Friday, April 29, 2011

Seorang dah kahwin. Seorang lagi bila?

Kate Middleton arrives at Westminster Abbey.
Cantik!!

Adalah perkataan subjektif pada hari nie. Haha tiba-tiba lak cam nak mengajar Bahasa Melayu. Tapi sebelum tu nak ucapkan tahniah untuk Putera William sebabnya berjaya kahwin dengan Kate 
Middleton dan tahniah juga buat Kate Middleton sebab berjaya menawan hati Putera William.
Nasib baik tak jadi benda-benda yang tak baik. Maksudnya nasib baik di hati Putera William tu masih ada Kate Middleton,  kalau tiba-tiba ada ''Shera Haifa'' sapa nak jawab? Kalau sapa-sapa yang tak tahu dan nak tahu siapa ''Shera Haifa'' leh try google yaa. 

Seterusnya perkataan pada hari ini..
Handsome!!

 'Handsome' juga merupakan perkataan subjektif tuk hari nie. Tapi 'Handsome' bukan dalam Bahasa Melayu. Ishh tadi kata nak ngajar Bahasa Melayu, nie dah bahasa lain. Kalau macam tu kita melayukan 'Handsome' tu. Jadi perkataannya selepas dimalukan dimelayukan menjadi segak atau tampan. Bukan tempang ya. Fuhh Putera William tak tempang, jangan salah faham pula.

Cukup aje untuk hari ini. Lagipun perkataan itu semua di ambil bersempena dengan Perkahwinan antara Putera William dan Kate Middleton. Moga bahagia seperti mana bahagianya Putera Charles dan Puteri Dayana sebelum ini. Dan janganlah terjadinya perkara sama seperti yang menimpa Puteri Dayana.

Putera Hanry bila lak nak kahwin? Dah ada calon ke belum. Lau belum sini ada lagi kosong. :)
Takpun mana-mana anak raja yang nak kahwin ngan orang biasa pun boleh gak lau nak. Tapi takut nanti aku lak yang tak merasa kebebasan :(
Konklusi, kahwin jelah dengan rakyat jelata atau seangkatan sahaja..:P

Wednesday, April 27, 2011

Berdiam diri bukan bermaksud salah. Tapi.....

Senyum
Tak perlu kata apa-apa

Nie adalah cara yang paling baik, bagus dan berkesan andai kita diserang oleh orang yang entah apa-apa. Kalau kita bersuara, ia pasti akan memberi satu masalah atau mala petaka yang paling teruk sekali. Berdiam diri bukan bermaksud kita salah tapi ia juga bermaksud untuk tidak menghuru hara lagi keadaan. 

Gelagat, ragam, perangai manusia nie ada macam-macam. Ada yang kita berkenaan, ada yang buat kita menyampah dan ada yang buat kita rasa nak kawan dengan dye sebab keunikan dye. Semua tu adalah sebab kelebihan dan kekurangan yang dimiliki. Kita semua yang diberikan otak dan pemikiran nie wajar untuk memilih siapa yang kita nak kawan dan nak kenal hati budi. Jangan sesekali salah pilih kawan, sebabnya kita yang akan sengsara.

Negara Malaysia adalah satu negara yang menjalankan pemerintahan secara 'Demokrasi'. Masyarakat berhak untuk 'SUKA' dan 'TIDAK SUKA' akan seseorang itu. Itu adalah hak seseorang itu. Tak payah susah-susah nak pertikaikan apa yang orang itu dah buat kat kita. Nie tak, otak ada, pemikiran pun ada, umur pun kalau kira dah leh kahwin, tapi cara pemikiran yang sempit itu yang menkusutkan keadaan lagi. 

Jangan kerana seseorang itu yang benci kita, tak suka kita, jeling kita, tak tegur kita, kita dah rasa cam panas nak mengelupar. WTF. Macam kita dah takde kawan lain yang suka kita, yang sayang kita, yang amik berat sal kita. Nampak cam ketandusan kasih sayang pun ya juga, Tolonglah matang sikit. Malu pada budak-budaklah. 

''Bila berpecah belahnya kaum nabi adam maka syaitan akan bersorakkan''

Sunday, April 24, 2011

Asyraf Muslim dah tunang pun. Ngan sapa? Dayana namanya..

Dengar-dengar ramai perempuan yang dok tergila-gilakan Asyraf  Muslim patah hati. Nie semua sebab Asyraf Muslim dah pun bertunang hari ni. Tapi baru tunang belum kahwin lagi. Tapi doakanlah moga hubungan mereka berkekalan. Fuhhh masyuk sungguh. Nie semua gara-gara watak Ustaz Amirul yang dilakonkan Asyraf Muslim dalam cerita Ustaz Amirul nie.Tapi aku tidaklah tergolong dalam yang patah hati tu, sebab aku tak penah sekali pun tengok cerita Ustaz Amirul. Baca sinopsis cerita apatah lagi, pun tak penah.

Lupakan Ustaz Amirul mehlah pula kita tengok dulu video pengenalan majlis pertunangan Asyraf Muslim nie. Sapa yang nak tengok video leh klik sini CST. Yang nak tengok gambar lak leh ahh tengok kat BN. Bukan Barisan Nasional ya tapi Beautiful Nara. Hahaha aku tak main politik yaa kat blog nie.

Yang minat Asyarf muslim dah patah hati, tapi yang minat Shaheizy Sam masih ada peluang. Sapa yang minat Shaheizy Sam sangat-sangat dan berniat nak takle baik amik peluang cepat-cepat. Nanti ada yang patah hati lagi. Cakap sal patah hati nie aku teringat sal kawan aku nyanyi lagu tajuk 'Patah Hati' sewaktu Minggu Orintasi tahun 2008 yang dah lepas. Sapa penyanyi asal lagu tu aku tak tahu, tapi lagu tu lagu klasik. Maybe yang putar lagu tu pun radio 'Klasik FM' je kot. :P



Saturday, April 23, 2011

Trenz nama panjang dan glamour

Zaman sekarang nama yang diberi oleh Mak Ayah untuk baby yang baru lahir semuanya panjang-panjang dan nak glamour-glamour. Macam Nur Rania Yasmin, Muhamad Alif Akil, Damia Alisya, dan macam-macam lagilah. Tapi dari nama yang panjang-panjang tu yang panggil hanya secotit je.

Kalau nama Nur Rania Yasmin dipanggil Nia, Yas. Nama Muhamad Alif Akil pula panggil Akil, Alif. Kalau nama Damia Alisya dipanggil Mia, Isya. Bagi aku kalau nak panggil pendek-pendek baik bagi nama yang pendek-pendek je. Mudah, senang. Lagipun bila g Jabatan Pendaftaran Negeri ke Jabatan pegangkutan Jalan ke senang orang yang keje kat situ nak sebut nama. Tak pun nanti takdelah sampai tak muat nak tulis nama dalam IC, lesen tu semua. Contohnya dah terjadi kat Bapa Saudara aku. Nama dye 'Muhamad Khairul Adhari Shah'. Disebabkan nama dye panjang sangat, nama dye 'Shah' kene buang dari letak dalam IC. Tapi nie bukan zaman sekarang tapi dah lebih 20 tahun. So no wonder lah nama aku turut panjang. Hahaha

Jadi nama panjang-panjang dan glamour nie dah lama menjadi satu fenomena. Tapi nama zaman sekarang lagi glamour lah. Mungkin dah takde lagi bayi-bayi yang baru lahir diberi nama Zaiton, Fatimah, Ali, Abu dan bla..bla.. Yelah nama macam kolot je kalau disebut. Tapi janganlah kita mentafsirkan dan malu jika nama kita kolot macam orang dulu-dulu, sebab disebalik nama itu sendiri mungkin maksudnya lebih baik dari apa yang kita sangkakan. Jangan hanya nak glamour je. Lagipun dengan nama yang macam tu lah senang cikgu-cikgu dan kawan-kawan nak ingat. Jadi kita bersyukurlah dengan apa nama sekalipun yang diberikan oleh Mak Ayah kita.

So nanti kasilah nama yang senang-senang dan ada maksud yang baik untuk anak-anak sendiri. Kalau nak nama yang glamour sekalipun kasilah pendek-pendek jangan kasi panjang-panjang. Contohnya 'Batrisyia' dengan maksudnya pun sedap iaitu cerdik & pintar. Hah yang nie aku dah coppp untuk beri pada anak aku ya. Jangan sapa-sapa amk.. Opss ''Tergedikxx'' lak..

Friday, April 22, 2011

Bila aku di rumah..

Ding ding ding dong.. Jari nakal menaip hari ini..

Semalam sampai rumah dari Johor. Alhamdullilah. Setelah berminggu-minggu planing nak balik rumah, baru semalam hasrat itu berjaya ditunaikan. Niat utama pulang adalah untuk mencari ketenangan setelah tension dengan persekitaran dan makanan di UTM dan juga untuk jumpa family setelah lebih dua bulan tak jumpa. Hasilnya bila balik rumah semua hilang. Sampai je terus keluar ngan Mama g bandar. Bahagia rasanya hidup ini.

Sebelum nie gelang kaki putus waktu dop kat Johor. Lasak betul aku kan sampai gelang kaki boleh putus. Ish3x,, Tak boleh jadi perempuan melayu terakhir lagi nie. Jadi semalam aku dapat balik pengganti gelang kaki yang putus itu. Itulah bad habit aku. Tak boleh tak ada gelang kaki, aku akan rasa kosong je kaki aku nie. Sama aje aku ngan kakak aku. Gile gelang kaki. Semalam juga aku dapat kain sepasang. Mama aku belanja. Wahh giler baik Mama aku. Nie sebab aku sayang sangat Mama aku.

Semalam juga aku dan family buat kerja sama-sama. Sebenarnya rumah aku dalam renovation. Adalah tambah 2,3 biji bilik dan ruang makan. Jadi kami kene lah kemas rumah, ketuk-ketuk sana sini, punggah batu dan macam-macam lah. Alang-alang leh sama-sama beriadah keluarkan peluh. Nanti sihat satu keluarga. Takde yang rugi.

nie lah keadaan rumah yang ngah renovation

Balik rumah boleh makan macam-macam jenis makanan. Dapat lempiaskan segala nafsu. Ish3x, Dasyatnya aku kan. Aku dapat makan kerepok lekor, bubur nasi, nasi kerabu, daging goreng kicap + lada hitam, nasi tumpang dan macam-macam lagi. Nak list semua memang banyak lah.Owhh ya korang pernah dengar tak 'Nasi Tumpang'? Kalau ada yang tak pernah dengar dan tak pernah tengok rupanya macam mana leh lah google ya. Type aje 'Nasi Tumpang' korang klik image. Nanti kuar lah rupa 'Nasi Tumpang' tu. Selamat Berjaya ya.

Hari nie aku nak kuar ngan kakak aku lak. Nanti lau aku rajin aku update cerita ya. Hapy Oliday semua. Lalala.. biarpun pada ketika nie aku dalam minggu belajar.

Tuesday, April 19, 2011

Entry panas boleh tinggikan traffic blog..Jem beb..

Ada orang bikin panas dengan update entry yang membuatkan semua orang panas. Bukan hanya dak dari negeri tersebut yang panas, dak-dak dari negeri-negeri lain juga tumpang panas. Bukan tak nak menerima apa yang dicoretkan dekat blog kau tu, tapi agak-agak ahh der. Aku tahu kau nak kongsi pendapat je dengan apa yang kau tengok dekat negeri tu. Tak salah dalam memberi pendapat nie sebenarnya, tapi kene lah tengok diri sendiri dulu. Kalau kau pun macam haram baik tak payah nak kasi pendapat kau. Nanti ada yang makan selipar.

Di sini aku letak header 'budak gedikz' tu. Bukan aku yang namakan dye gedikz tapi dye sendiri yang namakan macam tu. Tak percaya? Kau tengok sindiri link dye yang dekat header tu. http://akugedikz.blogspot. Aku tak buat backlink kat blog dye tu sebab dye dah remove blog dye selepas diserang oleh makcik, pakcik, miss ANON. Memang terbaik ahh ANON-ANON semua. Dekat 200 ++ komen untuk entry tu. Memang mantap ahh. Satu minit berpuluh-puluh visitor. Traffic jem. Kepala aku pun jem baca entry kau tu.


Korang mesti blur kan? Entah apa yang aku dop merepek kat atas tu. Baik lah. Aku budak KELANTAN tak nak korang blur-blur jadi nie kisah sebenarnya. 


Nak bace lagi? klik kat cnie. Walaupun dak gedikz nie dah buang blog dye, ada orang dah copy siap-siap blog dye. Nak kasi semua dak-dak kelantan yang macam aku sedar diri dan renung-renungkan betul ke semua nie. Apa pula pendapat korang yang baca entry dak 'gedikz' tu? Sila bagi pendapat korang. Tapi sebelum tu aku nak pesan jangan nak jadi ANON ya, jadi lah diri sendiri kalau kau betul-betul nak bagi pendapat. Aku bukan nak serang ke apa ke lepas nie, tapi aku nak tahu kau jujur tak dengan pendapat korang tu.

p/s : Aku kalau orang dah buat aku menyampah, 1000 kali aku menyampah ngan orang tu.


Sunday, April 17, 2011

Minggu belajar yang bukan macam minggu belajar..

Minggu belajar dah pun 'officially' bermula di UTM, setelah tamat kuliah yang terakhir pada hari Jumaat yang lepas. Tapi aku dah habis kuliah hari Khamis lagi. Alhamdullilah akhirnya tamat juga segala kuliah, walaupun aku banyak ponteng kelas untuk semester nie. Habis tu nak buat cam mana, aku pergi kuliah pun bukan aku faham, bukan aku tumpu, baik aku dop bilik je. 

Aku selalu ponteng tuk subjek 'Consumer' @ pengguna. Lepas nie leh ahh jadi pengguna yang bijak. Dalam kelas nie ada lebih kurang 120 ++ pelajar dalam satu dewan. Pensyarah mengajar kat depan, pelajar mengajar kat belakang. Mana lah aku nak dengar pensyarah ngajar apa. Last-last skali aku yang tumpang pelajar lain turut mengajar. Tambahan pensyarah subjek 'Consumer' nie bukan jenis yang nak marah pelajar bila pelajar dop mengajar kat belakang. Lagilah pelajar akan buat bising. Kadang-kadang tu daripada aku jadi tak hormat penyarah yang dop ngajar depan, aku tak pergi kelas.

Walaupun sekarang nie minggu belajar, apa yang aku rasa tak seperti yang sepatutnya. Bila minggu belajar, sepatutnya kene belajar. Buka buku, buat nota kecik, buat soalan final yang lepas-lepas, tapi apa yang aku dan orang kebanyakkan macam aku (pelajar tahun akhir), kiteorang harus menyiapkan tesis. Hari rabu yang akan datang nie adalah hari untuk kami menghantar tesis untuk dinilai. Wahh cuak mak kau. Dengan empat jam kredit kalau dapat B-, B memang kasi 'effect' yang besar lah. Itu baru nilai tak 'Viva' lagi.

Buku-buku semua sekarang dah macam anak tiri, sebab tak sentuh, Yang dop sentuh hari-hari laptop. Kalau tak buka tesis, buka mukabuku, tak pun buka blog. Hah jadilah entry nie. Jadi apa-apa pun minggu belajar ke, minggu buat tesis ke, belajar tetap belajar. Saya nak 'DEKAN' semester ini.

Friday, April 15, 2011

Emosi d hari Jumaat..

Aku bukan benci tapi aku tak suka.
Tapi bila dah sangat-sangat tak suka, lama-lama akan benci juga kan?
Habis aku nak buat cam mana?

Penim ah nak fikir benda-benda yang remeh nie.
PSM lagi mencabar kot.
Nak kene hantar hari Rabu nie.
Hari nie baru nak p ambik dengan supervisor lepas di semak.
Nanti aku kene baiki lagi lepas tu hantar lagi.
Waaahh banyak lagi nak kene fikir tau tak.

Tolong ahh..
Masa sangat suntuk sekarang nie.
Biar lah final start lambat lagi pun.
Dari sekarang aku kene mula belajar dah.
Aku bukan budak pandai sangat.
Sekali baca dah faham. BUKAN!!

Jangan ahh dop kacau aku.
Nanti buat aku tambah menyampah lak tau.
Kau nak ke orang benci kau?
Kalau tak nak jangan dop kacau aku tau!!!

Sekian,.
*Beremosi lak hari-hari jumaat nie*

Past life not being back...


I wish this could work in real life
Featured on Saying Images & Tumblr Pictures|Follow now

because it will make me easy :

 to have back my great moment since my primary school..
 to be at MRSM Kuala Terengganu again as a student because i want to be a naughty one.
to go back to my kindergarden and sing the song with all my friends especially my best friend Aida.
for having a internship at the big company to learn more..
to protect my wallet from being stolen..
and more..

but what i want it back there it is impossible.
So what i need to do now just doing the best for the next 
and creat a very best moment for what will happen..

therefore dont regret for what have goes..

Cheers ~ ~ ~

Wednesday, April 13, 2011

Tiga tahun yang bakal berlalu

Kini hanya tinggal kurang dari sebulan sebelum aku menamatkan pelajaran aku di Universiti Terbaik Malaysia aka Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Gelaran Universiti Terbaik Malaysia nie diberi oleh pelajar-pelajar international, itu yang disampaikan oleh TNC semasa aku mengadiri Kursus Etiket Sosial dan Protokol anjuran Hal Ehwal Pelajar Mahasiswa (HEMA) baru-baru ini. Bukan nak riak ke apa, tapi hanya untuk pengetahuan semua UTM sekarang berada pada ranking ke-2 selepas USM untuk universiti seluruh Malaysia. Tahniah. Moga selepas daripada nie menjadi yang pertama yaa.

Kalau lebih kurang 3 tahun yang lepas aku baru sahaja menjalani Minggu Haluan Siswa (MHS), tapi kini aku dalam usaha menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM). Tension, tertekan, serabut, serabai semua itu tak mustahil untuk aku rasakan. Malah bersesuaianlah dengan apa yang digelar oleh pelajar-pelajar yang PSM ini merupakan Projek Serabut Minda. Sebabnya aku kene fikir semua. Yang malangnya walaupun aku bergelar pelajar tahun akhir, ini tak bermana hanya projek itu yang aku perlu fikirkan. Malah dengan esemen, kuiz, test, presentation semuanya masih aku perlu hadap di tahun akhir nie. Memang serabut lah kan. Ada yang nak menafikan?

Tiga tahun itu sangat cepat berlalu, tanpa sempat untuk aku lakukan apa-apa. Aku hanya mengikut searus dengan tahun yang berubah dari setahun ke setahun. Tapi selama tiga tahun nie telah banyak mengajar aku untuk berdikari iaitu singkatan untuk ''berdiri di atas kaki sendiri''. Sebabnya sewaktu kejadian purse aku hilang waktu aku di makmal, segala urusan di Balai Polis, Bank, Pejabat Pendaftaran Negeri & Pejabat Pengangkutan Jalan semua aku settelkan sendiri. Terdapat secebis rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya lakukan tanpa bantuan Ibu Bapa. Malah untuk urusan penukaran Lesen Memandu dari 'P' kepada lesen besar juga aku lakukan sendiri. Pernah juga aku rasa cam nak nagis sebab kene lakukan semua sendiri, bukan sebab aku anak manja tapi sebab aku takde sapa-sapa kat cnie. Bagi aku kalau ada Ibu Bapa yang teman aku akan rasa lebih selesa. Aku tak kisah kalau aku kene buat semuanya sendiri pada waktu itu.

Tiga tahun nie juga, aku banyak kenal dengan manusia. Lebih tepat lagi kenal dengan perangai manusia. Macam-macam yang aku jumpa. Contohnya ada jenis yang menjadikan seseorang itu sebagai satu sandaran andai ada satu masalah yang menimpa mereka. Ada pula yang jenis bermuka-muka. Maksud kat cnie bukan banyak muka, tapi bila depan orang tu dia buat baik, tapi bila kat belakang, gajah, rimau semua dia cakap sal orang itu kepada orang lain. Subhanallah. Tak baikkan dop mengaibkan dan burukkan orang. Diam-diam sudah lah. Tak pun jangan dop mereka cerita yang tak betul.

Lepas tamat tiga tahun nie, masih mampu ke aku untuk stay 2 tahun lagi kat UTM nie? Atau pun aku tinggalkan bumi UTM nie dan kerja? Semuanya menyesakkan fikiran. Dalam dilema. Fikirkan kemudian. Pasti akan tamatkan sem nie dengan jayanya. Doakan aku..

Sunday, April 10, 2011

Ceritera sebatang PENSEL.

Seorang kanak-kanak melihat neneknya mencatat sesuatu di atas diarinya, lantas bertanya, “nenek bertuliskan tentang saya kah?”

Nenek: Nek bertuliskan tentang kamu, tapi sebenarnya, ada yang lebih penting daripada tulisan nenek. PENSEL ini.

Mengapa nek? Kan sama PENSEL tu dengan PENSEL lain?

Bergantung cu. Jangan cu lihat PENSEL ini hanya PENSEL. Amati dan hayati.

???

Jadilah seperti PENSEL ini cu..nescaya kamu akan kuat dan sabar.


….kamu mampu menulis semua yang kamu mahu, tapi jangan lupa tentang tangan yang mengawal ayat2 mu. Itulah ‘tangan Tuhan’ yang sentiasa memandu arah kita mengikut kehendak-Nya.


….kadang-kadang kita terhenti menulis, mungkin mata itu patah,kurang tajam? Nenek perlu berhenti untuk mengasah. Mungkin PENSEL itu akan sakit sketika, tetapi ia akan lebih tajam. Jadi, kamu haruslah begitu. Tabahlah akan kesakitan dan kesedihan kamu itu, kelak kamu akan menjadi insan lebih baik.

pensel selalu beri kita peluang untuk memadamkan kesilapan, tetapi tak bermakna membetulkan itu sesuatu yang salah, tapi membantu kita untuk terus berada di atas landasan yang betul cu.


….jangan cu pandang luaran PENSEL itu, jagalah mata dalamannya. Jadi, cu sentiasa jaga apa yang berlaku dalam diri cu ye?


….yang terakhir,PENSEL itu, walau bagaimana kita padam,tetap meninggalkan bekas walaupun sikit.cu pun mesti begitu! Ingat! Setiap benda yang cu lakukan, akan meninggalkan bekas, jadi berhati-hatilah cu.




copycat dr facebook..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails