Tuesday, January 12, 2016

Brownies Badam Tabur

Assalamualaikum..

Brownies dah habis tapi entry baru buat. Selalunya pun kalau buat brownies dalam 2,3 hari tu dah habis. Sebabnya brownies memang sedap. Bukan nak puji yang aku buat tapi memang hakikatnya sedap. Tak kisah lah sapa buat pun. Dia punya tekstur tu sendiri yang menarik. Kebetulan pulak buat baru ni masa kakak balik. Habisnya dia tapau bawak balik KL. 

Badam hangit :P

Kali ni buat special punya. Sebab atas tu aku taruk je badam lebihan almond untuk buat biskut almond landon raya itu hari. Dah badam aje yang ada. Aku ada tengok orang buat brownies walnut. Takdenya aku nak g mencari walnut kan. Nak makan ni buat je mana yang ada bahan. Resepi pun masih lagi yang sama cuma untuk berat bahan-bahan tu ada ubah sikit. Actually kalau google macam-macam resepi untuk brownies ni keluar. Amik je yang mana berkenan. InsyaAllah semuanya menjadi.

5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdpnya tgk..kedut tu yg best,,,hihi

Kakzakie Purvit said...

Tapi kalau tak rajin tak menjadi juga Seraa
Tengok resepi memang rajin tapi nak membaking belum tentu.

aizamia3 said...

Tak pernah cuba buat lagi..

Fiza Rahman said...

Sedapnya. Tak pernah buat brownies lagi. Dok peram resepi jer nih.

hainom OKje said...

Masyaallah....sedapnya SR. Lama tak membaking ni. Nantilah.....ingat nak buat jugak, tp tunggu kurus banyaklah hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails