Wednesday, August 28, 2013

Reset Minda : Belajar bukan untuk kerjaya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Reset balik fikiran ya pembaca sekalian. Jangan kata "Kau nie nama je lepasan U, tapi tak kerja" ataupun yang kebanyakkan perempuan kena 'Buat apa belajar tinggi-tinggi nanti masuk dapur juga". Sedangkan kita sebagai Muslim terutamanya diwajibkan menuntut ilmu. 


Lagipula dengan menuntut ilmu kita bakal dipermudahkan, Insyallah jalan untuk ke syurga. Sapa tak mahu masuk Syurga? Jadi marilah sama-sama kita menuntut ilmu tak kira lah ilmu itu ilmu duniawi atau ilmu ukhrawi.


Opss dan jangan pula sebab nak masuk syurga, menuntut ilmu dah betul tapi amalan-amalan wajib dilupakan. Takpun leka, lalai dalam mengejakannya. Semua tu kene sama balance barulah betul. Jangan pesongkan niat ya.

Sambutan Hari Lahir

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Terima kasih.. terima kasih. Tahun nie, inilah kek untuk hari kelahiran aku. Alhamdullilah kecik ke besar tak kisah sekurang-kurangnya ada yang nak meraikan. Memang berbunga-bunga je rasa hati. Tak sangka ada juga keknya untuk diambil gambar bersama. 


Sebelum nie, masa raya aku ngan kakak ada lah plan nak buat kek sendiri untuk sambut birthday semua orang sementelah mama ngan papa bulan 6, kakak ngan adik lelaki plak bulan 7 dan aku bulan 8 yang kami tak dapat nak raikan bersama. Hanya dapat bagi ucapan je. Nak peluk cium pun tak dapat sebab masing-masing jauh antara satu sama lain. Tapi yelah semua tu kan perancangan kita tapi perancangan Allah adalah lagi HEBAT. Kami tak sempat nak buat kek. Jadi takdelah kek untuk tahun nie. 


Dan menu untuk makan-makan sempena sambut burthday yang dah lepas nie ialah mee bandung. Pakai pes mee bandung muar ko.. Hehe sedap betul. Lebihan kuahnya plak aku yang bawak balik memang terbaik ah. Lagi-lagi pula mee bandung nie feveret aku. 

kad ucapan dari lab rat's

So buat lab rat's korang adalah terbaik.. Aku sayang korang ketat-ketat. We are happy family. Bravo!!!!!!


Monday, August 26, 2013

Pemberian rebat RM200 disambung

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah. Masih lagi ada rezeki untuk apply balik rebat telefon pintar yang RM 200 tu. Permohonan akan dibuka pada 3 september. Sumber. Sebelum nie dah pernah apply tapi tersalah dekat jantina. Sepatut 'perempuan' entah macam mana masa isi terisi' lelaki'. My mistake. Jadi tak berani nak guna. #bukansebab2jantina

Lepas tu dah habis tempoh 3 bulan rebat tu, nak apply balik takde keyakinan plak. Sebabnya banyak lagi kegunaan wang untuk benda2 lain. Takutnya apply last2 tak guna. Membazir plak. Baik bagi kat orang yang betul2 berkemampuan nak beli.

Nie dah sambung, bolehla aku mohon balik sebab lepas nie Insyallah wang dah xbanyak digunakan untuk benda-benda penting. Nanti boleh la ber'WhatsApp' dengan geng. Sebelum nie bukan tak boleh ber'whatsapp', tapi sebabkan phone xde wifi agak susah untuk ber'whatsapp'. Tak pasal-pasal sebab nak ber'whatsapp' habis kredit aku. Insyallah impian untuk memiliki smartphone akan tercapai. 

#dahulukanmanayangsepatutdidahulukan



Saturday, August 24, 2013

Kasih yang terpisah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hati cukup tersentuh tengok video adik adam yang setiap hari ke pusara maknya tanpa jemu kerana rindu. Bergenang sudah dikelopak matanya air yang bila-bila masa akan jatuh ke bumi.. 


Dengan usia yang baru 5 tahun belum cukup tabah lagi untuk Adam menerima akan kematian maknya. Malahan pada usia itu juga dia bukan sahaja kehilangan mak tapi juga telah kehilangan ayahnya. 

Moga Adam terus tabah mengharungi hari-hari yang mendatang dan membesar dengan menjadi insan yang berguna dan bertanggungjawab. Juga tidak akan lupa untuk menziarahi pusara kedua-dua ibu bapanya walaupun sudah meningkat dewasa. 

Thursday, August 22, 2013

Don't easily judging me

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Photo: For more please visit www.SoQuotes.com

Sunday, August 18, 2013

D.I.Y. Baju Raya #1

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Berinspirasikan dari page mybeads aku juba untuk jahit sendiri beads kat baju raya. Sebab kalau nak upah mahal weii dekat RM200 untuk sehelai baju. Habis kalau untuk 4 helai baju macam mana pula. Lagilah tak mampu untuk upahkan orang. So berbekalkan tengok dari page mybeads aku cuba jahit sendiri.




Aku bukan pandai sangat menjahit nie, nak matikan bila dah habis menjahit pun tanya kat mak aku. Lepas tu pula dah jahit beads tu hari first pakai beads dah ada yang jatuh. #sedih

Aku jahit beads dekat bahagian lengan je maklumlah 4 helai baju iaitu baju mak, kakak, aku dan adik aku semua aku yang jahitkan. Mak aku tak dapat nak tolong sebab dye amik upah untuk jahit mata lalat dekat bahagian leher dan sembat lengan dan bawah baju. Lagi pula aku yang beria-ria nak jahit beads so aku kene buat sendiri lah. Kakak aku pula dye kerja, balik rumah pun malam raya mana sempat nak tolong semua.


Manik-manik untuk jahit kat baju nie aku beli online semua. Satu string tu RM 3 kalau beli sebanyak 12 string dan ke atas. Boleh campur-campur size dan warna. Pilih sendiri mana yang berkenan. Lepastu pula postage dye RM 6. Kalau berminat nak beli leh tengok kat page manik collection. Aku beli 12 string untuk 4 helai baju masih ada lagi lebihannya. Tunggu jahit kat baju lain lah plak.



Saturday, August 17, 2013

Contest: Family Potret Raya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Thursday, August 15, 2013

Biskut chip chocolate

Bismillahirahamanirahim dan Assalamualaikum..

Untuk raya sempat lah aku buat 2 jenis biskut dan juga 2 jenis popia. Lepas tu Mama plak buat siput baby. Semua buat ala kadar aje. Pastu aku borong kerepek kat Air Hitam bawa balik rumah sebagai kudapan. Lagi Mama beli biskut 3 bekas lain2 jenis.

Tahun nie aku buat biskut sorang sorang tak seperti tahun sebelum. Kakak aku ada menolong. Tahun nie dia dah kene kerja jauh balik pula malam raya. Nak tak nak aku gigihkan sorang2 buat biskut. Sunyi je rasa time buat biskut tu, sebab biasanya aku dop berceloteh ngan kakak aku. huhu

Biskut yang dibuat tahun nie salah satu aku beri nama biskut chip chocolate. Bahan-bahan takde susah mana tapi masa cari bahan-bahan kat Mydin ada yang takde. Antaranya chip chocolate ngan serbuk koko. Nak tak nak kene pergi cari kat sweet berry kdai jual bahan-bahan membuat biskut ngan kek yang kat depan Billion KB tu.


Bahan-bahan

Mentega ( 1 cawan)
Gandum ( 2 1/2 cawan)
Gula Kastor ( 1/2 cawan)
Gula perang (1/2 cawan)
serbuk koko (3 sudu besar)
telur (sebiji)
soda bikarbonat (1/2 sudu besar)
esen vanilla (1 penutup)
chip chocolate (suka hati)
kurma -hiris halus (suka hati)
kismis (suka hati)

Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor/perang dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan telur. Pukul rata
3. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati
4. Masukkan chip chocolate, kismis dan kurma. Kacau rata
5. Sudukan adunan atas dulang pembakar. Susun rata
6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit menggunakan api atas bawah.
7. Sejukkan dahulu baru masukkan dalam bekas.



Sepupu ckap biskut nie sedap. Dia yang dok ulang makan biskut nie. Biskut nie dah pun tinggal cikit. Dah tak boleh buat bekal balik JB. huhu

p/s ~ ingat kalau kakak khwin nak buat biskut nie untuk letak dalam balang kasi kat orang yg datang. apa macam??

Wednesday, August 14, 2013

Betul @ tidak?

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum 


p/s ~ nak percaya ke tidak?? 

Tuesday, August 13, 2013

Surprise tak menjadi

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hai apa cerita raya? Syokkk!! Jangan lupa kepada mereka yang tidak sama nasib ngan kita. Juga jangan ditinggalkan segala amalam yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan yang penuh barakah baru-baru ini. Kalau boleh teruskan amalan itu tanpa menghiraukan bulan apa sekali pun. #pesanan buat diri sendiri juga

Nie nak cite pasal surprise tak menjadi. Masa bulan 6 baru nie birthday Mama. Aku ngan kakak dok cibuk bincang nak beli apa untuk dia. Bincang punya bincang takde pula belinya. Tapi dalam perbingcangan tu ada lah kata nak belikan pemanggang ajaib. Maklumlah orang sana seni dok bercerita dan Avon, Haji Ismail Group (HIG), Vantage pula dok pakat sibuk promosi pemanggang nie. Terdetik lah juga untuk belikan kat Mama. Ikut trend katakan.

Ada la usha sana cnie nk beli, tapi tak beli juga. Last2 aku tengok kat blog mamatisya ada promosi pasal pemanggang dekat MyDeal. Tapi bila tengok tu bukan terus beli pun. 2,3 kali juga la aku dok bukak tengok mydeal tu konon nak beli. Last2 aku tanya kakak aku pasal benda nie. Pastu dia cakap beli la nanti dia bayarkan. Aku apa lgi sepantas kilat klik buy dan namakan Mama dan alamat rumah untuk penghantaran konon nak kasi surprise.

Dah beli tu tunggu pula untuk pemanggang tu sampai kat rumah. Alhamdullilah sebelum syawal tiba, skynet call Mama kata ada barang nak hantar tak sempat. Kebetulan aku ada kat rumah. Mama tanya "gapo bare namo Mama, skynet telepon oyak takleh nak hantar". Aku blur. Lepas tu baru teringat n tercakap ngan Mama "ohh pemanggang ajaib kot sapa." Dah terlepas cakap. Nak tak nak kene lah cerita yang aku beli pastu kakak yang bayarkan. Lepas skynet call tu terus g amik.


Sebabkan sampai sebelum raya sempatlah guna pemanggan nie. Kebetulan menu rumah terbuka tahun nie adalah nasi ayam, maka ayam telah dibakar dalam pemanggan ajaib nie. Hehe. Nampaknya bukan Mama yang gunakan tapi anak-anak Mama yang gunakan. Aku ngan kakak dok sibuk jadi tukang bakarnya. 

p/s ~ sebabkan ayam dibakar dalam pemanggan ajaib nie, kesedapannya jadi luar biasa. Ini mengakibatkan ayam tak sempat masak dalam pinggan dan habis dulu.

Wednesday, August 7, 2013

Salam Syawal 1434H

Bismillahirahmanirahim dan Asslamualaikum..





Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat teman-teman blog. 

"Oh Allah, Please accept our ibadah during this Ramadan.
Oh Allah, Please let us live till the next Ramadan and be your Righteous slave!!
Oh Allah don't let us die other than Muslims.

Allahumma inni as'alukal-Jannah, wa a'udhu bika min an-Naar
 "Oh Allah, I ask you for Paradise, and I seek your protection from the Fire."

Aameen, ya Ar hamar Rahimin.

p/s ~ besar harapan supaya dapat jumpa Ramadan tahun depan.. 

Teaser Biskut Raya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



p/s ~ esok raya kah??

Monday, August 5, 2013

Wajah baru lesen memandu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sekarang nie tarikh mati lesen memandu kan pakai tarikh lahir. Jadi awal Ogos aritu tamat la riwayat lesen memandu aku tu. Kebetulan pula hari tamat tu hari balik kampung seharusya buat kat kampung je nanti lesen baru. Hehe. Lagipula kalau buat kat kampung Papa yang buatkan dan semestinya Papa yang bayarkan. Walawehh burokk perangai tak? Aagagga..



Dan inilah hasil lesen baru kita. Yang bawah tu ya. Memang cun giler weii lesen baru nie. Bukan sbb gambar aku yang cun tu tapi sebab lesen tu dah ala-ala kad pengenalan. Gambar tu bukan lagi tampalan dari gambar pasport tapi telah di'scan' dari gambar pasport. Kalau korang pergi buat sendiri mungkin gambar korang waktu itu yang jadi gambar untuk lesen korang. *aku tak pergi pun hanya berbekalkan gambar pasport je kat Papa

Kiranya lesen baru nie lagi berkualiti la nak dibandingkan dengan yang dulu. Yang dulu tu kalau liminate terbuka comfirmm bila hujan  or terkena air pasti basah. Lagipula kalau tergunting pasti cacat keadaannya. Kebaikan lain aku takde nampak pula. Kalau ada yang nampak tu leh lah bagitahu apa baiknya wajah baru lesen memandu nie ya.

p/s ~ lagi 2 tahun baru kene renew lesen nie.

Sunday, August 4, 2013

CPUV Hotlink Ramadan Hot Ticket

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Aku dah beli 2 kad topup hotlink internet nie. Tapi bukan untuk kegunaan aku sendiri tapi untuk kakak aku. Hehe. Sepatutnya beli satu je kad topup tu tapi sebabkan kakak aku pelayar internet yang tegar aku beli 2 untuk dia. Alang-alang tu dapatlah aku makan ayam KFC 2 ketul dengan percuma. 

Bukan selalu nak ada peluang macam nie, beli kad topup dapat makan free. Sementara tengah promosi kene lah 'grab'. Hehe. Untung beb..


Blog sekarang pun ngah giat dok iklan pasal hotlink ramadan hot ticket nie. Korang pe lagi nampak g lah kilk-klik. BE ke 16. BE yang lima belas dah metered dah iaitu coke ramadan 2013 (value.....). Apa beza dengan coke ramadan 2013 tidak aku ketahui.


Saturday, August 3, 2013

Kalau Aku Kaya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kalau aku kaya aku tak akan susahkan orang. Semua benda aku mampu miliki dan mampu buat sendiri. Tapi itu hanyalah 'KALAU' kerana pada hakikat sebenar aku tak kaya. Kehidupan biasa-biasa. Apa yang aku nak bukan semua aku boleh dapat pada saat itu juga tapi dengan mangambil masa. 

Aku pun sama seperti orang lain teringin nak memiliki gajet-gajet canggih. Teringin nak bergaya dengan pakaian cantik-cantik. Walaupun aku sebenarnya ada duit untuk beli, tapi aku tak nak membazir untuk benda-benda macam tu. Banyak lagi perkara yang aku perlu lakukan dengan duit tersebut. Baik aku simpan. Manalah tahu tiba-tiba ada kecemasan. Kalau dengan takde duit mesti akan lagi susahkan.

Bercerita pasal duit kadang-kadang boleh buat aku emosi. Sebabnya aku belum kerja. Lepas tu sekarang tengah mengharapkan pinjaman pelajaran aku disambung kembali. Sementara menunggu untuk disambung tu aku TERPAKSA mintak duit dengan parents. Ingat aku suka sangat mintak duit ngan parents nie. Helloo pada usia sekarang dua puluh tiga nie aku yang sepatut bagi duit kat diorang bukan aku lagi pergi mintak dengan diorang. Aku pun xtahu lah kenapa orang tak faham kalau aku cakap tak nak menyusahkan parents.

Bebel panjang pasal duit kat cnie pun takde guna. Setakat untuk luahkan rasa hati boleh la. Kalau dengan harapan akan dapat duit sedebuk lepas post entry nie jangan mimpilah. Kecuali Allah SWT nak bagi rezeki. Dah kita layan dulu lagu nyayian Altimet ngan Awi Rafael ni. Diorang pun tak kaya. Sebab kalau diorang kaya mesti diorang dah buat apa yang diorang dok nyayikan nie. :)


p/s ~ kalau ada orang nak kasi pinjam duit dia pun masalah tak akan habis sampai situ sebab nanti nak kene bayar duit yang dipinjam tu. Haiyakk berhutang namanya. 

Friday, August 2, 2013

Dua puluh Tiga

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar kita dan berada dalam bulan lapan untuk tahun dua puluh tiga belas. Lalai dengan kedunian lagi lah menyebabkan masa berlalu dengan pantas. MasyaAllah. 

Dan bulan lapan ini ada satu peristiwa penting dalam hidup aku. Peristiwa yang mana aku telah selamat dilahirkan oleh seorang Ibu yang tiada tandingannya dalam kehidupan aku. Dia sanggup mengarungi lebih sembilan bulan sepuluh hari dalam mengandungkan aku. Alhamdullilah walaupun aku lebih masa berada dalam kandungannya aku selamat dilahirkan oleh dia. Terima kasih Mama.



Untuk dua puluh tiga tahun nie sudah banyak pengalaman untuk kehidupan orang mahupun kehidupan sendiri yang aku saksikan. Daripada itu juga banyak pengajaran dan iktibar dapat aku pelajari. Sesungguhnya semua itu menjadikan aku lebih matang dari sebelumnya. InsyAllah.

Dengan umur yang sekarang nie, aku rasa masih banyak lagi perkara yang belum aku capai apatah lagi untuk mengapainya. Agak kecewa juga dengan diri ini. Namun kita hanya merancang kerana sesungguhnya perancangan Allah SWT itu adalah yang paling hebat. 

Buat kawan-kawan yang mana sempat memberi ucapan sempena hari lahir aku terima kasih banyak-banyak. Tak kisahlah korang post kat FB ke mesej ke yang pasti aku terharu korang ingat bufday aku. Lagipula aku tak letak kat FB pun tarikh birthday aku. 

p/s ~ sengaja untuk tidak pamerkan tarikh lahir kat FB semata-mata untuk menguji siapa yang ingat.

Thursday, August 1, 2013

60 hari sudah berakhir

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Masa aku post entry yang penuh semangat ada orang tanya apa yang 60 hari masa yang aku ada tu. So kat cnie aku nak buat penjelasan. 60 hari yang dimaksudkan adalah hari-hari untuk aku melengkapkan experiment aku dengan jayanya.

Hari ini secara rasminya aku dah berjaya habiskan segalanya seperti apa yang Dr nak setelah aku menerangkan apa yang dah buat dan result apa yang aku ada. Alhamdullilah Dr pun jenis yang nak suruh student dye habis cepat jadi seboleh-bolehnya dye akan minimumkan apa yang student dye perlu buat lagi. Bukan bermaksud dye menghalau student dye tapi untuk memastikan student dye GOT iaitu 'Grad On Time'. Bersyukur giler aku dapat supervisor macam Dr. 

Sebenarnya walaupun aku letak target 60 hari untuk siapkan kerja-kerja yang tergendala, dipertengahan itu aku pernah rasa 'down'. Aku jadi tak yakin yang aku dapat habiskan semua yang aku nak buat dengan instrument yang selalu rosak ditambah pula dengan 'que' yang berjela. Lagi pula keadaan reactor untuk buat reaction yang agak berserabut sebab telah di'upgrade' dan gas selalu leaking. 

sumber google

Tapi 60 hari itu hanya untuk melengkapkan kajian. Entah beberapa hari pulak untuk melengkapkan tesis. Tension.. Bukan semua reaction dan characterization dapat result cantik.. Kadang-kadang result yang dapat tak sama dengan apa yang sepatutnya. Stress!! Sometime i feel want to quit!

p/s ~ don't know how to bust it out

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails