Perjalanan kami yang penuh dengan cabaran dan dugaan tidak mematahkan hasrat kami untuk keluar mencari kegembiraan. Dengan perasaan sabar dan tekad kami, dapatlah kami menjejakkan kaki ke dua tempat. Di kedua-dua tempat ini, kami telah menjalankan sesi fotografi dan sedikit pegambaraan yang hanya sebabak.hehe
Cerita kami bermula :
Perjalanan yang sungguh mencabar. Dengan kereta viva yang sangat kecil kami menaiki dengan jumlah penumpang 7 orang. Gambar merakamkan keadaan 5 penumpang di belakang.
Destinasi kami yang pertama 'Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, Kelantan'. Lokasi pertama pegambaran di bawah sepohon pokok dengan 7 orang ada rendah ada tinggi. (bukan 7 si kerdil dalam cerita Snow White)
Seterusnya dengan gaya yang tersendiri gambar telah di snap.
Destinasi yang seterusnya pantai. Akhirnya hajat kami untuk ke pantai berakhir jua. Namun kehadiran kami tidak diikuti oleh 3 lagi kumbang kerana masalah kenderaan. Namun kami berhajat untuk datang lagi bersama-sama dengan 3 kumbang tersebut.
Pantai yang kami pilih untuk melakukan sesi pegambaran ialah Pantai Cahaya Bulan (PCB). Pada satu ketika dahulu pantai ini dikenali dengan Pantai Cinta Berahi atau Pantai Cinta Bersemi. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai cinta jadi datanglah ke pantai ini pasti cinta anda akan bersemi dan berputik.
Sebelum meninggalkan persisiran pantai sempat lah kami merakamkan kata-kata dan nama kami di persisiran pantai itu. ''We re Here by Mira, Ija, Ika, Lydia, Laili, Nadia n Me (Shaira).
Sebelum meninggalkan pantai sempat lah kami menjamu selera. Air Kelapa di pilih sebagai penyejuk saluran 'osophagus'. Sungguh mengenakkan.
''SEKALI KITA BERKAWAN, SELAMA-LAMANYA KITA TETAP KAWAN''
4 comments:
cool!adventure si manis berbaju kurung.phewit:))
yehh..hehe
dekat pic yg ada We Are Always Together tu
aku harap menjadi kenyataan lah
hans ~ doa2kan lah..harap2 bila dh hbs prktikal nie kteorng xkan lupakan antara satu sama lain
Post a Comment