Dalam suka ada duka, begitu juga dalam pertemuan ada perpisahan. Katanya ''pertemuan dan perpisahan ini merupakan satu adat manusia biasa''. Itulah antara rangkap lagu untuk lagu pengakap.
BERTEMU DAN BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA
Tapi setiap perpisahan bukan hanya berhenti di situ. Walaupun ianya jauh untuk di lihat dengan pandangan mata, tapi di dalam 'kalbu' ini ada ruang buat kamu. Seluas mana ruang itu, usahlah kau khuatir kerana aku akan pastikan ada ruang buat mu.
HILANG DI MATA DI HATI TIDAK LUPA
Apa-apa pun, ingatlah aku dalam doa mu. Doalah agar kita aman dan sentosa, moga kita dapat berjumpa lagi. Andai ada jodoh antara kita, seluas lautan mati sekalipun pasti akan ada peluang untuk kita berjumpa.
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA
20 May 2011 (malam), aku akan meninggalkan tempat di mana aku menuntut ilmu selama 3 tahun 6 bulan iaitu UTM. Dan ini bermakna aku juga akan meninggalkan teman-teman seperjuangan yang pastinya akan pulang ke pangkuan keluarga. Apakah akan ada hari untuk bertemu lagi? Doalah moga kita aman dan sentosa. Jadi kita akan bertemu lagi pada bulan September nanti di hari yang dinanti-nantikan sejak kita dari tahun satu iaitu hari menerima segulung Ijazah.