Wednesday, October 28, 2015

Silkygirl dari Cosmopolitan

Assalamualaikum.


Kebetulan dari minggu lepas lagi datang KL untuk IV. Lepas tu dapat pulak mesej dari Cosmopolitan ari Jumaat tu apa lagi memang plan terus g collect la. Nasib baik ada kawan yang baik, layan kan aku nak g collect hadiah ni. Nak drive g amik sendiri memang tak dapat lah. Dengan apps waze yang selalu "No GPS detect", kan ada sampai KB pulak.


Antara produk silkygirl yang ada dalam box tu. Dua lagi Eyeliner dan makeup remover kasi kat kawan upah bawak aku g collect hadiah. Ni pun tak tahu bila nak pakainya. Lagi-lagi dengan aku yang tak berapa gemar nak conteng2 muka melainkan bila rasa nak melawa terlebih. Jadinya balik rumah, susun lawa2 dalam almari ajolah. 

TQ Cosmopolitan dan Silkygirl. 


Friday, October 23, 2015

26 tahun dah!! Ohh

Assalamualaikum..

Salam Jumaat dan selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ini 10 Muharram. Juga dikenali dengan hari Asyura. 

Rasuluallah SAW bersabda :
"Puasalah kamu pada Hari Asyura (10 Muharram) dan berbezalah dengan orang yahudi padanya (maka) berpuasalah sehari sebelumnya (9 Muharram) dan sehari sesudahnya (11 Muharram)." 
HR: Imam Admad & Imam A-Baihaqi


10 Muharram juga bermakna umur aku dah pun 26 tahun. Rasanya baru bulan 8 hari tu masuk umur 25 tahun. Hari ni dah 26. Hehe. Tapi memang pun tahun Hijrah ni dia lagi cepat dari tahun Masihi. Yelah sebulan kalau ikut bulan Hijrah 29 @ 30 hari je. Tapi tahun Masihi pulak sampai 30 @ 31 hari. 

26 tahun ke 25 tahun ke aku tetap yang sama. Cumanya terus berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan lebih berjaya dalam kehidupan. Sepatutnya pada umur sekarang ni aku dah mempunyai kerja ada keluarga yang bahagia. Tapi no one know what Allah have for me. Keep on trying, praying and put all trust to him. 

Thursday, October 15, 2015

Mini Pretzel sedap lagi kruk krakk

POST BARU SCROLL BAWAH YA

Assalamualaikum..

Alhamdullilah dah sebulan aku jual mini pretzel. Ni permulaan pertama untuk produk makanan. Before ni pernah jugak berniaga tapi produknya pakaian. Untuk mini pretzel yang di jual ada 3 perisa semuanya. Iaitu perisa coklat, coklat putih dan butterscotch. Untuk rasa, semuanya tersangat lah sedap. Makan satu nak lagi satu. Last2 tengok dah habis satu bekas.





Ni ada di lampirkan sekali antara testimoni dari yang dah pun mencuba mini pretzel ni. Tak tipu ok memang sedap. Hinggakan ada yang dah repeat order. Owh ya mini pretzel ni sangat sesuai sebagai makanan kudapan time tengok tv, stress kerja dan untuk hidangan jiran tetangga. Tapi rasanya tak sempat nak hidang jiran dah habis dulu. Hehe

Mereka yang tinggal di Kelantan boleh lah COD



Yang ni sampai repeat order 10 bekas. Bukan tuk bagi sanak saudara ke apa, hanya untuk makan dengan family. Katanya lagi, satu hari tu boleh habis satu bekas yang average ada dalam 45 pcs. :)

Tak terliur ke nak rasa mini pretzel? Berminat nak dapatkan boleh WA@TEXT : 0137972926. Maklumkan yang anda adalah pembaca blog saya. Harga special menanti.  :)


Tuesday, October 13, 2015

Salam Maal Hijrah 1437H

Assalamualaikum..


Dalam tak sedar esok 14 Oktober 2015 bersamaan dengan 1 Muharram 1437H. Tapinya maghrib 13 Oktober dah dikira masuk 1 Muharram. Jadi digalakkan baca doa akhir tahun dan awal tahun. Digalakkan juga untuk berpuasa esok harinya. Semoganya 1437H memberi satu sinar dan harapan yang baru buat aku dan semua.



Thursday, October 8, 2015

Aiskrim homemade 3 perisa.

Assalamualaikum.

Tengok sambil telan air liur. Sebab mood diet. Padan muka kan. Xpe set dalam kepala tahun depan boleh makan kalau dipanjangkan usia. Hehe.




Terjadinya aiskrim ni bila cerita pasal roti makan ngan aiskrim. Lepas tu mama kata dalam peti ada lagi. Yang dulu punya beli perisa solero. Masam tersangat. Entah berapa bulan baru habis. Aku cakap lah dah habis, sebab aku yang habiskan sebelum start diet. Sebabnya dah lama sangat dalam peti. Aku tengok macam xde sapa nak je. Aku belasah lah sebabnya bekas besar, isi kat dalam tu cenonet je. Cenonet pun bila makan lama jgk nak habis. Masammmm kan!! Lepas tu aku cakap lah kat mama, xpe nti aku buat. Maka tu lah rupa aiskrim aku.

Bahan pun xrenyah mana. macam biasa lah, aku bukan suka sangat bahan renyah2 ni. Plus masa tu ovalette bahan utama ada dalam simpanan. hehe. So bahan2 dan cara2 untuk buat aiskrim ni ialah

Bahan A
1 cawan susu full cream
3 sudu besar susu pekat ~ ikut kemanisan masing2
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar milo
1 sudu kecil perisa sirap

Masukkan kesemua bahan A tu dalam blender. Kemudian blend lah sehingga gebu dalam tempoh masa 20 minit. Dah gebu tu boleh lah asingkan mengikut berapa warna aiskrim yang nak dibuat. Tak nak campur warna pun boleh. Atas kreativiti masing2. Aku mulanya nak buat perisa oreo tapi sebab oreo xde dalam stok tu yang jd aiskrim 3 perisa.

Ok dah asingkan ikut berapa warna nak, boleh lah mula campur bahan B tu dalam bekas masing2. Dah kacau kasi rata bolehlah selang selikan masuk dalam bekas aiskrim yang dulu2. Dah siap simpan dalam peti beku lebih kurang 24 jam dah boleh makan. So jimat kan. 

p/s ~ apa lagi cuba lah.. Gud luck

Tuesday, October 6, 2015

Makan sampai tahun depan

Assalamualaikum..

Dah selamat collect hadiah rentetan dari entry sini. Bukan main lama lagi nak dapatkannya. Apa pun dah selamat makan juga sebelum kembali diet. Ada baki lagi kita makan tahun depan. Sebabnya expired dia tahun depan. Hehe.

Masa pic call suruh g collect hadiah ni, dalam mamai pagi lagi. Aku collect hadiah ni kat Kelate lah sebab dok Kelate kan. Nuh amik kat pengkalan chepa dekat gudang Pacific Food Product Sdn. Bhd. Depa suruh g collect subuh2 shafie tau. Sangup pulak aku nak berebut lentok degan orang pergi kerja kan. Hah pukul 11 baru aku terpacak kat sana. Dah lah tak bagi exact lokasi. Bila aku call nak tanya gudang kat mana xnak angkat pulak. Hangin betul. 3,4 kali call lepas tu sent mesej baru nak angkat next call. Beng**p betul. 



Untuk satu kotak tu adalah 14 botol macam gambar bawah. Aku ingatkan satu karton ni 12 je. Bila dibahagi dengan isi rumah campur abang ipar dapat lah sorang 2 botol. Tapinya mama ngan papa tak makan sangat jajan macam ni, hak milik anak-anak ler bahagian mereka. 



p/s ~ Perisa original je dapat. Orang bagi free perisa apa pun boleh

Puding sedut

Assalamualaikum..

Puding sedut, puding cedut ciked (pelat kelate), puding cikedut (dah macam berkedut pulak) dan macam2 versi lagi lah memang tengah 'in' giler kat Malaysia ni. Sapa yang suka makan memang tak akan lepas peluang tuk dapatkan puding sedut ni. Termasuklah aku! Tapinya aku beli hari tu waktu diet jadi adik aku yang tukang makan dan habiskan. RM6 sebotol untuk botol panjang (1st pic). Bagi aku agak mahal la. 

Kebetulan minggu lepas kakak balik cuti raya (sebab tak balik raya), maka mood rajin tu 'on'. Jadi terhasillah puding sedut versi rainbow ni. Puding sedut ni bagi aku lah, ia macam dadih (bukan dadah ya) dah aku rasa ia memang dadih. Cumanya dibuat tak pakai instant dadih yang dalam paket dan perasa yang di guna suka hati kau. Sebabkan suka hati kau, aku gasakkan aje dengan pakai pewarna bukan perasa. Haha




Botol-botol tu semua hasil dari selongkar almari mak aku yang mana hasil daripada koleksi majlis kenduri kendara. Memang berguna betul simpan botol-botol ni. Ingatkan buat semak dalam almari je. Hehe. Sebabnya kalau beli ni mahu harga RM1-2 sebotol. Jadi lepas ni kalau dapat je botol kaca jangan buang tapi SIMPAN. 

Sapa yang rasa berbaloi untuk buat puding sedut ni dari beli leh lah refer resepi yang dah di link kat bawah. Dari blog masakan yang pastinya popular, Bahan-bahan pun tak renyah mana. Aku baru ni ada satu bahan tak cukup tapi aku guna aje apa yang ada kat rumah. Jadi korang yang nak cuba tu 'Good Luck'.

resepi
http://www.azlitamasammanis.com/2015/09/puding-sedut-sedapnya.html


Friday, October 2, 2015

Self reminder #4

Assalamualaikum..

Ubah perangai dan istiqamah. Pesan buat diri sendiri. Macam mana bertengkar, terasa hati, cemburu buta, air yang dicincang tidak akan putus. Apa sahaja masalah yang dibelengu takde orang lain dah yang akan tlg kecuali adik beradik sendiri. 

Copy dari FB
"Jangan sombong dengan adik beradik ..

Tika kamu kecil bukan kawan² kamu yg bersama susah senang kamu
Bukan mereka yg lindungi kamu tika kamu perlukan"

Kak long is my everything. Dari kecil sehingga sekarang. Takde sapa leh ganti tempat dia. Bergaduh pun ngan dia lah, bergurau biawak pun ngan dialah, berkongsi cerita/masalah pun dengan dia lah, buat jahat pun juga dengan dia. Tapi lidah aku tidak bertulang, banyak kata2 yang telah membuatkan dia berkecil hati. Allahuu.. Dalam tidak sedar aku buat silap. 

"wajib bagi seorang anak itu menjaga hati abang dan kakaknya dengan tutur kata yang baik dan juga dari segi perbuatannya."


p/s ~ semoga aku berubah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails