Friday, May 31, 2013

Resepi Puding Aiskrim Oreo

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Sekali tengok gambar atas nie macam bubur tapi bukan bubur ya adik kakak sekalian. Nama makanan dalam gambar diatas ialah Puding Aiskirm Oreo. Mana aku dapat resepi buat puding sebegini? Semuanya disebabkan kakak aku yang nak makan tapi malas nak buat. Ya Ampun pemalas betul kakak aku kan.. 

Alkisahnya, pada suatu hari tu dye share resepi ni yang pada asalnya dari FB BUKU RESEPI kat wall aku. Dah kalau begitu gayanya memang aku lah kene buat. Memang aku dah tau dah trik comel kakak aku tu. Lagipula aku nie jenis rajin mencuba dan membuat. Hurmm memang aku lah yang buat.

Disebabkan kami dah terpisah antara dua benua, bila salah seorang balik memang tak akan jumpa melainkan bila sama2 balik. Jadi aku tnggu sehingga kakak aku balik baru aku masakkan makanan nie. So kebetulan semasa mengundi baru nie kami sama-sama balik jadi aku masaklah puding simple nie. Bahan2 dan cara2 nya tersangat lah mudah dan senang. Nak cuba boleh la..

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali 
1 tin susu cair
1250 ml air
100 gram gula
1 biji telur
1 bungkus biskut Oreo
Aiskrim (x kisah perisa ape pun. Saya guna perisa vanila)
sedikit esen vanila

Cara-cara :
1) Basuh agar2 tali kemudian masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.
2) Oreo dikisar dlm pengisar kering. Kalau xde pengisar hancurkan dengan tangan pun boleh... nak patahkan 2 pun boleh jugak... terpulang.
3) Blend susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
4)Bila agar2 yang dimasak tadi dah larut sebati masukan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api...
5) bolehla disejukan dlm acuan , loyang ...dah beku bolehla dipotong2 


nie lah rhupenya lepas di potong. Sedapppp!

Tuesday, May 28, 2013

Kronologi Permohonan Kursus

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Yehh sijil dah pun dalam gengaman. Tapi aku xboleh lupa macam mana susah payah nak daftar untuk kursus nie. Sebelum nie aku ada buat entry bertajuk first stepPada mulanya aku berniat untuk pergi khusus pada tarikh tersebut. Tetapi disebabkan masa yang diambil sangat lama sebelum pergi membuat pendaftaran, tarikh tersebut sudah 'full house'. Then pihak universiti ada buat lain tarikh iaitu seminggu selepas tarikh tersebut. But i was not able to attend because i'm going home for my cousin's wedding.  Then i try ask secretariat sama ada akan ada tarikh lain atau tidak? Mereka kata dah takde. Disitu bermulalah episod kekecewaan saya.

Walaupun kecewa, tapi usaha masih lagi diteruskan. Masa tu siap usha lagi tarikh2 kursus pra perkahwinan yang akan diadakan kat Kelantan. Memang sebulat tekad, x dapat buat kat JB mmg KB menjadi pilihan. Kalau kat KB yuran dye RM70. Kalau nak compare ngan JB mmg lg murah la, tapi dengan kos tambang bas pergi balik, it more than fees yang kat JB. Tapi kalau masa tu mmg nak balik rumah, xde ruginya sbb balik jumpa keluarga nie bgus..

jadual kursus kahwin kelantan 2013
Jadual kursus pra perkahwinan untuk rujukan penduduk bumi Kelantan

Tengah hangat pasal isu kursus nie, tetiba ada plak student yang g post kat salah satu group yg aku join cakap ada kursus yang sama akan dilangsungkan di luar UTM. Tapi yang luar UTM aku agak kurang berminat sikit nak pergi kalau seorang. Kalau ada geng mmg aku xkisah. Lagipula kene pergi sndiri n sorang2. Aku leh bayangkan hidup aku tanpa teman. Walau pada hakikat sebenarnya aku mmg suka buat perkara sorang2 tanpa melibatkan orang lain. Hehhh

Namun, aku dapat tahu lagi skali UTM akan menganjurkan lagi kursus pra perkahwinan nie pada tarikh selain bulan 4 itu. Aku apa lagi terus bergegas ke sana mengambil borang yang lain dan bertanya akan budak lab sama ada diorang nak ikut ke x. Dalam men'komfirm'kan dengan diorang aku stay sekejap kat tempat pendaftaran. Pastu dengan ulang alik g amik duit, tiba masa nak daftar sekali pihak urusetia kata dah penuh. What!!!

Memang banyak kali aku kecewa weii. Sedih gilerr. Punya lah susah nak attend kursus nie kan. Aku memang dah malas nak fikir masa tu. Tapi punyalah Allah SWT tu nak tolong aku, pihak UTM sekali lagi bukak tarikh baru. Woo dapat tahu je, memang aku tanpa tngu sesaat terus ke pejabat pihak urusetia. Dan memang terbaik, setibanya aku disambut oleh mereka dengan borang belum di fotocopy lg. Wahh maknanya apa tu? Maknanya aku adalah orang pertama. Kah3x.. Hinggakan akak tu tegur, "eh cepatnya sampai.." Yes akak semangat nak g kursus belum luntur lagi. Dan2 time tu jugak aku daftar. 

Konklusinya aku adalah antara mereka yang terawal daftar. See memang semangat betul aku nk g kursus pra perkahwinan kan. Tapi pasangan entah ke mana lagi. But dengan adanya sijil kursus pra perkahwinan nie akan membuatkan aku bersemangat tuk cari pasangan hidup. Tapi semua itu hanya akan dilaksanakan sesudah aku menamatkan pelajaran ya. Selagi tak habis belajar NO WAY!

Sunday, May 26, 2013

Sijil Kursus Pra Perkahwinan

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah setelah banyak kali mencuba nasib, akhirnya rezeki masih lagi menyebelahi aku. Sejujurnya aku sudah hampir berputus asa dengan ini, tapi aku masih lagi berusaha untuk mendapatkannya walau dimana jua ia dijalankan. 


Untuk mendapatkan sijil ini, memang banyak betul kedukaan dan kekecewaan yang aku alami. Pasal tu nanti aku cerita lain. Panjang ceritanya. Aku tak leh nak buat pendek sebab takut jalan cerita tak kene. Hehe

p/s ~ but now no worried anymore. I already have this.

Saturday, May 25, 2013

Trifle pertama

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum 

Alhamdullilah hasrat untuk ber'experiment' trifle berjaya juga. Kebiasaannya bila nak experiment kene pastikan balik rumah pertama2nya. Yelah bila dok hostel mana tempat nak memasaknya. Buat comot bilik adelah. Lagipun kat bilik ruang dye kecik aje, kalau kat rumah leh sepah mana yang kosong tu. Hehe


Percubaan pertama yang bagi aku tidak seindah mana. Ada kisah kastard tak pekat waktu buat trifle nie. Puas aku dok masukkan kastard hinggakan nak habislah boleh dikatakan tak juga pekat. Degil tahu kastard yang aku pakai tu. Juga kisah jelly yang cair sebab terlebih sukatan air. Salah sendiri. Sebelum tu tengok bahan2 nak buat trifle nie n caranya dulu.

BAHAN-BAHAN
Kek pisang
1 tin susu cair 
1 tin fruit cocktail
1 tin laici
2 sudu tepung castard
3-4 titik esen vanilla
1 kotak jelly 
1 sudu gula pasir

CARA-CARA
1. potong kek pisang & susun dlm bekas. pastu basahkan sikit kek tu ngan air fruit cocktail 
2. campurkan  susu cair + tepung kastard + gula putih + esen vanilla kacau sehingga sebati
3. masak dengan api yg perlahan sehingga pekat
4. masukkan kedlm bekas yg telah disusun ngan cake tadi
5. susun buah laici ngan cocktail
6. masak jelly nona ikut arahan di belakang kotak
7. curahkan ke atas adunan tadi
8. Siap. Simpan dalam peti kasi sejuk sebelum makan.

Pengunaan kek pisang sangat kurang atau boleh dikatakan seperti takde langsung waktu aku search mencari resepi trifle nie. But the idea to use 'kek pisang' came out when aku cuba makan trifle yang ada satu kedai kat arked kolej aku jual dye pakai kek pisang. Then the taste sangat2 lah sedap. Orang kata jatuh cinta pandang pertama. Hui2x. Daripada situ muncul lah idea nak pakai kek pisang. 

Pasal kastard yang tak keras pula semuanya adalah silap aku yang membeli. Aku beli kastard tu kat kedai Sweet Berry yang mana aku suka beli barang2 tuk buat kek or apam polkadot. So masa kat kedai tu aku dah belek2 mana nak beli pastu amiklah kastard tu. Aku cari kastard yang dalam gambar bawah nie tapi xde jumpa kat kedai tu. Yang ada hanyalah kastard yang telah ditimbang dan bungkus sendiri oleh kedai berkenaan. 


Dah baca yang dye tulis kastard kat plastik terus la grab sbb dah memang xde yang lain punya pasal. Balik rumah tiba masa nak buat masuklah kastard tu mcm mana resepi kat atas. Sekali dok kacau2 kenapa tak kental2 nie. Dah puas lah mengacau memang lama giler ah. So aku ingatkan kurang kastard aku tambah lagi. Aikk sama juga tak kental juga. Aku cakap ngan mama kenapa tak kental pun kastard tu. Mama pula amik alih masak kastard. Aku bace balik plastik tu betul ke aku beli kastard? Ya memang betul kastard yang aku beli tapi dye ada perkataan lain iaitu 'artificial castard'. Hoyehh kastard tiruan?? Padan lah tak mahu kental PENIPU rupenya! Memang kureng asam betul la. Last2 aku start moto g beli kastard yang sama dalam gambar atas. Mama masukkan aje 1 sudu dah kental weii.. Geram plak hati aku masa tu. Dah lah mahal tau 'artificial castard' tu. Mengong betul..

Pasal jelly cair tu plak sbb aku malas nak sukat air. Hambekk ko skali tak keras2. Jadi bila potong trifle tu yang jelly akan hancusss.. Tapi semua kesalahan aku tu leh dimaafkan la. Haha sebab experiment kan. Experiment nie kita tak tahu projek kita berjaya ke x. Keh2x.. Saja nak ngelat sebenarnya. Nanti raya nak cuba buat trifle lagi.. Muahhh

p/s ~ Sebut pasal raya, 4 hari nak raya baru aku balik. Sedihhnya..

Friday, May 24, 2013

Jalan - jalan Sabah Complete

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kat Kota Kinabalu kami x banyak menjalankan aktiviti pun. Tambahan pula macam xbanyak tempat yang boleh dilawati kat Kota Kinabalu nie melainkan membeli belah aje la. Then i want to summarise the place that u can visit when u was there.. Seen like i'm live there but i'm not. Haha

So for a day stay at Kota Kinabalu, we just escape to Pulau Mamutik and shopping mopping at Pasar Filipina. Aku rasa masih ada banyak lagi tempat yang menarik kat main town of Sabah nie, tapi kami tak berkesempatan untuk menjejakinya. So pity we.. Kah2x..

Then now it almost 3 month about this Sabah. I want to go there again. I want to capture the highest peak of Mount Kinabalu. Hoho..


Thursday, May 23, 2013

Sahabat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

I was compelled to write this entry.. It is about friendship..


I don't think that i'm such a good friend. When my friend told me that i'm a good friend, i think they are lied to me. They just want me to feel relief when they say so or they just want to satirize because i did not be a good friend in fact.


If i'm a good friend, i will take care and grab some information about my friend. I will make sure that when my friend in bad condition i be polite and always ask about here. But i'm not.. I just let my friend lost direction and only have family to give support and everything. Such a bad friend right?


If i'm a good friend, i will always beside them and always lend a hand to help. I should not have  a selfish attitude. I must hang out with them. Does not have heart feeling when i being scolded because of my fault and ect.



Then too be  a good friend, you must listen to lyrics 'Sahabat' by Najwa Latif. I think you will be, but i'm not. Huhu

p/s ~ thanks for those that want to be friend with me eventhough i'm not good.

Tuesday, May 21, 2013

Pasar Filipina, Sabah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Setelah penat menyelam, kini masanya untuk habiskan duit kat Pasar Filipina yang sangat famous amos tu. Wah bajet banyak duit sangat la aku nie. Hinggakan balik aje dari Sabah duit simpanan kering kontang. Huhu. My fault. Boros sangat. Tapi aku beli apa yang aku rasa nak beli untuk family n kawan2 je. Salah ke? Hurmm

Semestinya kalau pergi Sabah x beli mutiara memang x lengkap rasanya. Tambahan pula, mak aku ngan mak saudara suruh beli seutas sorang rantai. Mak aku juga ada pesan suruh beli dekat adik aku yang sorang perempuan tu. Pada hakikat sebenarnya aku xreti sangat nak membeli nie, but aku main taram ikut sedap mata aku aje la.

Nie hasil rembatan aku ngan kawan aku. Gambar atas xde kene mengena. Hanya amik je.

Untuk aku pula, aku hanya beli gelang tangan ngan kerongsang. Aku xreti sangat nak pakai rantai yang labuh2 nie. Cukup la dengan seutas rantai yang panjang biasa2 aje. Untuk kakak aku aku beli gelang tangan aje. Kerongsang aku xbeli dekat dye sebab dye x suka kerongsang yang berjuntai. 


Aku juga ada beli fridge magnet sabah. 3 ketul RM10. Standard la bagi aku harga tu. Semuanya aku jumpa 3 ketul RM10. Aku beli banyak sbb nak kasi ngan mak2 sedara. Tapi hingga ke hari nie dah 3 bulan masih lagi dok kat fridge mak aku. Dah mak2 sedara xde datang rumah. Malas la aku nk g bagi sorang2.


Lupa pula masa dekat Dairy Farm aku juga ada beli fridge magnet. Aku beli 3 ketul je sbb mahal sangat. 1 ketul RM5. Tapi yang nie cantik sbb ada gambar moooo.. Hehe. Yang nie pun nak bagi kat mak2 sedara tapi masih kat fridge mak aku juga.

  

Kat Pasar Filipina nie juga ada jual makanan2 laut. Yang penting masih lagi fresh makanan laut tu. Tak lupa juga dengan size yang besar gabak memang kenyang lah makan. Sizenya yang memang besar dan jarang jumpa kat Semenanjung siyes. Terkejut and kagum aku tengok.


Dan x lupa untuk aku membeli rumpai laut yang telah dikeringkan nie. Pada mulanya mak aku yang pesan benda nie. Mak aku nak warna kuning sekilo. Yang warna purple tu mak aku x pesan pun aku yang pandai2 beli. Kat sana yang kuning tu harga dye sekilo RM9 manakala yang purple tu harga dye RM12/kilo. Murah giler2 kan.  Kalau kat cnie, RM10 baru 100 gram. Cekik darah betul. Nak cepat kaya punya pasal. Apa2 pun itu sahaja kisah membeli belah kat Pasar Filipina. Lepas pada tu kami terus balik rumah. Esoknya dah nak berangkat ke airport untuk balik Semenanjung.

p/s ~ entah bila dapat ke Sabah pula.. Huhu

Monday, May 20, 2013

Alkisahnya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alkisah tersebutlah kisah.. Taib.. :)

Menyelam sudah.. Melawat kawasan pun sudah kini tibalah masa untuk pulang. Merujuk kepada entry kos ke pulau, kami decide nak balik pukul 3. Pada jam 1 tengahari, aku masih lagi menyelam untuk yang entah ke beberapa kali. Kawan2 yang lain berada di gigi air. Tiba2 aku tengok mereka bertiga bangun dari duduk dan buang peralatan masing2.. Aku dah bermonolog dalaman 'hehh diorang nie nak balik dah ke.. hurmm'.. Aku pun apa lai keluar dari air dan bertanya akan meraka.. Yes meraka dah nak balik tapi boat kami pukul 3. Then kami pun buat keputusan call orang sana bagitahu nak balik pukul 2. Ok settel part tu..

Dah selesai mandi and pakai balik baju yang masa datang pulau, terus ke jeti. Masa tu dekat2 pukul 2 dah. Tiba masanya boat pun sampai. Kami pun cakap lah dengan orang yang handle kata kami balik pukul 2 xjadi balik pukul 3. Sekali!!!! dye check nombor, nombor siri  tiket keteorang x tersenarai untuk boat pukul 2 tu. Kurang ajor betul.. Masa call kata ok beres.. Ni apa kess xde nombor kami. Mengelegak je masa tu. Boat plak penuh. Hehh kenapa ramai sangat nak balik pukul 2 nie.. Nak x nak terpaksa lah kami melepak kat jeti tu. Pedulikan orang yang lalu lalang. Yang tak nahan tu kami sempat menyidai tuala. Kering tau. Huh bertapa panasnya kat situ.  


Melepak kat jeti banyak kejadian kelakar berlaku. Tergelak2 kami kat situ.. Kejadian pertama ialah ada satu pasangan kapel i think and chinese. Diorang nak bergambar. Then si perempuan ni berlari2 manakala si lelaki mengambil gambar. Hoii kalau berlari buat video ok lah nie berlari tapi ambik gambar. Hadoii bukan leh nampak pun yg ko dok lari tu. Just buat acting dah la xpayah nak lari2. Bantai gelak kami kat kejadian pertama nie..

Kejadian kedua plak, chinese jugak dop berusaha nak tangkap anak2 ikan yang bersepah kat bawah jeti tu. Nak tangkap pula pakai tapak tangan yang digabung dua. Hadoii apa kerjaan macam tu. Ko ingat anak2 ikan tu xreti nak lari bila kau sauk ngan tapak tangan. Yang paling xleh bla dye buat style jeng jeng jeng yang mana slow2 nak sauk anak2 ikan tu. Sekali xsempat sauk anak2 ikan dah lari dulu. Nampak beno anak2 ikan tu lagi bijak dari ko. Bukan sekali dye cop cuba nak sauk anak2 ikan tu berkali2.. Hadoii bengap betul.. Sekali lagi kami bantai gelak. Tapi yang bestnya masa kami x sia2 menunggu boat pukul 3. Ada juga hiburannya.


Dah tiba boat yg pukul 3 tu. Then u know what? Ketiorang je yang nak boat tu. Bersama 2 orang pengemudi boat yang ee entah nak cakap apa xtahu. Bawak boat main2.. kejap laju kejap slow. Tahu lah yang dalam boat tu smua perempuan. Nak mengatai lah kerjaan tu. Sampai kat tengah2 laut plak, boleh dye kata boat xde minyak n kene dayung pakai lengan. Amboii engkau. Orang bayar kot. Rupenya2 enjin rosak plak. Hadoii bosan betul. Dah lah lepas nie nak g shopping kat Pasar Filipina  tu.. Baiki punya baiki dapat lah boat gerak. Dan boleh gerak plak slow aje. Ahh jadilah. Selamat sampai jeti akhirnya..

Itu aje alkisahnya. Hadoi panjang pkak entry nie. Ada orang baca ke x nie??

Sunday, May 19, 2013

Pulau Mamutik

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Island here i come. Hoyehh.. This is my 1st experince actually.


Kat pulau Mamutik nie leh tengok coral. Yehh saya lihat dengan kepala, mata saya sendiri. So beautiful. Lain2 boleh juga tengok pelbagai species ikan. Wahuuu. Dan yang paling mengelikan bila ikan dop sodok2 kaki kita. Mula2 kene sodok tu xsangka ikan. Dah gelabah dop tarik2 kaki sbb ingat something yang berbahaya. Haha


Disamping menyelam tu sempat lah jalan2 kat pulau nie. Dan kat pulau nie ada kubur hokay. Hiyuwww berhantu x? Hurmm kubur orang zaman dahulu kala kot yang menghuni pulau ini. 


Akhirnya dapat juga publish entry nie. Dah berbulan2 tersimpan. Kuang2x..

Thursday, May 2, 2013

Let's escape

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dah beli ticket. Let's escape! Piungggg. Berdesup. Haha. Bajet cam naik racing car, padehal naik boat aje. Nasib baik gua xde mabuk laut. Kalau x memang dalam laut tu je gua muntah. Kah3x.



Masa naik bot angin best giler. Gua suka angin kuat-kuat nie. Cepat sejuk. Tak percaya gua suka? Tengok gambar atas la macam mana gua sengeh. Habis terjojol gigi-gigi gua yang x berapa nak rata tu. Udah mcam kerang busuk aje. Tapi gua  xbusuk ya walaupun gua nak g snorkeling. Kah2x.

p/s ~ ter'rajin' update cerita satu persatu plak.


Wednesday, May 1, 2013

Kos ke Pulau Mamutik

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Apa pasal lah aku liat sangat nak menulis kat blog sejak kebelakangan nie ha? Cerita Sabah yang 2 bulan lepas belum abis2 lagi. Sedih betul lah kan. Memang xleh nak jadi wartawan aku nie. Nanti banyak berita yang penting2 terlepas macam tu aje. Huhuhu. Membebel panjang pun xguna juga. Baik aku teruskan dengan cerita aku. 

Bila dah pergi Jesselton Point nie, xlain xbukan mesti nak pergi pulau punya. Hewhew.. Sebelum tu kene lah beli ticket dulu hokay. Bukan free nak ke sana.

Tengok punya banyak agensi yang sediakan perkhidmatan ke pulau

Tapi TARIE TRAVELS & TOURS menjadi pilihan


Dan ini adalah senarai harga untuk ke pulau-pulau yang boleh dikunjungi. Kamu membuat pilihan untuk pergi satu pulau sahaja iaitu Pulau Mamutik. Dan tujuannya untuk snorkeling. Wehuu. Total untuk ke pulau per person ialah RM46.50.

Boat rate : RM23 (1 island)
Terminal fee : RM3.50 (student)
Sewa snorkel+mask+life jacket = RM15
Bayaran masuk kat jeti pulau mamutik : RM3/person.

Waktu kami pergi ke sana jam 9 pagi then kami decide tuk balik jam 3 petang. Mak aii nak pergi snorkeling sampai 6 jam. Gilorr ke apa. Macam xnak pergi tempat lain dah amik pilihan snorkeling sampai 6 jam. Haha. 

P/S ~ nak snorkeling lagi!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails