Friday, January 29, 2016

On Off

Assalamualaikum..

Ya Allah asal lah malas sangatkan. Bila time rajin tu hari2 nak menulis tapi bila dah malas tu berminggu minggu takde cerita.. Nasib kau lah labu. Kalau ada dairy ni memang banyak hari tinggal kosong. Sebab pemalas nak mati. Apa yang rajin? Main game.

Aku sekarang ni ngah addicted dengan game Rising Super Chef. Bangun pagi main game, nak tido pun main game. Asal bosan je main game. Sebab tu tak berapa nak menulis sangat kat sini. Hari ni kenapa menulis? Sebabnya rasa macam dah lama tak menjenguk. Bukan setakat tak menjengutk blog sndiri, g baca blog orang pun tak. 

Game yang dok giler meroyan nak main

Kalau dok main game ni tiba-tiba orang suruh buat itu ini, memang aku keras dok situ aje tak gerak-gerak. Alahhh time ni je. Nanti bila dah bosan takde dah game ni. Aku uninstall terus. Tapi bagus jugak main game ni sebab ia mencabar ketangkasan ingatan dan pergerakan tangan kita. Nak kene ingat bahan-bahan apa untuk menu yang diorder tu, juga kene cepat sebab ada masa yang ditetapan dan orang-orang penting yang mana kita akan dapat benefit dari dia. Ehhh panjang pulak cite pasal game kan.. Haha ampunnnn..

p/s ~ Nak tahu best ke tak, ce try korang main.

Thursday, January 21, 2016

Kulat sisir goreng sedap dimakan

Assalamualaikum..

Dah lama teringin nak rasa kulat sisir ni, tapinya mahal sangat sebekas nak beli. Tapi hari tu masa g Pasar Pasir Mas ada lah ternampak kulat ni. Saje tunjuk kat Mama. Mama tanya nak ke? Aku malu-malu anguk ehh!! Hehe. Jadi beli lah sebekas axion yang kecik tu RM6. Mak cik tu adalah tambah sikit selain dari yang dalam bekas tu.

Nyum3x.

Balik tu terus goreng. Sonang je nak goreng sebenarnya tapi aku gugle resepi jgak sebab tak pernah buat kan. Sebelum tu kene rendam dulu kulat ni dalam air untuk buang habuk-habuk @ benda-benda asing. Yelah kulat ni kan tumbuh kat batang pokok getah. 

Bahan-bahan 
- kulat sisis secukupnya
- 5,6 biji cili padi
- 1 biji telur
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- garam

Cara-cara
1. Tumis bawang yang dah ditumbuk bersama cili padi.
2. Masukkan telur,kacau sehingga hancur.
3. Masukkan kulat sisir da perasakan dengan garam
4. Kacau sehinga kering dan masak.
5. Sedap di makan bersama nasi panas.


Balik tu Mama teringat ada pokok tumbang pasa bulan 12 tahun lepas. G lah tengok ada banyak kulat sisir kat batang pokok tu. Pe lagi Papa bawak balik satu. So lepas ni tak payah beli lagi kulat sisir yang mahal tu, kutip je belakang rumah. Tapi kenelah siram batang pokok tu hari-hari baru kulat tu nak hidup. Lagi2 musim panas sekarang.

Wednesday, January 13, 2016

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..


Tuesday, January 12, 2016

Brownies Badam Tabur

Assalamualaikum..

Brownies dah habis tapi entry baru buat. Selalunya pun kalau buat brownies dalam 2,3 hari tu dah habis. Sebabnya brownies memang sedap. Bukan nak puji yang aku buat tapi memang hakikatnya sedap. Tak kisah lah sapa buat pun. Dia punya tekstur tu sendiri yang menarik. Kebetulan pulak buat baru ni masa kakak balik. Habisnya dia tapau bawak balik KL. 

Badam hangit :P

Kali ni buat special punya. Sebab atas tu aku taruk je badam lebihan almond untuk buat biskut almond landon raya itu hari. Dah badam aje yang ada. Aku ada tengok orang buat brownies walnut. Takdenya aku nak g mencari walnut kan. Nak makan ni buat je mana yang ada bahan. Resepi pun masih lagi yang sama cuma untuk berat bahan-bahan tu ada ubah sikit. Actually kalau google macam-macam resepi untuk brownies ni keluar. Amik je yang mana berkenan. InsyaAllah semuanya menjadi.

Monday, January 11, 2016

Trip ke Pulau Perhentian :: Snorkeling


Lamanya tertangguh cerita pasal Pulau Perhentian ni. Meh nak sambung sementara tengah rajin ni. Tahun 2016 ni nak g bercuti tempat lain plak. Kene cepat-cepat habiskan ni. Lagipun dah tak banyak.

Proceed untuk Day 2. Kalau ikut iternery hari ke 2 adalah aktiviti air iaitu snorkeling. Aktiviti ni memang tersangat di tunggu-tunggu. Last dan juga 1st time aku snorkeling pun dah 2 tahun lepas masa bercuti ke Sabah. Tak digambarkan perasaan tersangatlah seronok sebab dapat tengok keindahan dalam laut.


Selpiee sikit

Kami di bawa untuk snorkeling kat 4 point iaitu fish, coral, turtle dan shark. Fish point tu memang terbaik la. Macam-macam spesis ikan ada. Kebetulan ada pulak bawak roti kami bagi je ikan-ikan tu makan. Tapinya turtle dan shark tak jumpa woo. Sedihh betul. Nasib la takde peluang nak tengok kan. Kene pergi lagi sekali lah kot. Hihi

Duyong tengah berendam 

Lata Air Berani

Sebelum balik ke penginapan MJ untuk makan tengahari, kami dibawa ke Lata Air Berani. Katanya kat situ ada kolam air tawar. Tawar ke tidak air dia tak pulak aku try. Sebabnya ramai giler orang kat situ waktu kami sampai. Siap dok main baling-baling pasir lagi. Makanya kami lepak je kat batu-batu yang teduh sambil habiskan bekalan makanan yang dibawa. Masa tu panas yang teramat sangat.

Berendam sebelum naik bot balik penginapan

Overall snorkeling memang best. Tapinya tak dapat jumpa penyu ngan shark ajelah. Kawan aku yang tudung muncung pink tu, last point baru berani nak turun snorkeling. Lepas tu bila dah habis baru sibuk nak snorkeling. Orang ajak turun tak nak. Penakut punya pasal. Sedangkan ada life jaket kot. Ingat aku ni berani lah sangat kalau takde life jaket tu. 

Penat snorkeling, petang tu semua membuta. Bangun pun dah petang. Tak pergi mana-mana pun tunggu malam nak makan lagi. Malam tu kami disajikan dengan makanan BBQ. Ada ayam, sotong dah ikan. Makan bersama nasi goreng. Nyum3x.

Satay Baung. Sedap!!

Assalamualaikum..

Satay Ayam

Lamanya lah tak makan satay. Last makan masa raya itu hari. Tapi ehh ya ke ada makan? Rasanya macam takde. Huhu. Dulu-dulu kalau hari raya je memang akan terhidang punya satay kat atas meja, tapi zaman sekarang secucuk pun dah 80 sen (daging/ayam) takdenya orang nak hidang. 

Kebetulan kakak pun ada balik, boleh la beli makan ramai-ramai. Biasanya kalau kat Kelantan ni bila cerita satay je mesti famous satay Baung kat Pengkalan Chepa tu. Otw g amik kakak kat airport, singgah dulu beli satay. Kat tepi jalan je pun. Lepas pada jambatan tu ada stall depan rumah. Satay dia memang sedap. Nak je trus boleh pergi beli tak payah nak tempah-tempah. Tapi kalau nak sampai beratus-ratus tu kene lah booking dulu. 

Gambar insan google dr blog ni

Ayam bakar

Kakak plak ada bawa balik ayam bakar dari KL. Memang makan besar lah malam tu. Nyum3x. Sedap sangat. 

Wednesday, January 6, 2016

Dah diluluskan. Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. All praise to Allah. Nothing much happier than this news. Dari bulan Oktober lagi kot aku tunggu surat ni sampai, which is 6 bulan selepas aku buat permohonan after konvo April 2015. Tapi surat lain plak yang sampai dulu hinggakan nak kene mintak udara


Tapi dah dapat surat ni, kira ok sangat sebab just kene bayar dalam 8K je dalam jumlah keseluruhan pinjaman yang 33K. Sangat bersyukur bila pinjam dengan MARA. Kalau pinjam dengan PTPTN tu dah memang kne bayar lebih ni. Campur dengan bayar lambat, bunga semua. Aku tengok kawan yang masa belajar pakai PTPTN semua dah dok kalut. 

Ada anak esok-esok, aku nak ajar mereka menabung untuk pembelajaran mereka masuk Uni nanti. 10 tahun aku datang aku rasa benda ni lagi teruk kot. Huhu dengan kos sara hidup semua. Tapinya aku harap ekonomi negara akan kembali pulih macam dulu-dulu. Harapan marhaen.

Tuesday, January 5, 2016

Selfie bersama Unta

Assalamualaikum..

Last year which is bulan Disember sempat lah bawak adik-adik melawat kat negeri sendiri. Kata cuti sekolah kan cam kesian plak kat adik yang bongsu tu, cuti dok rumah je. Nak bawak g bercuti negeri orang lain kan takde bajet plak. Maklumlah job hunter kan. Sob3x.


Kebetulan dekat Muzium Kelantan ada pameran pendidikan perdana. Sejak bulan Oktober lagi dan sampai hujung bulan Jan ni. Sapa ada kat Kelantan leh lagi g tengok. Untuk masuk bayaran bagi dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3 leh rujuk FB Muzim Kelantan untuk lebih lanjut. Masa aku g muzium ni aku masuk free je, sebab adik lelaki aku belanja. Hehe

Kat pameran ni ada mempamerkan mumia Firaun, tongkat Nabi Musa, pedang RasuluAllah SAW dan para Sahabat. Tak lupa juga tentang sejarah Tok Janggut pahlawan Melayu Kelantan. Overall oklah untuk pendedahan kepada kanak-kanak. Dari jam 3 petang masuk muzium orang dah nak tutup pukul 5 baru keluar. Sebabnya sibuk dok jawab pertandingan teka silang kata. Entah berapa kali pusing kat dalam tu nak cari jawapannya. 

Turut berlangsung ialah pertandingan SNAP & WIN.. Selfie with Camel. Jadinya aku memang tak lepaskan peluang ni. Maka moh lah kita selfie ngan unta. 

Jinak betul unta ni :)

Tapinya silap unta daa. Unta yang kene selfie ada kat perkarangan muzium. Tengah minum air ha. Tak dapat nak selfie betul-betul. Tak dapat peluang dah nak masuk pertandingan. Sob3x.


p/s ~ Tahun 2016, tahun melawat Kelantan. Moh semua ke Kelantan.

Monday, January 4, 2016

Resepi Roti Hamlet Kaya

Assalamualaikum..

Dari tahun lepas lagi aku dok teringin nak makan roti hamlet  kaya ni. Tapi tahun ni jugak baru tertunainya. Hoho. Lama sungguh aku menunggu untuk makannya. :P

Kebetulan pulak semalam kat Kelate ni dah start sekolah kan. So alang-alang roti pun dah beli (eh kata pandai buat roti kenapa beli) adik pun dah kene back to school buat lah roti hamlet as a breakfast dan bekal dia g sekolah. 

Roti hamlet

Pasal roti tu di beli sebab aku tak pandai nak buat roti jadi macam tu (ya benar uli jadikannya panjang cam gitu) takutnya masa nak potong terburai kau. Jadi langkah selamat beli aje kat kedai roti Perling tu. Satu paket, 5 ketul baru RM 1.80 je. Nak buat roti hamlet kaya memang kene pakai roti panjang cam gitu ok. Lepas tu potong tengah untuk bahagi dua tapi jangan putus.

Telur sebiji

Telur tu kene kacau macam nak buat telur dadar, tapi tak payah nak tambah garam or gula senang cakap tak payah tambah apa-apa pun. Lepas tu masukkan dalam kuali liring kasi nipis @ sama saiz dengan roti. Kemudian telengkupkan roti tadi. Masak sehingga telur masak.

Tadaaa!

Dah siap.. Huhu senang tak? Sekejap je kan nak buatnya. Tapi sebab tertanguh nak g beli roti hamlet tu yang masa nak boleh kepada buat tu lama. Setahun kau! Owhh lepas dah telur tadi masak dah boleh sapu kaya sebanyak kaya raya yang kau nak. Lagi banyak lagi kaya. Hehe. Dah boleh makan. Sebiji tu aku bedal sorang je. Tapi rasanya macam tak cukup. Nak lagi! Sebabnya setahun tunggu nak makan. :P

p/s ~ pernah makan roti hamlet kaya tak?

Saturday, January 2, 2016

Two O One Six

Assalamualaikum..

Coretan pertama untuk tahun 2016. Tingkatkan kemajuan diri, teruskan berusaha, mantapkan jati diri, kekalkan dengan sentiasa bersyukur. Kejutan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dll banyak mewarnai hidup 2015 aku. But i'm OK.

Yang ni lagi OK

Each year azam yang ni tak pernah pudar. Malah makin bertambah-tambah semangatnya. Tapi bulan pertama ajelah. Another 11 months kita makan aje. Hehe. Nasib lah sapa dapat bini comel cam aku ni. Opss! Terpuji pulak. Asalkan sihat walafiat, fit tak kurus pun takpe. Tapi kalau kurus mesti lagi comel. Double Opss!

Azam-azam lain nak dapatkan kerja cepat, lepas tu bawak family g bercuti (fully sponsor by me), beli rumah untuk masa depan, beli kereta untuk kegunaan dan yang paling penting bukak akaun tabung haji. Sob3x 26 tahun (tapi tak cukup lagi 26) masih lagi takde akaun tabung haji. Bayi umur 1 bulan tu pun dah ada akaun tabung haji.  Entah tahun bila lah dapat g haji ni.

p/s ~ selamat tahun baru 2016 pembaca blog ku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails