Friday, June 11, 2010

''JAngAN Cakp pASaL TangGUNgjawAB kaLAU diRI seNDIRI xBerTANggunGJAWAb..buAT malU JE!!!!!

Jangan buli kami!!!

Jangan kerana kami menjalankan praktikal di situ, senang-senang korang nak suruh kami buat tu buat nie. Kami bukan untuk dijadikan hamba abdi malah untuk menuntut ilmu. Untuk mempraktikan apa yang telah kami pelajari. Jika semua kerja korang minta kami yang lakukan, korang kat situ buat apa? Nak jadi tuan punya tanah ke? Bukan ke bila korang diterima kerja dan bekerja di situ, itu adalah tanggungjawab korang untuk buat semua kerja yang diberikan? Sendiri mau ingat lah..

Jikalau kami tak menjalankan praktikal kat situ, pasti korang sendiri yang kene buat. Jadi buat lah kerja korang tanpa merasakan kewujudan kami di situ. Korang buatlah kerja yang telah ditanggungjawabkan untuk korang tanpa menyuruh kami melakukannya. Itukan tanggungjawab korang. Jangan pula bila kami tak mahu pergi untuk lakukan kerja, korang telefon kami minta pergi. Bila kami tidak mahu pergi, jangan pula korang cakap pasal tanggungjawab, sedangkan korang sendiri yang tak bertanggungjawab.

Dah lah kami tidak dibayar, ni nak minta kami pergi kerja walaupun hari minggu. Apa kejadah semua nie!! Korang takpe, sikit-sikit mintak 'claim', mintak cuti. Kami dah 2 bulan menjalankan praktikal tak penah mintak cuti pun, 'claim' apatah lagi dah memang sah tak dapat. Nak suruh mintak 'claim' atas kepala bos ke? Korang fikir lah baik-baik atas apa yang telah korang lakukan kepada kami. Hargailah apa yang telah kami lakukan sepanjang disitu. Jangan kerana kami tak nak pergi menjalankan kerja hari minggu korang cakap kami tak bertanggungjawab plak.



Disini ada satu cerita 'orang yang tak tahu malu'. Boleh pula orang tu cakap semua kerja itu dia yang buat. Sedangkan orang yang sebenar membuat kerja itu ada kat sebelah. Memang tak tahu malu kan? Kalau orang yang sebenar buat kerja itu bersuara mengatakan itu kerja dia, pasti orang yang tak buat kerja rasa malu. Tapi kerana kesucian hati orang yang membuat kerja itu, dia tidak menjatuhkan air muka orang yang tak buat kerja itu tadi. Sifat inilah yang perlu ada dalam diri manusia. Jangan kerana untuk kepentingan diri sendiri sampai menjatuhkan maruah dan harga diri.




~ orang yang tak tahu malu itu tadi sebenarnya tak pandai guna 'microsoft word'.

2 comments:

hans said...

sabar2
wah,xkan microsoft word tak reti guna kut?

sHaiRA haIFA said...

enth lah hans,,keje dh tetap tp mcrosoft word xreti nk guna..mntk tlg org buat, ngaku dye buat plak..subhanallah,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails