Sunday, September 30, 2012

Koleksi nombor telefon bila ada masalah

Bismillahirahmanirahim dan Asssalamualaikum..


p/s ~ hubungi-Nya. InsyAllah masalah yang anda alami selesai. Amin.

Saturday, September 29, 2012

Membeli bersama #MPHOnlineMM

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Nie adalah pertama kali aku membeli buku secara online. Kalau sebelum nie aku pergi aje terus ke toko-toko buku andai ingin membeli. Tak kisah la beli buku novel ke, beli majalah ke, beli buku sekolah adik-adik ke, buku motivasi ke, mesti akan ke toko-toko buku yang berhampiran.

campaign image

Tapi semenjak pandai buka page #MPHOnlineMM nie aku main beli buku online plak. Kelasss. Hanya dengan satu klik sahaja aku leh dapatkan novel-novel kegemaran, buku motivasi untuk diri. #MPHOnlineMM.

Servis #MPHOnlineMM pun best! Buku yang diorder di bungkus dengan kemas. Lepas di letak dalam plastik, buku2 dibalut dengan kertas yang seakan2kain tapi bukan kain. Jenis apa entah aku pun xtahu. Memang okay sangat la. Takde la buku yang bakal dapat nanti keronyok ke, basah ke dan apa2 aje lah.


Disertakan bil didalamnya. Aku bayar pakai cimbclick je. Biasa laa smuanye dihujung jarikan. =)


Keadaan selepas kertas yang warna putih yang aku cakap cam kain tu di buang.


Aku beli buku nie dan ada diskaun sebanyak 25%. Masyukk weii. Ditambah pula dengan

Free Delivery Nationwide

Wah lagi berbaloi2. Apa lagi jom terjah #MPHOnlineMM sementara masih ada lagi peluang untuk dapatkan diskaun dan free delivery. 

p/s ~ membaca, menambahkan pengetahuan. 

Terbaikkk

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Tak tahu belajar. Kurang pandai usaha. Tak fasih baca sentiasa. InsyAllah. Tiada yang mudah di dunia nie. Semuanya terserlah kepada diri sendiri mahu atau tidak. Jangan jadikan setiap kesusahan yang datang itu sebagai satu alasan. Orang yang sentiasa mencipta alasan nie adalah seorang yang malas, yang tak nak berusaha, yang tak nak maju. Sedangkan jalan luas terbuka depan mata.


Rugi kalau x pandai baca al-Quran. Walaupun xberapa tahu atau memang xtahu langsung bahasa arab membuatkan kita tidak tahu maksud ayat, tapi sekurang2nye kita dapat pahala membacanya. InsyAllah. 

p/s ~ Renungan bersama. 

Wednesday, September 26, 2012

Pengukus bertingkat dirasmi

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dengan secara tak formal, pengukus bertingkat yang baru dibeli telah dirasmikan oleh aku. Heyaa..



Nak tahu aku buat apa dengan pengukus bertingkat nie? Pastinya aku memasak. Memasak apa? Sabarrrr.. Akan diceritakan dalam episod seterusnya. 


Samurai Burger - Mc'D

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Ini samurai burger, first time Mc'D kasi keluar dan yang nie juga limited time hokay. Kalau rasa nak mencuba cam mano samurai burger nie leh laa bergegas ke Mc'D yang berhampiran anda. Kang nanti terlepas, tunggu la Mc'D keluarkan lain hari or maybe lain tahun. Aku dah merasa semalam, itu pun hanya 1/4 sahaja. Daging dye, ee cam daging apa entah. Bukan macam daging lembu aje. Rasa dye pula, xrasa sangat sos teriyaki tu. Tak menyengat lidah langsung la boleh kata. Celup ngan sos tomyam boleh kot. Haha. Ada ke orang buat?


Kiranye aku kurang suka laa dengan burger nie. But kene rasa sekali lagi sebab b4 nie aku dah berjanji ngan rumate nak rasa, tut tutt aku balik rumah aku makan dulu ngan adik beradik. Owhh sory rumate ku.. Nanti kita makan sama2 ya. Beli sebiji potong 4. Hehe

p/s  ~ itu pendapat aku. pendapat korang?

Tuesday, September 25, 2012

The Beetle antara menjadi pilihan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Dapat sebijik THE BEETLE nie memang syok laa. Hari-hari dah memang naik kereta, mahu dop 24 jam dalam kete. Berumah kat dalam.

 Harganye xde la mahal sangat. About RM 140,593.00 on the road. Kalau harga asal RM 139,888.00. Kiranye affordable la kalau gaji RM 1 j. Mampukah aku nanti beli kete nie? But kete nie xtersenarai dalam which list. Kete yang tersenarai dalam which list ialah 

MITSUBISHI LANCER

On the road harga dye RM 125,467.80. Boleh tahan mahal jugak yaa. Lebih eh kurang ckit dari Beetle je. Kalau harga nett pula RM 124,488.80. Kalau on the road with insurance RM 128,995. 00. Haiyaa nak kene start menabung dari skrg nie. Kalau x, xdapat kete idaman yang pertama nie..

 
TOYOTA VIOS

Kete vios pula harga dye lagi murah. Mungkin kete nie lagi aku mampu beli kot. InsyAllah. Harga dari serendah RM 73,200.00. Ada macam2 jenis. Jenis mana pilihan aku, tunggu ajelah bila sudah tiba masa nak membelinya. Kete nie antara kete idaman pertama la. Tapi dah jadi kete idaman kedua selepas aku minat ngan MITSUBISHI LANCER. 

Pada awal alam pekerjaan aku nak pakai je dulu kete Wira papa aku. Bila dah kumpul duit, pastu agak2 dah cukup nak beli antara kete idaman baru aku beli. Tak kisah laa pakai kete lama dulu, asalkan memudahkan kerja bila aku dah masuk alam pekerjaan nanti. Aku xkisah asalkan aku dop menyusahkan orang nanti.  

p/s ~ Masih mengharakan THE BEETLE.. Sebab cute!!

Ini adalah rezeki

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Alhamdullilah walaupun dah lama xupdate, tapi nuffnang masih lagi baik hati. Tetap kasi aku BE. Alhamdullilah.. Alhamdullilah. Rezeki milik aku

Aku bukan xnak update tapi disebabkan BB, Broadband bukan blackberry sebab buat masa sekarang aku xmampu bermasalah kerana dah reach limit, so aktiviti berblog terpaksa dihentikan. Ni pun aku bersiaran dari rumah (2hari lepas aku balik) sebab ada masalah keluarga. Mesti ada yang cakap mentang2 dapat BE, laju je update. Whatever la. Your mind thing that, so i don't care. 


p/s - BE ke-15 dan 16 tahun 2012. BE ke-13 dan 14 masih lagi running.. ALHAMDULLILAH..

Sunday, September 16, 2012

pengukus bertingkat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Semalam kakak aku ada post satu gambar kat FB. Tilik punya tilik aku teka laa benda tu mangkuk bertingkat sekali ehh bukan la. Rupenya tu pengukus  bertingkat. Hoyehhh.


Mama beli pengukus baru. Pengukus sebelum nie yang sedia ada cuma setingkat je, kali nie mama beli yang lagi advance punya. Terima kasih mama. Aku tahu nape mama beli pengukus bertingkat nie, sebabnya anak-anak dye xkira aku atau kakak aku suka memasak sekarang nie. Alkisahnye bermula masa buat apam polkadot. Nak kukus apam nie nak kene 2-3 kali kan sebab kalau nak kukus sekali harun untuk satu tingkat memang xboleh la. Jadi bila ada pengukus bertingkat dapat laa save masa, gas semua tu. Juga leh laa buat kek coklat masak 2biji sekali bila dah ada pengukus bertingkat nie.

p/s ~ makin rancak laa aku mencuba pelbagai resepi bila balik rumah nanti. Nie pun dah ada resepi menunggu. ;)

BE berganti-ganti

Bismillahirahmanirahm dan Assalamualaikum..


Alhamdullilah.. Alhamdullilah.. Alhamdullilah.. Murah rezeki. Patah tumbuh, hilang berganti. Yang lama dah ME, ganti pula dengan yang baru. Camtu lah bagus. Takde laa sepi je blog aku nie. Hehe.


Kali nie dua-dua BE dari Digi. As i told u, DIGI memang suka blog aku. Hehe. Padehal bukannye background warna kuning nak suka-suka. 

p/s ~ nak kumpul, kumpul dan kumpul.

Saturday, September 15, 2012

Renungan dan selamat beramal

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


p/s ~ InsyAllah.. *_*

Rumah tumpangan sekitar Skudai, Johor

Re-update & Re-post

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Bulan sembilan hari tu aku dop kalut sebab lambat bertindak untuk mencari seterusnya menempah mana-mana rumah tumpangan atau hotel sebabnya parents aku nak datang Johor bagi menghadiri Majlis Konvokesyen aku. Sedangkan pada awalnya aku dah memang berniat nak tanya parents pasal hal nie. Tapi selalu lupa je. Ingat nak cari dan tempah tu pun dekat 3 minggu sebelum masjlis konvkesyen berlangsung sebab parents aku dah tanya akan hal nie. Dan masa tu dah sah-sah laa dah banyak hotel dan rumah tumpangan yang ditempah. Bukannya aku sorang nak konvo beribu-ribu lagi yang habis belajar macam aku.

Bila dah aku terlampau terdesak sebab aku ada search tapi tak jumpa dan kalau yang jumpa pun bila aku call tanya cakap dah penuh aku pun dapatlah idea untuk buat entry Mencari rumah tumpangan di Johor. Buat entry tu pun dengan harapan yang menggunung supaya adalah mereka yang membaca dan dapat tinggalkan mana-mana link yang mereka jumpa dan alhamdullilah hasil dari entry tu aku dapat rumah tumpangan.

Antara rumah tumpangan dan hotel aku lebih prefer untuk rumah tumpangan la sebab kondisinya lebih selesa. Kalau hotel nie satu bilik untuk family yang dalam 6 orang cukup sempit dan melemaskan. Lagi pun tak salah untuk mencari yang lebih selesa sebab bukan orang lain nak duduk tapi family sendiri. 

Aku ada juga try cari balik link untuk apartment 3 bilik yang aku pernah duduk untuk 2 hari 3 malam tu untuk dikongsi kat sini. Tapi tak jumpa. Apartment yang aku sewa tu berdekatan dengan Petronas Pulai Perdana kiranya takdelah jauh sangat dari UTM  dalam 1.5 km aje. Harga pun murah hanya RM 130/day. Semua kelengkapan ada seperti peti sejuk, televisyen, dapur. Kalau korang ada dari UTM yang nak konvo nanti leh laa sewa kat situ. Walaupun tak jumpa link aku masih simpan lagi no Kak Aza owner apartment tu. Kalau korang berminat leh laa hubungi beliau di talian : 0142777790.

Juga ada lain-lain link untuk dikongsi bersama:

http://serianggerik.com/negjohor.html

new update 14 september 2012

Aku ada bagi no Kak Za, tuan homestay yang aku sewa last year masa konvo aku. Tapi no tu dah x boleh dihubungi lagi. So, untuk membantu kawan2 aku yang ngah kalut cari homestay untuk konvo-49 UTM tadi pagi aku ada jumpa iklan nie kat fakulti. Jadi aku amik peluang tuk post kat cnie. Hope korang berjaya cari penginapan untuk family korang.


Jangan nak harapkan scholar inn sangat. Komfirm xcukup rumah kat scholar inn tu. Bayangkan laa untuk book rumah kat scholar inn tu aku dengar seawal lepas subuh dah nak pergi beratur. Katanya pukul 8.00 pagi (waktu pejabat buka) dah bersusun-susun orang beratur. Gerunn pulak aku. Sebabnye aku nk kene booked untuk kawan. Katanye sebab ayah dye xberapa tahu jalan JB nie, nak yang dalam UTM. Haiyaaa. Ikhtiar ajelah. Dapat booked ke idak tu belakang kira. Sapa berniat nak booked kat scholar inn leh laa datang ke ofis scholar inn pada 16 september 2012..

p/s ~ terfikir nak buat entry nie untuk kemudahan pencari-pencari homestay sekitar Skudai, Taman Universiti, Pulai Perdana dan Johor. Moga ianya membantu. 

Sunday, September 9, 2012

Woods melegakan batuk

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Sebelum puasa lagi dop batuk-batuk. Ubat batuk entah dah berapa botol habis tapi batuknye masih lagi xbaik-baik. Aku bila dah batuk memang susah nak baik. Dont know why. Huhu.

Kadang2 tu batuk pergi dengan sendirinya. 2-3 hari lepas tu baru sedar ehh dah xbatuk la. So xtahu apa makanan yang buat batuk tu gone cam tu je. So bagi melegakan batuk yang susah nak baik nie, one day kawan lab rat's ada bagi sebiji woods' nie. Dye kata nenek dye bagi kat dye, tapi dye kasi aku. Sebab aku nie baik hati aku bahagi dua. Hehe. So aku try  la makan separuh tu dan kebetulan masa tu memang tengah batuk dengan hebatnye. Bila makan tu batuk cam sikit2 je. Alhamdullilah ia melegakan batuk. 

Bila makan aku xpernah nak berpantang contohnye mcam x minum air sejuk, xmakan ais krim. Semuanya aku main bedal je. Sebabnye kalau aku xmakan bukannye batuk baik, makin batuk ada lah. So aku buat keputusan baik aku makan aje.

p/s ~ Haii batuk bila nak baik? huhu

Thursday, September 6, 2012

Resepi kek coklat kukus

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Coklat mencurah-curah memenuhi pinggan.

Semenjak dua menjak nie entah kenapa rasa cam nak cuba cook and baked something. But 1st make sure that, the ingredient is easy and simple, then how to make it also simple. Benda yang susah2 nie, aku malas sikit. Simple n easy bukan bermakna tak sedap ya.

Resepi kek coklat nie datangnye dari one of my lab rat's. Lab rat's yang dop rumah dah buat kek coklat nie dan mereka kata best. So aku xsabar2 nak cuba buat gak. Dan untuk percubaan pertama, ramai orang puji best. Siap ada terus tnye resepi. Haishhh. Tambah2 pula aku letak topping coklat cair yang mengeras selepas itu. Apakah? Hehe

Percubaan pertama tu aku buat masa raya. Mak sedara, pak sedara, sepupu sepapat semua puji. Aku yang buat nie xcuba try lagi tau. Bila semua dah puji, aku makan dan sememangnya best hokay. Bila dah sedap rasanye, xkan terhenti sampai situ aje buat kek coklat nie. Sampai habis serbuk koko baru aku stop buat kek nie. Sungguh lazat dan penuh krim.

Sapa yang nak try buat boleh rujuk resepi dan cara-cara buat kat bawah nie.

BAHAN A
  • Tepung gandum – 1 cawan
  • Sodium bicarbonate – 1/2 sudu kecik 
  • Baking powder – ½ sudu kecik
** ayak bahan A

BAHAN B
  • 1 cwan koko powder 
  • 1 cwn gula 
  • 1 cwn susu cair 
  • 1 cwn susu pekat 
  • 1 cwn minyak masak
CARA2

1- Ayak semua bahan A – simpan
2- Campurkan bahan B ikut susunan
3- Panaskan atas api sehingga sebati
4- Tutup api
5- Pukul telur 2-3 biji sehingga kembang
6- Masukkan bahan B dalam periuk kacau/pukul bersama telur
7- Masukkan bahan A – kacau/pukul sehingga sebati
8- Tapis – utk elakkan kek berketul2
9. Kukus – 1 jam (hingga masak)


Kalau nak letak topping coklat cam dalam gambar, just cairkan coklat masakan. Curah atas kek dan hias lah dengan apa2 aje. Aku hias pakai coklat rice je. Hurmmm masih terasa lagi kelazatan kek nie.

p/s ~ Cuba jangan xcuba.

Wednesday, September 5, 2012

BE lagi

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Alhamdullilah murah rezeki. Bukan selalu nak ada BE baru kat blog nie. Tambah2 bila jarang2 sekali update cam aku nie. Komitmen banyak sangat sampai jarang2 berupdate. 


BE baru dari GSC. Nie BE kedua dari GSC. Terima kasih GSC. Walaubagaimanapun aku nie jenis yang jarang tengok wayang nie. tapi kalau menang RM 100,000 aku nak.

p/s ~ BE ke-12 untuk 2012. Alhamdullilah..


Monday, September 3, 2012

Maut yang datang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Daripadanya kita datang, kepadanya jua kita pergi. Allah SWT lebih menyayangi mu sahabat. Inallilah. Al-fatihah.

Bagaimana, dimana, mengapa dan apa jua persoalan mengenai kematian yang datang itu, hanya Allah SWT je yang tahu. Berhati-hatilah bagi kita yang masih hidup ini. Tak selamanya kita akan berada di bumi yang sementara ini kerana masih ada dunia yang selama-lamanya.


p/s ~ Masih lagi terkejut. Seram sejuk je rasanye.. Antara percaya dengan tidak. Tapi harus percaya akan ketentuanNya.

Selamat datang ke UTM

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Selamat Datang kepada adik2 sekalian. Ini kakak junior sangat mengalu-alukan kedatangan adik-adik ke UTM. Belajar rajin-rajin ya. Owh ya mula-mula masuk, bukan main lagi korang ya salam2 ngan pak guard lagi. Jangan nanti bila rasa dah lama kat UTM nie nak jadi lagend plak. Peraturan UTM main langgar je. 


Sebelum terlupa, tahniah buat korang sebab dapat masuk UTM. Yang x dapat masuk UTM tapi dapat masuk U lain pun tahniah juga. Belajar kat mana2 pun sama je. Yang penting korang rajin-rajin, jangan malas-malas macam kakak senior nie. Hehe

p/s ~ Macam aku tua sangat je, berkakak-kakak. Haishhh

Saturday, September 1, 2012

Kotek percuma

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Barang percuma? Ada sapa2 yang tak suka? Kalau cakap je kat sana kat sini ada barang percuma, ofkos aku adalah orang yang akan pergi amik. Hehe. Bukan tamak tapi sebabkan orang dah nak bagi takkan kita nak cakap xnak laa aku, aku banyak duit, aku leh beli sediri. Waaa kerek sih. Orang nak bagi xnak. Bajet ko banyak duit la nak beli semua tu dapat.

Aku orang bagi apa je aku ON. Jangan nak hantar saka, santau sudah kat aku. Yang tu simpang malaikat 44 la.

p/s ~ Kalau ada something yang nak kasi free kat on9 bagi tahu aku ya..
=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails