Monday, September 19, 2011

Bakal Haji dan Hajah

Panggilan haji telah tiba lagi, menunaikan ibadah, panggilan Baitullah, tanah suci Mekkah ya Mekkahtul Mukaromah, Tanah Suci Mekkah ya Mekkatul Mukaromah ...

Itulah antara lirik lagu untuk PANGGILAN HAJI..



Bertapa besarnya hasrat hati bagi semua umat Islam yang tak kira berada di mana-mana sahaja yang pastinya ingin menginjakkan kaki ke rumah Allah S.W.T bagi menjalani Rukun Islam yang ke-5. Dengan duit yang diberikan oleh anak-anak atau duit pencen dimanfaatkan sepenuhnya untuk membiayai kos perjalanan, makan minum dan tempat tinggal di sana nanti.


Mengikut pensyarah aku yang mengajar subjek PHILOSOPHY OF SCIENCE AND CIVILIZATION @ FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN baru-baru ini, bagi mereka yang mendaftar dengan Tabung Haji pada tahun ini iaitu 2011, meraka bakal menjejakkan kaki ke rumah Allah S.W.T pada tahun 2041 iaitu 30 tahun lagi. Jadi boleh tak kau banyangkan andai yang mendaftar itu telah berumur 40 tahun dan ke atas, mereka bakal menjejakkan kaki ke rumah Allah S.W.T pada umur 70 tahun. Bagaimana keadaan mereka? Masih mampukah untuk menguruskan diri sendiri, masih mampukah untuk melakukan ibadah-ibadah yang diwajibkan untuk dilakukan@ sudah tidak berada di bumi ini?



Bagi yang mempunyai wang lebih, usah berfikir panjang. Pergilah ke rumah Allah dengan mengikuti pakej-pakej yang disediakan oleh Travel Agency. Anda mungkin muda lagi dan masih mampu untuk melakukan semua ibadah itu tanpa ada kesakitan yang menghalang. 

p/s - Kursus haji telah dilakukan di UTM Skudai bagi negeri Johor pada 17 & 18 Sept..


4 comments:

vimax said...

berapa pakej umrah ye

Dr. Bentara said...

insyaAllah... semoga Allah panggil saya pulak.

Unknown said...

@VIMAX ~ enth.. try search yaa.. tp kalau terlebih mampu boleh laa pergi dulu.. xpyh tngu yg tabung haji

Unknown said...

@DR. BEN ~ shera doakan boga DR. BEN dijemput ke sana ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails