Thursday, January 21, 2016

Kulat sisir goreng sedap dimakan

Assalamualaikum..

Dah lama teringin nak rasa kulat sisir ni, tapinya mahal sangat sebekas nak beli. Tapi hari tu masa g Pasar Pasir Mas ada lah ternampak kulat ni. Saje tunjuk kat Mama. Mama tanya nak ke? Aku malu-malu anguk ehh!! Hehe. Jadi beli lah sebekas axion yang kecik tu RM6. Mak cik tu adalah tambah sikit selain dari yang dalam bekas tu.

Nyum3x.

Balik tu terus goreng. Sonang je nak goreng sebenarnya tapi aku gugle resepi jgak sebab tak pernah buat kan. Sebelum tu kene rendam dulu kulat ni dalam air untuk buang habuk-habuk @ benda-benda asing. Yelah kulat ni kan tumbuh kat batang pokok getah. 

Bahan-bahan 
- kulat sisis secukupnya
- 5,6 biji cili padi
- 1 biji telur
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- garam

Cara-cara
1. Tumis bawang yang dah ditumbuk bersama cili padi.
2. Masukkan telur,kacau sehingga hancur.
3. Masukkan kulat sisir da perasakan dengan garam
4. Kacau sehinga kering dan masak.
5. Sedap di makan bersama nasi panas.


Balik tu Mama teringat ada pokok tumbang pasa bulan 12 tahun lepas. G lah tengok ada banyak kulat sisir kat batang pokok tu. Pe lagi Papa bawak balik satu. So lepas ni tak payah beli lagi kulat sisir yang mahal tu, kutip je belakang rumah. Tapi kenelah siram batang pokok tu hari-hari baru kulat tu nak hidup. Lagi2 musim panas sekarang.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Hmm... kalau ada belakang rumah memang senang SR
Kakak dah bertahun-tahun tak jumpa tau. Tengok ni teringin pulak:)

Suriaamanda said...

sedapnyaaaa...dah lama tak makan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails