Sunday, October 9, 2011

Berjubah maroon bersama kawan-kawan

Assalamualaikum...

Cakap banyak pun tak guna. Tengok gambar dulu..

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

Cukup laa lima sahaja yaa.. Tapi dalam kelima-lima gambar tu sudah pasti laa ada gambar aku. Acecece.. Kalau bukan gambar sendiri, gambar sapa lagi nak interframe dalam blog nie. Gambar kau!! Non ado. Lagi..lagi gambar biarlah ianya menjadi kenangan abadi aku dan buat tatapan anak, cucu, cicit, tiuk, piuk  supaya mereka mencipta azam dan berimpian ingin jadi seperti aku. Insyallah. 

Disebabkan semua orang nak bergambar beramai-ramai, jadi kami decide untuk hired seorang photografer bagi mengambil gambar kami. Hari minggu selepas pada hari konvokesyen menjadi pilihan kami sebelum jubah dihantar. Bertempat di tasik UTM dan padang hoki UTM, kami mempersembahkan gaya modeling masing-masing. Macam-macam gaya yang tak pernah dipersembahkan sebelum ini, telah menjadi tatapan photografer dan mereka yang berada di sekeliling tempat tersebut. Lantaklaa apa orang nak cakap sekalipun. nanti bila tiba giliran mereka mungkin lebih-lebih lagi gaya mereka. Maklumlaa sekali dalam seumur hidup. Lainlaa kalau sambung pengajian ke peringkat seterusnya [padehal semua yang dalam gambar tu sambung pengajian].

Malangnya hasil daripada photografer yang di'hired' tidak mampu memuaskan hati dan perasaan kami. Kami beranggapan photografer ini masih baru dan beliau masih banyak perlu belajar. Bukan niat untuk mengajar, sedangkan kami sendiri tidak pandai cuma apa yang nak ditegur ialah kami dengan jumlah yang ramai seramai 11 orang, beliau seharusnya menyusun dengan baik. Maksudnya mengatur kami mengikut turutan menaik atau menurun kerana kami berangapan gambar sebegitu pasti menarik ataupun beliau boleh meletakkan yang ditengah paling tinggi kemudian kiri kanan mengikut susunan menurun. Beliau juga seharusnya memberi idea cara untuk bergambar dengan baik kerana kami tidak mempunyai skill dalam memberikan pose yang baik. 

Beliau juga haruslah tegas dalam memberi cadangan dan arahan kerana maklumlaa bilangan kami ramai dan ada yang nak dia sorang-sorang masuk dalam gambar tu. Gambar yang diambil pula, kami beranggapan ianya tidak 'center' dan 'sharp'. Nak komen banyak-banyak pun, kami sendiri tidak pandai jadi cukuplaa setakat itu. Nasiblaa bayaran murah. 1jam = RM 50. RM 50 = 11 orang. Takdela nak kene bayar mahal sorang.sorang. Haha komen kat blog ini pun bukan photografer tu baca, kesian korang pula yang kene baca aku membebel. Maaflaaa..

p/s ~ nanti grad master nak hired photografer biar amik gambar aku sorang-sorang pula. Tak nak kongsi ngan sapa-sapa dahh..

BB... Let's experience it

3 comments:

sea_lavender said...

congrat2 dah konvo =)
gud luck in future life ~

Cheritera Kami said...

akk suka lagu UTM..terimbau kenangan time akk konvo dl...

Unknown said...

@KSWSK ~ akak UTM ehh dulu? kos pe? trasa sentap sngt bila nyanyi lgu tu.. rnduuu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails