Saturday, October 30, 2010

Piala Malaysia Kelantan vs Negeri Sembilan : ''Bola ohh Bola..Napa Kow BUlat''

Tiba-tiba ase nak update blog. Orang lain tengok bola, aku kat bilik malas nak study. Keje aku dok tunggu Joegrimjow update status tentang bola kat twitter. Sapa yang anak Kelantan anak, Negeri Sembilan, atau anak Malaysia yang minat bola Piala Malaysia nie yang tak dapat nak tengok bola dan nak tau keputusan dengan cepat follow lah twitter Joegrimjow tu.

Ishh dengar kata dah separuh masa pertama Negeri Sembilan dan mendahului 1-0. Mana boleh cam nie. Bangkitlah pemain Kelantan. Mana semangat korang tuk menang? Macam main hangat-hangat taik ayam je (tau je aku kan sedangkan tak tengok pun). Aku tau takdenya pemain Kelantan nak baca blog aku nie. Aku tau korang semua tengah sibuk atur strategi baru tapi aku nak bagi tau juga kat cnie ''Cepat bagi gol!!''(macam senang je nak sumbat gol).

Dok usha-usha blog terjumpa lah lagu ''gomo kelate gomo''. Lagu nie seperti baru dicipta sempena perlawanan tuk malam nie je sebab ada ayat ''kene beringat Negeri Sembilan''. Jadi sapa-sapa yang tak penah degar dan nak degar ushalah blog Amir Izzat nie.

update :
1-1.(yehhh seri dhh) Teruskan
2-1 (Kel-N.9)..amik kow

sempurna sudah,,2 jaringan membuatkan Kelantan menang,,
Oyehhhh boleh study dengan tenang doh lepas nie..lalalala

nota kirikanan :
Bagi semangat tuk belajar kat aku!!

Friday, October 29, 2010

''Dikala tengah hujan''

Psttt..Pstt.. Aku nak gtau yang facebook aka muka buku ''Shera Haifa'' dah deactivate. Wahh time-time aku deactivate nie amai pulak yang cari aku ya. Nak tanya sal tempat buat ''latihan industri'' pun kat facebook ke? Dah tak leh contact via facebook bukan nak text aku pun. Kedekut punya budak (aku tau budak tu bace blog aku). 

Kejap aku active kejap aku deactivate. Nak jadi stalker terbaik memang kene cam tu. Nak buat facebook sampai dua, tiga nie tak mampu lah. (biarpun emel lain ada setambung). Jadi sekarang, kalau tengok kat sebelah entry nie aku punya column facebook takde rupa aku maknanya aku deactivate lah. Lau ada rupa orang tu sebaliknya lah.Hahh tengok sekarang ada rupa ke tak.

Napa aku deactivate? Ada orang tanya aku soalan cepu emas nie. So aku dengan bangganya cakap yang aku nak tumpu pada pelajaran. Wahhhhh hebatnye aku. Bila nak final je baru cam nie. Jiwa kacau. Tak leh nak fokus pada banyak perkara. Mana yang boleh deactivate tu aku deacive kan, mana yang tak boleh nak buat cam mana. Takkan nak deactivate yang belajar kot. Repeat paper lah aku. Minggu orang belajar aku dah ada 2 paper final. Tapi takpe lepas tu aku dah boleh enjoy. Korang-korang ada tiga, empat dan mungkin lima paper final lagi. Aku time tu ada dua lagi. Hahahahhaha (Gelak serigala).

Dua paper final yang mencabar minggu depan. Adoiii banyak giler nak kene study. Kedua-dua paper final tu subjek elektif aku, 2hb paper final ~ material dan 4hb paper final ~ seperation method. (Aku budak kimia k buat sapa yang tak tahu lagi). Jadi aku kene study.. Chayok2x pada aku dan juga korang yang nak final.

nota kirikanan:
nak g pasar malam ~~~ Hujan!!!

Tuesday, October 26, 2010

''Prinsip aku mengenai cinta''

Single is Simple..
Double is Trouble..

Kepada sesiapa yang Double baca ayat aku kat atas tu korang jangan attack aku pula. Tu kata-kata merangkap prinsip aku sementara aku memang ngah single nie. Aku tau bagi korang yang Double mesti korang kata Double nie happy, ada orang amik tau, ada orang leh jaga kita bila kita sakit, ada orang yang boleh kita sandarkan bahu, dan bla bla sebab aku dah tak tau apa lagi yang korang dapat lakukan.

Bagi aku pula Single pun membahagiakan apa. Dapat enjoy puas-puas, dapat kuar ngan siapa-siapa je yang kita suka tanpa halangan dan rintangan, dapat buat apa sahaja yang kita suka tanpa kene marah dan belebel dan bla bla sebab nak list semua memang banyak. Lagi pun aku tengok orang yang double nie, selalu gaduh, maki hamun sana sini (jangan lak maki aku) mengamuk tak tentu pasal lah.Single senang tak payah nak marah-marah orang. Orang kata lau marah-marah cepat tua sebab tu kot adanya orang tua sekarang.(Just a joke). Terasa hati minta maaf.

Sampai bila aku nak Single? Sampai aku ketemu seseorang yang dapat buka pintu hati aku dan mengajak aku kahwin. Kunci hati aku sudah ada di tangan seseorang tu cuma aku tak tahu siapa yang memegang kunci itu. Kebanaran pasti akan menjelma bila mana kesabaran dalam menuggu seseorang itu ada.Pesanan kepada pemegang kunci hati aku ''Datanglah mencari saya dan ajak lah saya ke Syurga ciptaan awak.''

nota kirikanan :
Pelajaran lagi penting..

Monday, October 25, 2010

''Minggu yang mana hari-hari amat memenatkan''

Minggu lepas pasti korang semua dapat bersuka ria kan?Tak pun korang pasti lena tido. Tido sampai terkeluar air liur yang basi lagi, korang enjoy sakan p kuar jalan-jalan cari teman, pergi habiskan duit dalam bank yang sedia memang takde dan pe yang paling penting korang pasti gembira dengan hari minggu korang kan.

Namun, bagi aku hari minggu pada minggu lepas paling lah aku tak suka. Malah bukan hari minggu je, tapi hari-hari dalam minggu nie pun aku tak berapa nak suka juga. Kenapa? Sebab aku tak dapat nak tido lena, tak dapat nak enjoy ngan teman-teman, tapi apa yang paling penting (bukan KERJASAMA ya) sebab aku tak dapat nak stabilkan emosi aku.


Minggu lepas ialah minggu yang mana semua pelajar sibuk kot bukan sahaja aku. Tapi aku lebih sibuk dari diorang, itu yang pasti. Lepas sahaja hantar draf pada hari jumaat keesokkan pula aku harus menghadiri kelas ''How to Get Yourself Employed''.Kursus ini untuk mengajar kita buat resume, cara nak cari pekerjaan disamping dapat meningkatkan communication skill dan mengeluarkan idea disamping menghadiri ''mock interview'' bagi merasai pengalaman di interview yang sebenar. Nak dapat kerja bukan senang, nak kene jual diri kita tau. Lau kita tak jual tak de orang tau. Cara jual pula bukan cam dalam cerita ''3 Abdul'' P Ramlee tu, tapi cara dengan menceritakan kelebihan diri kita.
 
nota kirikanan:
''Mencari ketenangan'' is the best thing when we have a problem and also went we don't want to facing the problem too much. But without facing that problem it may not solve and it will scary our life too long. 

Tuesday, October 19, 2010

''Adakah aku layak untuk syurga-MU''


Bagaimanakah nasib aku pada masa akan datang. Apakah aku masih sempat untuk menabur bakti kepada keluarga aku? Dapatkah aku mengenali lagi orang-orang yang telah banyak membuat jasa pada diri aku? Ini semua renungan masa di dunia.

Bagaimana pula esok aku akan mati secara mengejut? Aku diibaratkan nasib di hujung tanduk untuk setiap hari-hari aku. Apa sahaja dugaan dan cabaran pasti menimpa.Sebagai seorang muslim, sangat digalakkan untuk mengingati mati kerana ini akan membawa ke arah berhati-hati dalam apa jua perlakuan harian. Sedangkan orang yang terhantuk tiang boleh koma dan meninggal, sedangkan remaja yang tidak pernah ada penyakit tiba-tiba di serang jantung. Itu semua qadha dan qadar Allah S.W.T..

Apakah cukup amalan ku yang akan dibawa?
Dengan sembahyangku yang masih belum terqada'.
Dengan puasaku yang masih belum diganti.
Dengan amanah yang dipikul belum dilaksanakan dengan baik.
Dengan hutang yang mungkin tak terbayar lagi.

Apakah aku akan dilayan seperti VIP di alam barzakh nanti?
Atau aku akan dihidangkan dengan pembaris-pembaris di alam barzakh?
Wahai Tuhan... Ku tak layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat-Mu, ampunkan daku... Oh Tuhan-ku
Wahai Tuhan... selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepada-Mu
Suburkanlah cinta kami kepada-Mu
Kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu?
 
nota kirikanan :
Banyakkanlah ingatan terhadap mati..

Sunday, October 17, 2010

''Nak Komen tak boleh''

Napa bila aku nak komen dekat post orang yang mintak pengesahan perkataan sebelum komen aku tak dapat nak tengok dye punya perkataan tu..Tak kuar pun. Sapa sudi tolong?

Nota kirikanan :
nak join kontest nie..

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!

Mudah sahaja..klik sini untuk lebih lanjut..

Saturday, October 16, 2010

''Tak tau tajuk. Tak dapat fikir secara bijaksana''

pot pet pot pet pot pet. Sepatah perkataan selain pot pet pot pet pun tak kuar bila aku bercakap tapi tak menaip kat cnie. Ala cian korang. Jahatnye aku pagi-pagi nie. Sabar ya banyak-banyak. Lau rasa geram juga p terjun tasik untuk sejukkan badan dan mandi.

Hanya ada seminggu lagi masa yang diberikan untuk aku men'complet'kan draf untuk di hantar. Sungguh tertekan jiwa ini sebab result tak dapat dan untuk dapatkan graf standard pun gagal.Aku cuba memikirkan cara lain untuk mendapatkannya namun sungguh buntu sekarang ini. Tiga minggu dari sekarang final exam pula akan muncul. 'Study week' aku yang tak menjadi study week lagi sebab ada dua exam pada minggu itu. Lagi membuatkan hidup aku kucar kacir, kacau bilau.

Dah tau apa aku pot pet pot pet kan? Aku bla dulu. Harus buat apa yang aku harus buat dengan bersungguh-sungguh.

nota kirikanan:
Berfikir secara bijaksana,.

Thursday, October 14, 2010

''Benci bilang cinta''

Berbalik kepada tajuk entry yang sebelum nie iaitu semalam yang bertajuk ''Benci''. Ia tiada kaitan dengan tajuk lagu ''Benci bilang cinta'' yang dinyanyikan oleh kumpulan Radja ataupun sinetron ''Benci bilang cinta'' yang dilakonkan oleh Marshanda dan Baim Wong tapi ia berkaitan dengan hidup aku yang mana juga ''benci bilang cinta''.

Aku budak keras kepala, aku budak keras hati, aku budak tiada perasaan. Ekkk budak ke aku nie? Padehal dah tua bangka, dah besau tapi annn aku masih bergetah.Part yang bergetah nie yang tak leh nak nafikan. So korang semua mesti terima yang aku masih lagi bergetah . Kasi blink-blink sikit biar korang sakit mata dan dengki sikit.

Apa yang dikatakan ''Benci bilang cinta'' dalam hidup aku yang sebenarnya ialah aku benci untuk mencintai orang. Aku benci untuk menjiwang karatkan hidup aku dengan dunia cintan cintun nie. Jangan fikir pelik-pelik ya. Aku bukan tak normal tapi mungkin terlebih normal. Maksudnya? Jangan tanya kerana aku pun tak punyai jawapan. Aku dah muak plus mual dah dengan kata-kata ''i Love u'' ngan ''i Miss u'' nie. Nak termuntah pun ada tapi aku tahan je. Tapi sampai bila?Aku tak mampu nak balas balik cinta dan kasih yang diberikan. Aku tak de perasaan pun.

Orang tak penah nak faham aku. Apa yang dye tau, nak aku layan mesej dye je. Aku nie final year students, banyak keje nak kene buat tau. Dengan projek final year lagi, dengan asement lagi, dengan final exam yang dah dekat lagi, nak kene hantar draf lagi banyak tau. B.A.N.Y.A.K. nGERTI!!!! So keje aku bukan dop layan mesej je, kadang-kadang bila balik bilik aku penat, aku nak rehat, aku nak tido, tak sempat nak balas mesej tolong lah faham aku. Susahnye..

nota kirikanan :
fikir-fikirkanlah..

Wednesday, October 13, 2010

''Benci''


AKU BENCI SITUASI SEKARANG!!!!

Nota kirikanan :
entry paling pendek..

Sunday, October 10, 2010

'345'.. Cantik gak

Apa ada pada angka atau number? Hanya number yang begitu senang untuk di tulis dan di bentuk menggunakan pencil, pen, kayu atau sebagainya. Bila angka-angka ini di susun secara menaik dan membentuk satu number yang begitu menarik ia menjadi satu kelebihan dan ramai yang menggunakannya. Kini pada tarikh yang cantik dengan bilangan yang follower yang cantik aku pun buat entry. Itu aja

Nota kirikanan :
aku bangun awal..

''entry hari ini''


nota kirikanan :
the past is behind, learn from it..

Thursday, October 7, 2010

''Hanya kau yang mampu''

Aku bukan nak feeling lebih-lebih pagi-pagi cam nie. Tapi entah mengapa aku rasa cam sedey. Sedey yang teramat. Sepatutnya aku gembira dengan apa yang aku buat, tapi sebaliknya yang aku rasa. Aku sendiri pelik ngan diri aku. Dah lah macam orang takde perasaan je. Perasaan yang aku maksudkan kat cnie ialah perasaan berkasih sayang. Aku bukan naik bermain asmara atau berjiwang karat kat cnie tapi aku dah tak tahu nak bercerita kepada siapa lagi. Blog aku nie dah macam diari aku. Apa yang aku tak boleh nak sampaikan dekat kawan-kawan terdekat aku sampaikan kat korang-korang yang baca blog aku nie. (kalau korang tak nak baca sila tekan pangkah di sudut atas kanan. Terima kasih)

Aku sepatutnya rasa bertuah dan bersyukur bila mana sudah ada orang sayang dan mencintai aku dengan penuh perasaan sehinggakan mengajak aku untuk kahwin. Tapi apa kan daya aku, aku tak dapat membalas kasih sayang dan cintai yang diberikan itu. Aku tak faham apa yang aku inginkan dalam diri ini. Adakah aku sayang atau adakah aku rindu dye? Sayang sekali aku tak dapat beri jawapan itu. Amat bercelaru sekali apa yang aku rasakan. Sekejap aku kata sayang sekejap aku kata tak sayang. Amat tak patut apa yang aku lakukan sekarang.


Jika orang buat perasaan aku cam sampah, sekejap sepak sana sekejap sepak cnie pasti aku akan berasa sedey. Jadi apa yang dye rasa pasti sama dengan apa yang akan aku rasakan. Sungguh tidak patut aku buat dye sedey. Tapi apakan daya aku, aku tak mampu nak beri kasih sayang yang sepatutnya buat dye. Seperti yang aku katakan perasaan aku bercelaru. Takde siapa yang nak faham aku. Aku juga sedey sebenarnya di tambah lagi dengan rasa bersalah yang teramat sangat bila buat perasaan orang cam nie. Tapi seperti yang aku katakan AKU TAK MAMPU. Tak mampu seperti lagu yang Aizat nyanyikan tu 'Hanya kau yang mampu'.

nota kirikanan:
Terus terang dan Jujur.PENTING!!!


Sunday, October 3, 2010

''Klip-klip ku sangka api''

Bergaya dengan header baru. Membangkitkan aura aku untuk terus setia bersama diari online ciptaan aku. Tanpa perlu mengeluarkan bajet yang besar, aku dapat memeriahkan lagi dengan warna-warna yang menarik hasil sentuhan tangan perkasa aku. Membangkitkan selera blogger-blogger untuk terus setia menatap blog aku kerana telah terpandang mata aku di permualaan membuka page aku. Orang kata dari mata turunnya ke hati. Jadi sekali tengok nak tengok lagi. 

Persoalan :
Adakah orang nak baca cerita-cerita aku?


Tempat nak meroyan telah ditukar menjadi klip-klip ku sangka api. Aku sudah jemu, puas dengan meroyan entah apa-apa di blog sendiri sebab itulah header baru dibuat. Ingin menatap header yang terdahulu? Sila langgan majalah Dara keluaran abadi. Searhhhhh...





Nota kirikanan :
Masih adakah sinar dalam hidup ini?

Saturday, October 2, 2010

''Terima kasih!!''

First of all, i want to thanks a lot to hasrulhassan. Siapakah dye nie? Aku pun tak seberapa kenal sangat dye tapi apa yang penting dye telah membuat jasa ngan aku dengan membantu aku. Tanpa dye aku memang tak dapat nak masukkan gambar kat blog aku nie.  Sempena nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dan menandakan aku dah dapat upload gambar aku masukkan gambar blog hasrulhassan nie.Jom lah amai-amai p blog dye.


nota kirikanan:
baru balik dari open house..

Friday, October 1, 2010

''Blogger tolong aku!!''

Adoii napa aku tak leh nak upload gambar hah? Icon picture tak de lah kat ruangan posting nie. Yang ada just Font je. Cepat sapa leh tolong aku. I need help now!! Segala bantuan amat dihargai..Terima Kasih..

Nota kirikanan :
Saya budak baru belajar. Tolong ajar lah..

''Terengganu dah ada panggung wayang..Kelantan bila lagi?''

Tiba2 je rasa nak p tengok wayang. Tapi sapa nak teman aku?Aku bukan ada pakwe pun nak suruh teman. Ishh susah betul ann. Tapi lau ada pakwe pun, nanti ajak p wayang nak tengok cerita apa plak? Erm sapa tau cerita apa best kat panggung sekarang? Syor2kan lah, nanti nak ajak member p lah.

nota kirikanan :
Kelantan memang xde wayang tapi Johor ada.aku kat Johor sekarang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails