Friday, August 31, 2012

New tudung,shawl raya style

Bismilahirahmairahim dan Assalamualaikum

Buang tabiat! Aku xpernah terfikir yang aku akan pakai shawl cam gaya pertama untuk hari 1st raya. Rasa cam terlampau bergaya dan entah la. Tak reti aku nak cakap. Sebelum nie aku xpernah nak pakai cam gitu. Maklumlah kawan2 aku apatah lagi kakak aku sendiri takde nak pakai cam aku pakai nie. Selalunya aku sendiri pun pakai tudung bawal lepas tu pin cam 'butterfly' kat bahu, tak pun pin kat bahagian atas kepala sebelah, sebelah lagi atas bahu. 

(gaya pertama)

Entah hantu pe yang rasuk aku suruh pakai cam gitu. Tapi ok lah nice (puji sendiri) cuma yang paling tak selesa bila aku jumpa sepupu sepapat cam aku ter'over' pula. Malu pun ada. Namun aku peduli apa, aku suka hati la. Pulak!!

(gaya kedua)

Disebabkan tak nak nampak terlebih over, i thing gaya kedua nie lagi ok. Simple, easy. Just sarung dan kancing di bawah dagu. Selesa pun ya. Takde lah nak rimas kat leher sebab kene belit. Kadang2 juga cara aku pergayakan tudung or shawl nie semuanya ikut mood. Kalau nak bergaya aku pakai laa cantik2, kalau nak nampak simple aku pakai cara biasa je. 

p/s ~ But both gaya,1st time raya aku pakai cam gnie.


3 comments:

s.a.r.a.h said...

cantek la syg ;)
try gaya laen plak :)

sea_lavender said...

new style ~ kdg2 menarik pada kita ~ keep it up :)

hazman aka species1980 said...

memang ada gaya jadi model tudung dan shawl nie... nice...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails