Assalamualaikum..
Sembilan tahun beb. Satu tempoh yang agak lama juga kami tak bersua muka. Selepas darjah 6 kami membawa haluan masing-masing dengan menyambung pelajaran ke tempat yang berbeza-beza. *Boleh laa korang tolak, tambah, darab, bahagi, kuasa dua aku punya umur. Kalau ada yang sambung bersama-sama pun hanya 4,5,6, kerat sahaja. Kalau yang pandai banyak tu dapat laa masuk SBP @ MRSM, yang pandai sedikit macam aku nie dapatlah masuk sekolah harian biasa.
Bagi aku kat mana sahaja kita belajar, benda sama sahaja yang cikgu-cikgu akan ajar. Itu pun kalau semua belajar kat Malaysia laa. Apa yang berbezanya ialah cara penyampaian je. Juga yang berbezanya cara kita menerima apa yang cikgu-cikgu kita ajar. Faham murid-murid!! Hehe
Peluang untuk bertemu muka, bertentang mata kemudian jatuh cinta * owhh NO haruslaa dimanfaatkan sepenuhnya. Kalau dulu comot dengan baju kene kuah masa rehat, jatuh tercium tanah masa main kejar-kejar jadi yang lelaki tak nak kat perempuan tu. Tapi sekarang semua dah cantik ++ comel dengan putih melepak, slim leh laa ahh nah ngorat balik. Mana tahu ada cinta tak kesampaian dulu-dulu dan orang tu masih single.
Bersesuaian dengan big boss program nie yang bernama Ramadhan maka pertemuan ini juga dilakukan dalam bulan Ramadhan. Amik berkat weeii.. Bila dan bulan Ramdhan maka apa lagi kita makan-makan laa. Bukan makan-makan di siang hari ya, tapi makan di malam hari laa waktu berbuka tu.
Bukan main lagi melantak. Time nie leh ah tengok orang tu makan comot ke tak, makan beradab ke tak, makan banyak ke sedikit, makan sayur ke tak. Macam-macam laa leh tengok yang mana nak tengok tu.
Yang mana ada ciri-ciri isteri solehah pun boleh tengok gak time nie. Ahkzzz.
Bila dan kenyang dan gembira, apa lagi yaa haruslaa ada gambar ramai-ramai buat kenang-kenangan. Maklum laa entah bila pula dapat jumpa macam nie. Masing-masing pun dop jauh-jauh atas komitmen yang tersendiri. Apa yang penting selamat berjuang buat semua. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri di kemudian hari. Lain kali kita jumpa lagi.
* Semua dilahirkan pandai-pandai cuma penggunaan otak yang berbeza-beza.
* Nasib baik pergi perjumpaan nie kalau tak menyesal tak sudah.
* Mereka kata aku dah tak garang lagi dan nampak kurus. Hulalalla.. Gembira!!
BB... Let's experience it
8 comments:
meriah2
:-)
hehe..bestnya dapat jumpa camtu lagi..
Masa ni la la baru ciri-ciri isteri solehah keluar ye..ehehe
best bila jumpa kawan2 lama ni.
@hANS ~ gempak gempita..
@APIK PEHE ~ mmg best.,sngt2
@ Pejuang Kesenian Extreme ~ A'Ah.. hehe
@DR, BEN ~ betul!!
Post a Comment