Wednesday, September 23, 2015

Salam AidilAdha & Almond London

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Hari Raya Haji!

Esok kat Malaysia ni kita akan sambut hari raya dah. Cepat betul kan. Tiba2 raya lagi. Tahun ni raya sama mcam sebelum2 nya. Tak balik kampung pun sebab dah tinggal kat kampung. 


Yang berbezanya, tahun ni ada biskut untuk raya haji. Padehal biskut raya aidilfitri baru ni pun tak habis lagi. Link sini [biskut raya]. Tak pernah pun buat almond london. Biasanya bila raya aidiladha biskut ni mak saudara yang buat lepas tu dia bahagi lah sikit sorang. 


Aku pakai resepi ni. Dari blog mana, lupa pulak. Sebab bila dah cari tu screenshot terus. Harap resepi tu halal lah ya. Bila buat sendiri kan, jadi nak makan banyak pun tak teragak2 dah. Hehe. Sebelum simpan dalam bekas kedap udara tu dah 5 biji habis. Almond pulak dah 3, 4 biji aku bantai lepas dah dipanggang tu. 

Friday, September 18, 2015

Trip ke Pulau Perhentian :: Long Beach aka Pantai Panjang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sambung balik entry ke Pulau Perhentian. Kan lupa nanti hilang habis memori. Tempek kat sini sekurang2nya bila tengok tu dapat la ingat semula. 

Dari windmill dalam 30 minit merentas denai sampai lah ke long beach ni. Tempat ni di panggil long beach sebabnya kat Pulau Perhentian sini je ada pantai yang panjang. Tu je sebabnya orang panggil long beach. Kat sini ramai mat salleh yoo. Untuk yang family bawak anak smua tempat ni memang lah tersangat tidak sesuainya. Umpama berb***l je semua. Aku sendiri malu nak tengok. 



Bagi aku long beach biasa2 je. Tapi orang kata bila malam kat long beach ni happening. Happening cam mana tak tahu lah sebabnya aku kan dok kampung nelayan. Jadi bila malam tu takde rasa pun nak datang sini. Kalau dah memang dok sini kuar jugak lah dari bilik tu tengok cam mana happeningnya.

Kat sini, dia punya harga makanan makkk kau mahal tau. Memang standard mat2 salleh yang kayo ajelah. Air oren sanquick segelas RM6 dan RM6 itu adalah harga air yang paling murah. Tapi mak redho je. Sempat gak melepak sambil melepaskan lelah turun dari windmill tadi. Yang tak syoknya service dia lambat. Orang dah lah lelah turun bukit, air bawak bekal pun dah habis. Seksa. Tapi mungkin jugak masa duduk tu, ada satu group b4 kami ramai. Jadi tu sebab air lambat sampai. Aku ada jugak order onion ring tuk kunyah2. Punyalah terbayang2 onion ring rupa cam A&W tu. Apa yang sampai 100% tak sama langsung. Mak redho lagi, jadi makan ajelah. Harga sepinggan onion lupa pulak.

Sempat selfie tunggu air

Jam 6.30 call abang taxi air yang kami datang tu cakap nak balik, dia kata dia dah kat long beach. Cari abang tu terus naik bot balik. Malam tu pulak lepak tepi pantai 2 jam, balik sambung kat bilik pulak kemudian tido. Esoknya snorkeling.

Sunday, September 13, 2015

Satu karton Mister Potato

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Nasib baik ada rezeki lagi. Admin mister potato komen bagitahu menang 2 sep lagi, tapi boleh pulak tak perasan notis kan. Lpeas tu admin tu komen lagi kat post kita suruh Pm detail baru lah perasaan. Cergas je pm diorang hantar detail.






Wednesday, September 9, 2015

Resepi kek pisang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kat FB tu macam2 group dapat jumpa. Group travel, group masak-masak, group diet, macam2 la. Tu semua pengaruh luar lah kan. Kalau xjoin group, xde sapa pun dok pengaruh dan membangkitkan semangat tuk buat benda itu ini. Tapi as long as benda tu tak memberi pengaruh perbuatan yang jahat I ok je. :)

Baru-baru ni, memang baru teramat tak sampai lagi 1 week, aku ada join group Masak Apa Hari Ni (MAHI). Cam mana boleh jumpa group tu pun aku xtahu lah. Alih2 ehh dah join la. Tapi best tau group ni, disamping diorang share apa yang diorang masak, ada jugak yang share resepi. Aku yang memang dah passionate dengan baking & cooking ni, memang bagus lah group tu. Yang tak bagusnya, aku passionate dengan baking & cooking tapi xberapa nak passionate dengan eating sebab tengah diet. Kalau masak pun, orang2 lain yang makan. Hehe. 

Sebabkan pisang kat rumah ada banyak hasil dari pemberian jiran, maka aku decide nak buat kek pisang. Sebelum ni asal dapat pisang je buat cekodok. Ni orang kata untuk kelainan.

Penuh bekas

Sebabkan terlampau banyak pisangnya jadi kita buat lah banyak2 kek ni. Nanti boleh kasi jiran tetangga. Sempat lah buat 2 biji kek. Tapinya ada lagi tau baki pisang. Sambung esok pulak. Habiskan kek ni dulu.

Ada rupa kek

Dah macam puding pulak

Resepinya

" 1bji telor..dipukul smpai kembang dngan 1 cawan gula kastor@gula halus...wan kurangkan gula kpada 3/4 cawan jeww...sbab tkot manis..pastu msukan mnyak 1 cawan...pisang lenyek 1 cwan...wan pkai pisang montel..cabana @ pisang berangan pon boleh...pastu masok tepong gandum 1 1/2 cawan...jngan lupa...tepung 2 diayak trlebih dahulu dngan 1 sudu teh serbuk penaik n satu sudu teh serbuk soda bikarbonat...lepas ayak...baru msukan dlam adunan...kukus selama 40 mnit....ciap..."

Hehe aku copy & paste je resepi aku guna tu. Kurang kerajinan pula nak edit. Tapi yang hairannya aku guna resepi yang sama utk 2 biji kek pisang tu. Tapi rupanya berbeza lah. Ni mesti yang bukan kembar seiras. Apa2 pun kek dah masak. Mama kata sedap. Aku tak makan sebab aku diet. Petang ni ada budak2 main, potong bagi sikit sorang, balik makan kat rumah. Enjoy ~

Tuesday, September 8, 2015

Promosi AirAsia (AA)

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.


Booking dari 7 Sep - 13 Sep 2015

Ya Allah kalau aku dah kerja harus aku grab peluang yang AA dok buat ni. Serius aku suka sangat travel. Nak tengok keindahan yang Allah SWT telah cipta tu. *kagum for a second. Ke mana destinasi pun aku tak kisah sebab kalau boleh aku nak teroka bumi yang Allah SWT cipta ni. Lain tempat lain keistimewaan dia. 

Perasaan nak travel tu lagi kuat bila aku ada join satu page kat FB ni nama Backpacker Buddies Malaysia (BBM). Rasa nak g time2 tu jugak kat tempat yang diorang dok share bila diorang dah balik or masih kat sana. Tapi apa boleh buat. Berpijak lah di bumi yang nyata. Dapat sampai Mekah pun dah Alhamdullilah.

For now hanya mampu tengok kat tv je contoh program "Ke Korea ke Kita" tapi sekarang diorang ke Indonesia pulak maka program tu nama "Ke Indonesia ke Kita", "Pasport "ASEAN" dan ada macam2 lagi lah. Kadang2 tu xsempat pun nak tengok. 


Ni ada joke yang AA dok buat. Haishh mana lah tahu kan jodoh yang aku dok tunggu2 ni jumpa dalam flight nak g bercuti sesama. Lagi lah aku suka. Sebab nak travel mana2 dah ada yang teman sentiasa. Lagi2 kalau kongsi hobi yang sama, lagi kebaboom.. *verangan lah sat

p/s ~ nak kata aku pencinta Sejarah tak sangat tapi mcm best je kalau g Yogjakarta.

Friday, September 4, 2015

Trip ke Pulau Perhentian :: Panjat untuk ke Windmill

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Kalau pergi Pulau Perhentian tak pergi Windmill kau mesti kene pergi pulau tu sekali lagi. Yang dah pergi pun nak pergi lagi tau. Dia punya keindahan pemandangan bila kau kat atas tu SubhanaAllah cantik sangat. Dan tak sangka yang kau berada di Malaysia sebenarnya.  

Macam yang dah cerita kat entry sebelum ni, nak g kat windmill tu kene naik taxi air. Kalau nak lebih adventure boleh lalu trek menyusuri hutan2. Memandangkan homestay kami tu 2 jam perjalanan ikut trek kami naik je taxi air. Tapi kalau geng yang suka adventure 2 jam perjalanan pun aku rasa takde hal. Bayaran utk taxi air tu RM20/person selepas diskaun. 

View dari atas taxi air. Nak kene panjat tangga "batu cave"

Kat atas tu ada 2 je sebenornya windmill. Haha. Aku ingatkan banyak. Punyalah terbayang2 yang macam kat Holland tu. Nak tengok banyak kincir angin nampaknya nak kene pasang angan2 pergi Belanda lah kita.

Taxi air tu akan hantar kita kat pelantar yang dah senget. Mungkin kesan dari hakisan ombak. Scary woo. Kalau kau tak dapat nak imbangkan badan memang kebabomm masuk dalam air lah. Lepas tu kau kene panjat buluh yang diikat macam tangga untuk kau naik ke atas. Masa memanjat buluh tu aku ok lagi. Nak langkah ke pelantar seterusnya tu, aku merangkak tau. Takut nak loncat sebab dia punya gap antara buluh tu jauh. Kawan aku yang panjat depan aku, mat salleh tolong tarik dia naik atas. Lepas tu boleh plak dia bermesra ngan mat salleh tu biarkan aku terkontang kanting naik sendiri.


 


Cantik tak? Senada je biru laut dengan biru langit. Indahnya ciptaan Allah SWT. Tak jemu mata memandang. Owh ya masa nak naik ke atas pun ada banyak pelantar yang dah rosak/tertanggal. Jadi kau kene melangkah hati2. Ralit tengok keindahan sambil melangkah, ada kemungkinan kau akan terpelosok ke bawah. Sebabnya aku dah nyaris2. Tak perasan pun dia punya kayu pelantar tu dah tertanggal. 


Setiap kali melangkah memang tak lepas dari selfie. Untuk kenangan hari2 tua nanti. Kami sempat lepak kat pondok menunggu windmill ni dekat 1 jam sambil bawak bekalan makanan. Korang kalau pergi harus bawak bekalan makanan atau minuman ya sebab syok lepak kat atas tu. Tak nak turun rasanya. 


Tapi kami akur, kami terpaksa turun sebab hari menginjat ke senje. Takkan nak tido situ pulak. Kami balik ikut jalan hutan menuju ke long beach. Sebabkan yang ni dalam 1 jam perjalanan je *xsampai 1 jam pun sebenarnya, maka kawan2 sporting lah turun ikut hutan ke long beach. Sepanjang perjalanan tu bukan kau sorang je, tapi kau akan berselisih dengan mereka yang baru nak naik ke windmill dari long beach. 

Trek pejalan kaki

p/s ~ masa tengah lepak kat windmill ada 1 kejadian berlaku. Next story ya

Thursday, September 3, 2015

8 tahun lepas. Mula-mula masuk universiti

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Seronok pulak tengok gmbar2 pelajar yang baru daftar masuk universiti ni. Teringin nak masuk universiti balik. Teringat juga 8 tahun yang lepas mula2 dapat masuk universiti. Aku dapat UTM. Mula2 tahu dapat UTM tu tertnya-tnyalah kat mana UTM ni? Sebab yang biasa dengar UiTM, UTM tak pernah tahu pun wujud. 

8 tahun yang lepas juga bermulalah perjalanan musafir aku ke bumi Johor untuk menimba ilmu. Sebelum ni hanya bermusafir sampai Terengganu je. Setakat 2 jam perjalanan apalah sangat berbanding 12 jam perjalanan kan. Orang kata jauh perjalanan luas pandangan. Memang! Sungguh luas pandangan aku akan alam ciptaan Allah ni. Tak puas menatap. Alhamdullilah.

Segala perkakas nak bawak pergi U

Ibu ayah yang paling gembira

Cantik, lawa, comel smuanya

Zaman aku dulu, hari pendaftaran takde lah lawa cam awek2 kat atas tu. Takdenya nak pakai baju paling kebabom yang dalam almari. Yang boleh pakai baju putih kain hitam macam gambar kat bawah tu. Hanya itulah yang dibenarkan. Macam pelajar tingkatan 6 sangatkan. Ehh pelajar ting 6 zaman sekarang dah pakai baju warna warni tau g sekolah. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Takkan nak takat tu je kan. Mesti ada improvement. Dan aku yang dulu bukan yang sekarang. Cikidout.

Malu2 tucimmm peluk pokok segan bergambar sorang2

p/s ~ gambar sumber page UTM

Tuesday, September 1, 2015

Trip ke Pulai perhentian :: Hari pertama yang santai

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Trip g pulau ni adalah pada 14 Ogos hingga 16 Ogos. Jadi pada hari pertama tu (14 Ogos) kami dari Kelantan ngan kereta je pergi ke jeti Pulau Perhentian kat Besut tu. Masa yang diambil untuk sampai sana dalam 45 minit berbanding dengan yang dari Terengganu, 2 jam. Sebab tu sesiapa yang luar dari Kelantan @ Ganu naik flight better turun airport Kelantan je. Perjalanan lagi cepat.

Kami harus ada kat jeti tu pada jam 11 sebab bot nak ke pulau ada masa tu. Jam 10.30 tu kami memang dah kat jeti. Sebelum g Pulau Perhentian, masa kat jeti kene bayar RM5 untuk caj pemulihan taman laut. Ni ada sertakan itinerary untuk 3H2M tu tapinya utntuk Day 1 Marine Park & Day 2 Long Beach xtermasuk dalam pakej kami amik.

Hari pertama tersangat lah santai. Sampai kat perhentian MJ tu lepas je check in dah boleh makan. Nasib baik kami tak makan kat jeti masa tunggu nak naik bot tu, kalau tak rugi lah. Lagipun makanan yang disedikan sangat lah sedap dan makanan laut dia adalah segar. Lunch hari tu kami disajikan dengan sup sayur, ikan goreng, ayam masak blackpaper, sambal belacan, buah orange dan air. Makanan adalah layan diri. Suka hati nak ambik banyak mana.

Lepas Jumaat tu kami buat aktiviti sendiri. Kami ke windmill dan long beach. Nak pergi sana kene naik water taxi. Cas yang dikenakan ialah RM25 untuk pergi dan balik. Tapi kami dapat RM20 selepas tawar menawar. Water taxi ni bayar lain, tak termasuk dalam pakej. Cerita pasal windmill dan long beach entry lain ya sebab banyak gambar cantik-cantik nak share.

Kami balik dari sana dekat nak Maghrib dah. Siap mandi sembahyang semua ada dinner plak. Dan makanan yang disediakan memang tidak mengecewakan. Sedap sama macam lunch, tapi lauk lain lah plak. Lupa dah lauk apa untuk dinner tu. Lepas makan kami santai-santai kat pantai sambil girls talk. Pukul 11 balik bilik sambung plak girls talk dalam bilik smpai pukul 1. Cerita akan bersambung di hari ke2.

p/s ~ terima kasih sudi baca aku membebel :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails