Friday, August 2, 2013

Dua puluh Tiga

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar kita dan berada dalam bulan lapan untuk tahun dua puluh tiga belas. Lalai dengan kedunian lagi lah menyebabkan masa berlalu dengan pantas. MasyaAllah. 

Dan bulan lapan ini ada satu peristiwa penting dalam hidup aku. Peristiwa yang mana aku telah selamat dilahirkan oleh seorang Ibu yang tiada tandingannya dalam kehidupan aku. Dia sanggup mengarungi lebih sembilan bulan sepuluh hari dalam mengandungkan aku. Alhamdullilah walaupun aku lebih masa berada dalam kandungannya aku selamat dilahirkan oleh dia. Terima kasih Mama.



Untuk dua puluh tiga tahun nie sudah banyak pengalaman untuk kehidupan orang mahupun kehidupan sendiri yang aku saksikan. Daripada itu juga banyak pengajaran dan iktibar dapat aku pelajari. Sesungguhnya semua itu menjadikan aku lebih matang dari sebelumnya. InsyAllah.

Dengan umur yang sekarang nie, aku rasa masih banyak lagi perkara yang belum aku capai apatah lagi untuk mengapainya. Agak kecewa juga dengan diri ini. Namun kita hanya merancang kerana sesungguhnya perancangan Allah SWT itu adalah yang paling hebat. 

Buat kawan-kawan yang mana sempat memberi ucapan sempena hari lahir aku terima kasih banyak-banyak. Tak kisahlah korang post kat FB ke mesej ke yang pasti aku terharu korang ingat bufday aku. Lagipula aku tak letak kat FB pun tarikh birthday aku. 

p/s ~ sengaja untuk tidak pamerkan tarikh lahir kat FB semata-mata untuk menguji siapa yang ingat.

1 comment:

aReLaN said...

ala...gitau la bila.papepun selamat hari lahir ke-23. kategori adik la ni.hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails