Wednesday, March 23, 2011

Rindu sangat-sangat..

Setiap hari, setiap minggu pasti ada rakan-rakan yang pulang ke rumah. Aku jelous. Jiwa ku memberontak untuk turut sama pulang. Namun apa nasib aku, setiap minggu pasti ada test, kuiz, esemen yang harus aku hadap. Sungguh ku tak terdaya lagi. Aku tension..


Walaupun gambar mereka menghiasi skrin telefon aku setiap hari, tapi itu tidak cukup untuk melempiaskan kerinduan yang aku tanggung ini. Walaupun aku selalu menelefon mereka, tapi itu tidak cukup untuk aku mendengar suara-suara mereka. Rindu masakan mama. Rindu jenaka papa dan mama. 


Rindu aku terhadap dia sudah tak tertanggung lagi. Aku rindu untuk gaduh-gaduh ngan dia. Aku rindu untuk tarik tuala yang ada di kepala dia selepas mandi. Aku rindu untuk keluar dengan dia. Aku rindu untuk borak-borak dengan dia.


Walaupun tak suka dengan perangai dia, aku tetap rindu dia. Rindu dengan tingkah laku yang pelik dari orang. Rindu nak tengok perangai dia.


Aku turut rindu dia. Rindu nak tatap muka dia. Rindu dengan kerenah dia yang mengembirakan hati. Rindu nak gaduh dengan dia. Rindu dengan kata-kata dia.

Kesimpulannya aku pasti akan pulang. Pulang untuk berjumpa meraka yang aku rindu, walaupun pada hakikat sebenarnya aku banyak kerja nak kene buat. Aku tak kisah semua itu, Aku ingin amik semangat aku untuk teruskan kehidupan di sini.


sehingga berjumpa lagI..

Aku rindu.. Nak jumpa semua orang..


1 comment:

saya_arief said...

kami pown buat entry rindu jugak ini hari.
haha.
selamat merindui.
:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails