Thursday, October 7, 2010

''Hanya kau yang mampu''

Aku bukan nak feeling lebih-lebih pagi-pagi cam nie. Tapi entah mengapa aku rasa cam sedey. Sedey yang teramat. Sepatutnya aku gembira dengan apa yang aku buat, tapi sebaliknya yang aku rasa. Aku sendiri pelik ngan diri aku. Dah lah macam orang takde perasaan je. Perasaan yang aku maksudkan kat cnie ialah perasaan berkasih sayang. Aku bukan naik bermain asmara atau berjiwang karat kat cnie tapi aku dah tak tahu nak bercerita kepada siapa lagi. Blog aku nie dah macam diari aku. Apa yang aku tak boleh nak sampaikan dekat kawan-kawan terdekat aku sampaikan kat korang-korang yang baca blog aku nie. (kalau korang tak nak baca sila tekan pangkah di sudut atas kanan. Terima kasih)

Aku sepatutnya rasa bertuah dan bersyukur bila mana sudah ada orang sayang dan mencintai aku dengan penuh perasaan sehinggakan mengajak aku untuk kahwin. Tapi apa kan daya aku, aku tak dapat membalas kasih sayang dan cintai yang diberikan itu. Aku tak faham apa yang aku inginkan dalam diri ini. Adakah aku sayang atau adakah aku rindu dye? Sayang sekali aku tak dapat beri jawapan itu. Amat bercelaru sekali apa yang aku rasakan. Sekejap aku kata sayang sekejap aku kata tak sayang. Amat tak patut apa yang aku lakukan sekarang.


Jika orang buat perasaan aku cam sampah, sekejap sepak sana sekejap sepak cnie pasti aku akan berasa sedey. Jadi apa yang dye rasa pasti sama dengan apa yang akan aku rasakan. Sungguh tidak patut aku buat dye sedey. Tapi apakan daya aku, aku tak mampu nak beri kasih sayang yang sepatutnya buat dye. Seperti yang aku katakan perasaan aku bercelaru. Takde siapa yang nak faham aku. Aku juga sedey sebenarnya di tambah lagi dengan rasa bersalah yang teramat sangat bila buat perasaan orang cam nie. Tapi seperti yang aku katakan AKU TAK MAMPU. Tak mampu seperti lagu yang Aizat nyanyikan tu 'Hanya kau yang mampu'.

nota kirikanan:
Terus terang dan Jujur.PENTING!!!


6 comments:

dojahnxedan said...

yo2...nape ni wei

-mIsS fArAh- said...

he3.. dah pndai feeling2 dah skang..

aRe_Nim said...

piwiitt..

Unknown said...

dojan,farah,anim ~ngok ngek ahh laka

ckynwan said...

alahai sedih la puloks~

nanti one day mampu la tu.akan smpai masanya.cewah

Unknown said...

cKyN WaN ~ ase cm xmampu.2 yg msalah skrg.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails