Monday, March 14, 2011

Nasib Negara Jepun dan Penduduknya..

Semua sedia maklum bukan, negara yang terkenal dengan jolokan negara matahari terbit @ Jepun telah dilanda bencana yang boleh diklasifikasikan sebagai bencana yang paling teruk. Gempa bumi yang berskala Ritcher 8.9 telah melanda Jepun dan mengakibatkan berlakunya Tsunami dengan ombak yang setinggi lebih kurang 10 meter menghempas dataran. Bot, rumah dan bangunan semuanya dihanyutkan oleh air. Kawasan Jepun yang dilanda Tsunami ini ialah Miyagi. Ini menyebabkan banyak kerosakkan dan kematian yang sehingga kini diangarkan lebih kurang 1,000 orang.



Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an. Sesungguhnya bila-bila masa sahaja pelbagai musibah dan bencana akan berlaku. Kita yang hidup ini hanya mampu berdoa semoga kita dijuahkan dengan bencana yang tidak dingini ini. Jauhilah segala perkara yang mungkar yang sememangnya ditegah dan dilarang oleh Allah S.W.T.

[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".




Bencana ini adalah diluar jangkaan dan kemampuan kita untuk berfikir dan menghalang. Jadi apa yang pasti kita hendaklah persiapkan diri dengan segala kemungkinan ini. Walaupun dengan teknologi yang begitu membangun sebagai contoh Jepun sendiri yang telah membina bangunan yang kukuh dan tidak akan runtuh apabila berlakunya gempa bumi, namun andai sudah tersurat akan runtuhnya bangunan itu tiada siapa boleh menghalang. Tapi sekurang-kurangnya usaha yang telah dilakukan itu.



Apa yang diharapkan pada saat ini oleh penduduk Jepun yang selamat ialah moga saudara-saudara mereka yang hilang ditemui dengan selamat, mendapat bantuan yang sepatutnya dan mendapat perlindungan. Dengan Letupan Besar Di Kilang Nuklear Jepun yang telah berlaku, harap semua akan selamat. 

pssttt:
~ Jangan kerana Malaysia tidak didalam lingkaran kawasan gempa bumi, ianya selamat.
~ Untuk melihat lebih banyak lagi gambar2 akibat gempa bumi dan tsunami..
Devastating earthquake and tsunami in Japan 12 March 2011

sehingga berjumpa lagi..

Sentiasalah berwaspada..

3 comments:

Adam Roslan said...

Kita jangan alpa.

NIA said...

semoga kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T

hans said...

kesian dkt diorang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails