Saturday, September 15, 2012

Rumah tumpangan sekitar Skudai, Johor

Re-update & Re-post

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Bulan sembilan hari tu aku dop kalut sebab lambat bertindak untuk mencari seterusnya menempah mana-mana rumah tumpangan atau hotel sebabnya parents aku nak datang Johor bagi menghadiri Majlis Konvokesyen aku. Sedangkan pada awalnya aku dah memang berniat nak tanya parents pasal hal nie. Tapi selalu lupa je. Ingat nak cari dan tempah tu pun dekat 3 minggu sebelum masjlis konvkesyen berlangsung sebab parents aku dah tanya akan hal nie. Dan masa tu dah sah-sah laa dah banyak hotel dan rumah tumpangan yang ditempah. Bukannya aku sorang nak konvo beribu-ribu lagi yang habis belajar macam aku.

Bila dah aku terlampau terdesak sebab aku ada search tapi tak jumpa dan kalau yang jumpa pun bila aku call tanya cakap dah penuh aku pun dapatlah idea untuk buat entry Mencari rumah tumpangan di Johor. Buat entry tu pun dengan harapan yang menggunung supaya adalah mereka yang membaca dan dapat tinggalkan mana-mana link yang mereka jumpa dan alhamdullilah hasil dari entry tu aku dapat rumah tumpangan.

Antara rumah tumpangan dan hotel aku lebih prefer untuk rumah tumpangan la sebab kondisinya lebih selesa. Kalau hotel nie satu bilik untuk family yang dalam 6 orang cukup sempit dan melemaskan. Lagi pun tak salah untuk mencari yang lebih selesa sebab bukan orang lain nak duduk tapi family sendiri. 

Aku ada juga try cari balik link untuk apartment 3 bilik yang aku pernah duduk untuk 2 hari 3 malam tu untuk dikongsi kat sini. Tapi tak jumpa. Apartment yang aku sewa tu berdekatan dengan Petronas Pulai Perdana kiranya takdelah jauh sangat dari UTM  dalam 1.5 km aje. Harga pun murah hanya RM 130/day. Semua kelengkapan ada seperti peti sejuk, televisyen, dapur. Kalau korang ada dari UTM yang nak konvo nanti leh laa sewa kat situ. Walaupun tak jumpa link aku masih simpan lagi no Kak Aza owner apartment tu. Kalau korang berminat leh laa hubungi beliau di talian : 0142777790.

Juga ada lain-lain link untuk dikongsi bersama:

http://serianggerik.com/negjohor.html

new update 14 september 2012

Aku ada bagi no Kak Za, tuan homestay yang aku sewa last year masa konvo aku. Tapi no tu dah x boleh dihubungi lagi. So, untuk membantu kawan2 aku yang ngah kalut cari homestay untuk konvo-49 UTM tadi pagi aku ada jumpa iklan nie kat fakulti. Jadi aku amik peluang tuk post kat cnie. Hope korang berjaya cari penginapan untuk family korang.


Jangan nak harapkan scholar inn sangat. Komfirm xcukup rumah kat scholar inn tu. Bayangkan laa untuk book rumah kat scholar inn tu aku dengar seawal lepas subuh dah nak pergi beratur. Katanya pukul 8.00 pagi (waktu pejabat buka) dah bersusun-susun orang beratur. Gerunn pulak aku. Sebabnye aku nk kene booked untuk kawan. Katanye sebab ayah dye xberapa tahu jalan JB nie, nak yang dalam UTM. Haiyaaa. Ikhtiar ajelah. Dapat booked ke idak tu belakang kira. Sapa berniat nak booked kat scholar inn leh laa datang ke ofis scholar inn pada 16 september 2012..

p/s ~ terfikir nak buat entry nie untuk kemudahan pencari-pencari homestay sekitar Skudai, Taman Universiti, Pulai Perdana dan Johor. Moga ianya membantu. 

9 comments:

ajumohit said...

Nice sharing dear, blehla Akak contact klu bkunjung ke sana

Cik Su Life Cycle said...

apartment kat petronas tu kat mana

shera haifa said...

@Ajumohit ~ boleh la.. :)

shera haifa said...

@Cik Su ~ Yang bawah dye ada kedai yg kat atas tu mcm apartment..
kalau mengadap petronas sebelah kirinye..

MoHd AsYraQ Bin MohD Yusoff said...

sy nk tye, kat mane ea rumah sewa yg murah area skudai? lg bgus if dkat dgn taman tun aminah.

shera haifa said...

MOHD ASTRAQ ~ yang sal rumah sewa tu sy xbrapa tahu laa.. sory

akhmal hadi azhar said...

apa nma homestay 2 ek?

Nur Intan Marlyny Bt Abd Majid said...

nak tnye,, awk ade gambar apartment tu x? selesa ke cmne..tqq..

shera haifa said...

Sory intan.. xde gambar la. n i think that no not available at all because my frnd try cal dh xdapat.. so try col no yg sy baru letak kat entry nie..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails