Friday, September 30, 2011

Orang ganu tulis surat



suka ngekek aku bace surat orang ni tulis. Nasib baik pernah dop ganu selama 2tahun. Faham dan tahu jugak aku cam mana gaya dan bace surat orang ganu nie tulis. Tambahan rumate aku sekarang orang ganu.

Nasaboh la orang nie pergi tulis surat camni kat JKKK kampung dia. Haha bahasa tak formal langsung. Agak-agak JKKK nak bagi ke tiang gol baru eh?

p/s ~ faham ke bace?

BB... Let's experience it

Thursday, September 29, 2011

Cintai aku bukan kerana rupa


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini.

Mencintai aku bukan kerana rupa.. Bukan nak cakap aku cantik, comel, lawa dan cute ke apa tapi setiap manusia Allah S.W.T memang jadikan cantik, lawa, comel dan cute. Kalau kita pandang tak cantik pun tapi orang lain pandang dye adalah yang paling cantik. Sendiri mahu ingat lah yaa.

Buat yang nak bercinta semua tu, memang rupa adalah perkara pertama yang dipandang baru lah hati sebabnya hati nie kita tak boleh nak pandang dengan pandangan kasar. Memang tak salah untuk memilih yang cantik pada pandangan mata, tapi selepas itu kene lah pandang hati juga. Manalah tahu pandang rupa macam Lisa Surihati tapi hati macam pontilaknat. Masyallah. Apa yang mampu aku berhias. Hanyalah hati yang ikhlas.


BB... Let's experience it

Wednesday, September 28, 2011

Rabu tanpa Kata #15

Assalamualaikum..





Sunday, September 25, 2011

Rumate tak sayang..T_T

Assalamualaikum..

Apa nak cerita yaa? Banyak yang nak cerita sebenarnya but i'm totally buzy. Buzy with what i need too settle before the day is coming. What a day? Will be proceed to next entry. [Ermm ada orang tertanya-tanya tak kenapa aku tak update blog?]

Tak tanya pun tak apa. Meh aku cerita. Apa yang membuatkan aku sibuk ialah, dengan proposal projek yang tak siap lagi sebab database perpustakaan universiti tak boleh nak akses menyebabkan perncarian journal tergendala. Dengan ulasan buku yang hanya 1/3 baru buat dan bab yang harus diulaskan baca-baca tak faham juga sebab dalam bahasa Inggeris [aku lemah bahasa inggeris], juga dengan nak cop 'disahkan oleh' segala sijil-sijil [bajet banyak sijil] bagi mintak sugar daddy taje [nak mintak sugar daddy taje pun susah woo]. 

Juga sibuk dengan bermain game bagi hilangkan tension sebab baca-baca tak faham, nak bukak web perpustakaan universiti tak boleh. Nasib baik tension aku tak terjun tingkap je. Untunglaa bilik pun dah dop tinggi. Tak payah susah-susah cari KBMALL nak terjun bunuh diri. Pensyarah aku cakap kalau tension jangan pendam, lepaskan segalanya kalau tak nanti kene kanser. Memang betul-betul kene kanser ya. Pensyarah aku tak reka cerita pun. 

Siang malam main game. Kalau tak main game pergi berjimba sana-sini. Tapi nak berjimba dengan sapa, rumate balik kampung. Owhh rumate tak sayang aku, kene tinggal setiap minggu. Sob.sob.sob. Cari rumate lain lah lepas nie. Sapa sudi?

*sampai hati rumate*


Wednesday, September 21, 2011

Rabu tanpa Kata #14

Assalamualaikum..

Tuesday, September 20, 2011

Mengarut pasal kata kunci

Assalamualaikum..

Tanggal 6 September 2011, setelah 3 bulan meninggalkan UTM bagi menjaga ayam itik di kampung kini aku kembali semula menjejakkan kaki di sini. Bermakna sudah 2 minggu juga aku berjauhan dengan keluarga di kampung. huk.huk.huk. Tapi minggu depan family akan datang ke UTM. Gembiranya..

Bila dah ada kat UTM nie, kolej pula bersebelah ngan kolej lelaki dan dengar kata akan bergabung menjadi satu kolej maka selain dari misi belajar, misi mencari boboyfriend juga terut termasuk dalam senarai utama. Mana tahu bertemu dengan tulang rusuk kat UTM. Dapat laa sama-sama belajar. Yang aku tak faham boboyfriend leh ajar, kalau yang boboyfriend tak faham aku leh ajarkan. Gedik sudah. :p

Ini pasti kerja budak-budak suci #first year yang dop mengedik google pasal mencari boyfriend utm dan tersangkut kat blog aku. Alim Fahmi Kamarudin tu siapa pula? Owhh mungkin nama salah seorang budak lelaki yang ada kat UTM kot.


Bukan sahaja leh cari boboyfriend tapi leh juga cari macam mana nak matangkan diri. Walhal pemilik blog nie pun bukan matang sangat. Ada juga yang cari doa untuk belajar. Alhamdullilah bagus adik-adik sekalian. Kita datang kat UTM nie first thing ialah kita nak belajar. Jadi bacalah doa untuk belajar moga kita dibukakan pintu hati dan dapat memahami apa yang kita belajar dengan baik. Insyallah. Moga kita sama-sama berjaya. Dah-dah lah baca blog meh kita belajar dulu. Tapi baca doa nie dulu.



Monday, September 19, 2011

Bakal Haji dan Hajah

Panggilan haji telah tiba lagi, menunaikan ibadah, panggilan Baitullah, tanah suci Mekkah ya Mekkahtul Mukaromah, Tanah Suci Mekkah ya Mekkatul Mukaromah ...

Itulah antara lirik lagu untuk PANGGILAN HAJI..



Bertapa besarnya hasrat hati bagi semua umat Islam yang tak kira berada di mana-mana sahaja yang pastinya ingin menginjakkan kaki ke rumah Allah S.W.T bagi menjalani Rukun Islam yang ke-5. Dengan duit yang diberikan oleh anak-anak atau duit pencen dimanfaatkan sepenuhnya untuk membiayai kos perjalanan, makan minum dan tempat tinggal di sana nanti.


Mengikut pensyarah aku yang mengajar subjek PHILOSOPHY OF SCIENCE AND CIVILIZATION @ FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN baru-baru ini, bagi mereka yang mendaftar dengan Tabung Haji pada tahun ini iaitu 2011, meraka bakal menjejakkan kaki ke rumah Allah S.W.T pada tahun 2041 iaitu 30 tahun lagi. Jadi boleh tak kau banyangkan andai yang mendaftar itu telah berumur 40 tahun dan ke atas, mereka bakal menjejakkan kaki ke rumah Allah S.W.T pada umur 70 tahun. Bagaimana keadaan mereka? Masih mampukah untuk menguruskan diri sendiri, masih mampukah untuk melakukan ibadah-ibadah yang diwajibkan untuk dilakukan@ sudah tidak berada di bumi ini?



Bagi yang mempunyai wang lebih, usah berfikir panjang. Pergilah ke rumah Allah dengan mengikuti pakej-pakej yang disediakan oleh Travel Agency. Anda mungkin muda lagi dan masih mampu untuk melakukan semua ibadah itu tanpa ada kesakitan yang menghalang. 

p/s - Kursus haji telah dilakukan di UTM Skudai bagi negeri Johor pada 17 & 18 Sept..


Sunday, September 18, 2011

Antara Manusia, Malaikat dan Syaitan.. Pilihan ada pada mu

Assalamualaikum..

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1.Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..

p/s ~ Dari group FB yang aku join


Thursday, September 15, 2011

Spontan dalam satu nafas #6

Assalamualaikum

Kalau kawan yang pernah kita tolong tak boleh tolong kita memang ermmm.. Tak tahu nak cakap apa laa.. Bukan nak mengungkit @ membangkit tapi untuk peringatan diri sendiri juga..



Wednesday, September 14, 2011

Rabu tanpa kata #13 - Hakikat hidup ini..

Assalamualaikum..




Tuesday, September 13, 2011

Usaha pasti berjaya.

Homestay tak jumpa, kalau jumpa pun mahal laa tiga ratus hinggit 4 bilik, tak berbaloi-baloi untuk 5 orang yang akan hadir, hotel pull banyak yang dah full booked. Hidup jadi tak tentu hala. Jerawat pula menampakkan hidung dahulu. Proposal tak beredit lagi, tapi masih lagi boleh type entry. Bukan kah itu bangang namanya. Kehkehkeh..

Tinggal di hotel tak sebebas tinggal di homestay. Sudah laa mahal kurang besar pula tu. Kalau ada yang murah pun pasti sempit. Takut nanti jadi macam sardin dop dalam tin je berhimpit-himpit. Memang dah tak akan cari hotel pun, tapi pencarian homestay tetap diteruskan. Minta tolong mereka-mereka yang kerja dekat sini tolong carikan dan alhamdullilah ada yang sudi membantu. Moga mereka mendapat nikmat daripada Allah S.W.T nanti.

Call family di kampung cakap homestay ada jumpa tapi harga tiga ratus lebih. Papa cakap mahal. Papa kata kalau tak jumpa yang RM 150 hinggit ke bawah dia akan drive dari Kuala Lumpur pagi Isnin sebab aku grad petang Isnin tu kemudian lepas aje aku grad dia akan balik Kuala Lumpur semula. Ohh kesian Papa aku. Adik aku suka laa sebab ponteng sekolah banyak hari. Aishh adik-adik nie.

Siang malam aku cuba cari yang seperti harga yang Papa nak tu. Lagipun aku kesian dekat Papa drive jauh-jauh kurang rehat lepas tu nak kene drive lagi. Memang aku ada kakak yang pandai bawa kereta tapi Papa aku nie kurang cikit nak lepaskan untuk anak dye drive. Mungkin dye tak nak menyusahkan @ tak berapa harap anak dye drive.

Seperti perumpamaan melayu Usaha tangga Kejayaan. Walau sebesar mana halangan dan dugaan pasti akan ada jalan penyelesaian. Call sana sini dengan harapan akan ada homestay yang available at 25 September dan percaturan yang Allah SW.T tentukan itu aku telah temui. Homestay jenis apartment yang berharga RM 130 menjadi pilihan. Alhamdullilah..



Monday, September 12, 2011

Mencari rumah tumpangan di Johor

Assalamualaikum..

Siapa yang tinggal kat Johor atau memang dilahirkan di Johor? Ada tak tahu mana-mana rumah tumpangan yang murah-murah yang dekat-dekat area UTM Skudai. Kalau tahu leh drop komen kat entry nie yaa.

Minta tolong sangat sebab dah kesuntukkan masa nie untuk booking buat parents tinggal tuk semalaman bagi menghadiri majlis konvo 26 September nanti. Terlupa pula nak cari awal-awal.

p/s ~ kalau ada yang nak tumpangkan rumah pun boleh juga.
Share laa ngan kawan-kawan akan masalah yang menimpa diri ini..;(


Sunday, September 11, 2011

MAKSUD DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD

Pernah hayati atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami maksudnya? Atau tak pernah belajar bahasa Arab dan memang tak faham? Aku sendiri pun tak pandai bahasa Arab dan tak faham sebenarnya. Jadi aku nak share dengan korang semua apa maksudnye yang sebenar..

Maksud untuk satu persatu perkataan yang kita sebut sebanyak 17 kali sehari ialah,

Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamnii (Rahmati aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa'afinii (Sihatkan aku)
Wa'fuannii (Maafkan aku)

dan maksud keseluruhan 

Tuhanku, ampuni aku, Rahmati aku, Tutuplah aib-aibku, Angkatlah darjatku, Berilah aku rezeki, Berilah aku petunjuk, Sihatkan aku, Maafkan aku.



Friday, September 9, 2011

Pertama selepas sembilan tahun

Assalamualaikum..

Sembilan tahun beb. Satu tempoh yang agak lama juga kami tak bersua muka. Selepas darjah 6 kami membawa haluan masing-masing dengan menyambung pelajaran ke tempat yang berbeza-beza. *Boleh laa korang tolak, tambah, darab, bahagi, kuasa dua aku punya umur. Kalau ada yang sambung bersama-sama pun hanya 4,5,6, kerat sahaja. Kalau yang pandai banyak tu dapat laa masuk SBP @ MRSM, yang pandai sedikit macam aku nie dapatlah masuk sekolah harian biasa.

Bagi aku kat mana sahaja kita belajar, benda sama sahaja yang cikgu-cikgu akan ajar. Itu pun kalau semua belajar kat Malaysia laa. Apa yang berbezanya ialah cara penyampaian je. Juga yang berbezanya cara kita menerima apa yang cikgu-cikgu kita ajar. Faham murid-murid!! Hehe

Peluang untuk bertemu muka, bertentang mata kemudian jatuh cinta * owhh NO haruslaa dimanfaatkan sepenuhnya. Kalau dulu comot dengan baju kene kuah masa rehat, jatuh tercium tanah masa main kejar-kejar  jadi yang lelaki tak nak kat perempuan tu. Tapi sekarang semua dah cantik ++ comel dengan putih melepak, slim leh laa ahh nah ngorat balik. Mana tahu ada cinta tak kesampaian dulu-dulu dan orang tu masih single.


Bersesuaian dengan big boss program nie yang bernama Ramadhan maka pertemuan ini juga dilakukan dalam bulan Ramadhan. Amik berkat weeii.. Bila dan bulan Ramdhan maka apa lagi kita makan-makan laa. Bukan makan-makan di siang hari ya, tapi makan di malam hari laa waktu berbuka tu.


Bukan main lagi melantak. Time nie leh ah tengok orang tu makan comot ke tak, makan beradab ke tak, makan banyak ke sedikit, makan sayur ke tak. Macam-macam laa leh tengok yang mana nak tengok tu.



Yang mana ada ciri-ciri isteri solehah pun boleh tengok gak time nie. Ahkzzz.

Bila dan kenyang dan gembira, apa lagi yaa haruslaa ada gambar ramai-ramai buat kenang-kenangan. Maklum laa entah bila pula dapat jumpa macam nie. Masing-masing pun dop jauh-jauh atas komitmen yang tersendiri. Apa yang penting selamat berjuang buat semua. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri di kemudian hari. Lain kali kita jumpa lagi.



* Semua dilahirkan pandai-pandai cuma penggunaan otak yang berbeza-beza.
* Nasib baik pergi perjumpaan nie kalau tak menyesal tak sudah.
* Mereka kata aku dah tak garang lagi dan nampak kurus. Hulalalla.. Gembira!!

BB... Let's experience it

Thursday, September 8, 2011

Peribahasa, simpulan bahasa dan kata-kata dusta

Andai takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Andai takut akan ketinggian jangan dop tinggi-tinggi. Namun apakan daya, hanya disini tempat untuk aku. 


Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Nasi sudah pun menjadi bubur. Buat makan mereka yang sakit, moyang-moyang serta mereka yang tiada gigi.

p/s ~ cabaran langsing sudah bermula...

Wednesday, September 7, 2011

Rabu tanpa Kata #12

Assalamualaikum..




Monday, September 5, 2011

Bukan cerita malam raya

Assalamualaikum..

Orang dah bercerita pasai raya dah tujohharitujohmalam, aku pula baru nak bercerita pasai malam raya. Memang ting tong laa. Kalau orang dah sampai johor aku masih dop kat rumah. Gasak laa. Seronok apa dop kat rumah leh pandang wajah Mama Papa dan adik beradik. Nak makan pun tak payah nak keluarkan duit, makan aje apa yang ada kat rumah nie. 


Guling laa puas-puas dari dapur ke ruang tamu, makan laa puas-puas dari yang ada bawah saji hingga yang dalam periuk, tido laa puas-puas kat atas katil dari satu bilik ke bilik yang ke empat. Habiskanlah budu-budu dari dalam botol hingga yang ke dalam tong.. Puaskan laah hati nurani yang sememangnya tak penah puas dengan sesuatu benda. Haishh..

p/s ~ Doakan perjalanan aku selamat..


Tutti Frutti @ Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum.


Hompatpuluhduahinggitsembilanpuluhesen!! Mampuihh pitis raya haku kene bedal ngan Tutti Frutti. Nak buat cam mana pertama kali nak merasakan bubuh banyak-banyak sampai tak hengat dunia, tapi tu semua korje adik aku yang ingat itu ais krim barang murah. Kalau tidak dengan sebanyak Hompatpuluhduahinggitsembilanpuluhesen itu dapat beli 429 batang ais krim pong dan boleh dibahagikan kepada 858 orang apabila ais krim pong itu dipatahkan dua. Huahua bertapa kedekutnya aku. Owhh bukan kedekut, jimat OK. Maklum laa lepas nie lagi banyak nak guna pitis. Nampaknya lepas nie kalau nak makan Tutti Frutti untuk kedua kalinya nak kene simpan pitis selama empatpulohhariempatpulohmalam pula laa gamaknya. 

* yang berbaju NSTP itulah yang membubuh tak hengat dunia. Haiiihh*

Owhh yaa buat yang belum tahu @ dalam kata lain ketinggalan infomasi, Tutti Frutti kini sudah boleh didapat di Negeri Kelantan. Tak perlu laa dop tunggu bila p Kuala Lumpo, Johor Bahru baru nak merasa Tutti Frutti nie. Kalau yang dop Kelantan tu boleh laa pergi ke bangunan yang bernombor 

32, Queens Park, 
Jalan Tengku Ahmad Panglima, 
Tangjong Chat, Kota Bharu

Bangunan ini betul-betul berhadapan dengan Taman Tengku Anis. Dari jauh lagi memang dah akan nampak label Tutti Frutti.

*Hohh aku dah habis pitis dahh*

Aku tahu pasal kewujudan Tutti Frutti nie pun pasai ada seseorang dari kawan aku dekat Facebook yang upload gambar dye kat Tutti Frutti dan sorang lagi pula post status pasai Tutti Frutti depan Taman Tengku Anis. Aku pula dengan kuasa memecut 120 km/j terus memecut hari ini ke sana untuk memastikan semua itu betul dan tak sangka dengan kuasa memecut itu aku kehilangan Hompatpuluhduahinggitsembilanpuluhesen. T_T

Pendapat aku untuk keenakkan Tutti Frutti ini tak adop laa sedap sangat. Sedap lagi ais krim pong. Mungkin sebab Tutti Frutti ini adalan yogurt yang dalam bentuk ais krim jadi ia telah tidak memenuhi selera tengkak aku yang hanya makan yang murah-murah aje.Ahkzz. Tetiba. *Kalau yang mahal memenuhi selera botak kepala den.

*Tak sedap pun bukan main lagi*

Yehhh.. Aku ada banyak soalan yang bermain di kepala otak sekarang tentang Tutti Frutti nie. Kalau ada orang-orang dari Tutti Frutti yang baca entry aku nie sila lah jawab yaaaa..


1- Apapasai harga Tutti Frutti nie mahai sangat? Murahkan laa sedikit harga tu, kesian dekat yang kurang berkemampuan tak mampu nak beli dan merasa sebab mahai sangat. 

2- Kenapa nama Tutti FruttiTutti Frutti ehh? Apa maksud Tutti?  yang Frutti tu aku boleh agak sendiri sebab ianya berasaskan Fruit =  buah-buahan.

Okeh itu 2 soalan dari aku. Aikk kata banyak tadi? Iyalah lebih dari 1 kira banyak laa. Tak gitu? Baik sila tanya cikgu Bahasa Melayu.


Thursday, September 1, 2011

Episod baru

Bila tiba bulan September, maka akan bermula laa episod baru untuk cerita suka dan duka aku. Pada bulan ini aku

* Akan pergi menjadi anak rantau
* Akan ada hari yang paling besar sepanjang belajar

makaaaa...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails