Sunday, May 15, 2011

Menyesal

Ada pepatah mengatakan ''Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna''. Apa sahaja yang telah berlaku @ terjadi tidak akan berulang kembali. Ianya akan menjadi satu kenangan yang terindah buat kita jika ianya manis dan ianya akan menjadi satu mimpi ngeri kepada kita jika ianya pahit. 

Kadang-kadang kita tak menyedari akan kepentingan sesuatu itu, sehinggalah apabila sesuatu itu tiada @ pergi baru kita sedar akan kehadirannya melengkapi kehidupan kita. Kehadiran sesuatu itu membuatkan kita hidup bahagia, membuatkan kita bertahan untuk meneruskan sebuah kehidupan.

Dalam berkawan, kadang kala kita merasa sangat bertuah dapat mengenali seseorang itu. Kadang kala juga kita merasa sangat meyesal mengenali seseorang itu. Kenapa harus menyesal? Bila kita buat baik, kita d balas dengan kata-kata nista, kita di umpat keji di belakang. Bila kita cakap banyak sikit orang kata membebel. Bila kita tak tegur cakap kita sombong. Semakin kita sabar, semakin dye buat kesabaran kita hingga ke tahap maksimum. Bila kita bagi pinjam dan selepas tu kita nak guna dye tak boleh nak kasi. Sedangkan benda itu hak kita. Boleh dikatakan banyak yang tak kene dalam berkawan nie. 

Kenapa kita bertuah? Sebab kita ada kawan yang popular, kita ada kawan yang bijak. Kita ada kawan yang boleh tolong kita masa kita susah. Malah ada kawan tempat kita meluahkan perasaan. Boleh dikatakan semuanya yang baik lah. Nama lagi bertuah kan, mesti semuanya yang baik-baik, yang cemerlang-cemerlang.

Tapi itulah, hakikat sebenar kehidupan ada turun naiknya. Menyesal pun dah tak berguna setelah semuanya terjadi. Apa yang pasti hari esok. Lakukan yang terbaik. Sebelum hari esok, jom layan lagu Menyesal-6ixth Sense


2 comments:

Hans Hanis said...

adat berkawan
biasalah tu
ada baik ada buruk
jadikan semua tu kenangan dan kekuatan kepada diri kita
:-)

Review Filem Nur Kasih The Movie

Hans Hanis said...

adat berkawan
biasalah tu
ada baik ada buruk
jadikan semua tu kenangan dan kekuatan kepada diri kita
:-)

Review Filem Nur Kasih The Movie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails