Friday, March 4, 2011

Melalaikan membahayakan diri..

Bila niat sudah disalah gunakan, hajat yang ingin dilaksanakan tergendala dan terbengkalai begitu sahaja. Ianya pergi bersama-sama masa yang tidak pernah berhenti, meninggalkan kita yang tak penah sedar akan kepentingannya. MasyAllah.. Lalainya diri ini.

Mungkin tujuan asal ke bilik member untuk belajar, alih-alih buat benda lain. Nota yang dibawa tak terbaca, segala cerita pula disingkap dari tirai kamar.Wohoo dah macam tajuk lagu dah. Bila dan bersama member nie tak pernah kita akan merasa sunyi tanpa kata. Mesti akan ada kata-kata yang keluar. Tapi pastikan kata-kata yang keluar tu tak melukai hati sesiapa. Hidup pasti akan sentiasa ceria bila bergelak ketawa.

Be happy!
Visit SayingImages.com for more amazing sayings! Found by: Saying Images & Lovely Things|Follow now

Kadang kala bila niat nak online hanyalah setengah jam, masa seakan-akan berlalu dengan cepat. Setengah jam yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk online tambahan bila buka facebook. Entah apa yang ada pada facebook hinggakan setengah jam menjadi kepada satu jam setengah. Sedangkan di facebook hanyalah ada gambar, post dari kawan dan game. Nak kata main game, dah lama aku bersara dari keje tu. Semua ini adalah melalaikan.. SubhannAllah.. Jauhkan lah aku dari semua ini.




sehingga berjumpa lagi..

Lalainya kita adalah angkara rapuhnya Iman.

1 comment:

Anonymous said...

clap2!

tapi tengah addicted dengan game kat hp..
pastu tak boleh ade internet dok godek2 blog sana sini sampai lebam...
astaghfirullah...

mujur takde facebook.mungkin itu satu reason tak buat akaun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails