aku dah mula pasang lagu raya. Hoii semangat betul kau ya. Budak-budak kat sekolah pun yang jenis bawak henset secara haram pun dok pasang lagu. Amboii naik toncang kau ya budak mentang-mentang lah aku buat tak tahu je kau dok pegang henset depan aku pun. Whatever it is, budak zaman sekarang. SEMANGAT nak raya. Aku dulu SEMANGAT ke tak? 



Hari ni dah 25 hari kita berpuasa. Malam ni terawih malam ke-26. Ya Allah begitu pantas bulan Ramadhan kini di penghujungnya. Lagi 5 @ 6 hari lagi kita dah nak raya. Tapi aku tak berapa semangat pun nak raya. Sebabnya aku takut aku tak dapat jumpa next Ramadan lagi. :(

Hari makin hari, rumah kata pergi kubur kata mari. Umur semakin bertambah. Walaupun aku masih muda, maut tak kenal sesiapa. 3 days ago, aku dikejutkan dengan senior aku meninggal. Umur 26 tahun. Doktor suspek denggi. Tapi ada yang cakap sebab kencing tikus. Whatever it is, dua2 penyakit tu tetap membawa maut. Al-fatihah untuk saudara Miqdad. Beliau masa zaman sekolah dulu terkenal dengan 'sound effect' bila bagi ceramah. Ada je bunyi2 yang beliau akan buat yang berkaitan dengan ceramah yang diberikan. Beliau dalam kenangan.

Sepanjang bulan Ramadhan ni aku angarkan dalam 5 hari aku tak g terawih. Sebab g KL dan ada satu hari tu aku rasa tak sedap badan. Hingga ke hari ni aku masih lagi puasa penuh. Bukan sebab mengandung. Tapi sebab kitaran aku tak teratur. It's ok. Sementara tu aku leh penuhkan jiwa aku dengan mengingati Allah sentiasa, membaca kitab suci Al-quran. Tambah-tambah di bulan Ramadhan ni. Alhamdullilah.

Moga-moga dapat lah aku puasa penuh tahun ni dan dapat solat sunat Aidilfitri bila tiba harinya. Amin


Thursday, July 9, 2015

Kota Bharu pun 'jem'

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Ari Khamis lah hari yang paling 'lorak'. Sebabnya 'tokse' tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Kalau tak makan 'jem' tanpa roti lah. Lagi-lagi bulan puasa ni. 

Sebab 'jem' ni pun kes kereta banyak atas jalan. Lepas tu yang sebelah kanan ni nak masuk kiri. Hok sebelah kiri pulok nak masuk kanan. Haru biru lah weh. Ni tak cuti raya lagi. Kalau cuti raya gak, sememangnya 'tokse' keluar rumoh. Bagi 'chance' kat mereka-mereka yang entah dari negeri mana pusing Kota Bharu puas-puas. Kalau keluar jugak memang cari nahas lah tu.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails