Saturday, May 12, 2012

Foldover leh buat diet

Assalamualaikum..

Dalam tengah diet pun, sempat lagi aku bantai foldover untuk kali yang keduanya. Haha diet la sangat kan. Tapi nie diet yang sihat kot sebabnya ayam di gril, ada sayur, tomato and roti hanya dari gandum. Oklah takde lah musnah sangat diet aku kan (bila dah makan, macam2 laa cakap). ^^< 


Aku pelik gak bila ada orang kata foldover kembali lagi. Sejak bila foldover nie dah ada? Cari punya cari jumpalah yang ada orang kata last foldover nie keluar tahun 2007. Owh patutlah aku tak tahu. Sebabnya at that time aku dop asrama, so segala iklan yang berkaitan dengan makanan nie memang aku tak tahu. Lagi pula aku bukan selalu outing (heh nak cakap aku nie baik sangat kan!!)

So, bila foldover nie keluar lagi aku amik peluang laa untuk makan n rasa cam ne best sangat foldover nie. Rupanya memang best tu yang sampai dah 2 kali makan. Dalam gambar atas tu ada 3 foldover, tapi bukan aku sorang yang punya. Tak lupa juga ada aiskrim perisa caramel. Owh yang ni pun 'limited time' juga. WHY??? perluke 'limited time' nie. Kalau ramai yang suka, plez laa Mc'D xpayah nak limited time sangat.

p/s ~ BEST!!!! 

1 comment:

Admin said...

bila tengok tu sangat mengiurkan,
setakat ni belum rasa lagi,
nanti2 nak cubalah !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails