Tuesday, January 5, 2016

Selfie bersama Unta

Assalamualaikum..

Last year which is bulan Disember sempat lah bawak adik-adik melawat kat negeri sendiri. Kata cuti sekolah kan cam kesian plak kat adik yang bongsu tu, cuti dok rumah je. Nak bawak g bercuti negeri orang lain kan takde bajet plak. Maklumlah job hunter kan. Sob3x.


Kebetulan dekat Muzium Kelantan ada pameran pendidikan perdana. Sejak bulan Oktober lagi dan sampai hujung bulan Jan ni. Sapa ada kat Kelantan leh lagi g tengok. Untuk masuk bayaran bagi dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3 leh rujuk FB Muzim Kelantan untuk lebih lanjut. Masa aku g muzium ni aku masuk free je, sebab adik lelaki aku belanja. Hehe

Kat pameran ni ada mempamerkan mumia Firaun, tongkat Nabi Musa, pedang RasuluAllah SAW dan para Sahabat. Tak lupa juga tentang sejarah Tok Janggut pahlawan Melayu Kelantan. Overall oklah untuk pendedahan kepada kanak-kanak. Dari jam 3 petang masuk muzium orang dah nak tutup pukul 5 baru keluar. Sebabnya sibuk dok jawab pertandingan teka silang kata. Entah berapa kali pusing kat dalam tu nak cari jawapannya. 

Turut berlangsung ialah pertandingan SNAP & WIN.. Selfie with Camel. Jadinya aku memang tak lepaskan peluang ni. Maka moh lah kita selfie ngan unta. 

Jinak betul unta ni :)

Tapinya silap unta daa. Unta yang kene selfie ada kat perkarangan muzium. Tengah minum air ha. Tak dapat nak selfie betul-betul. Tak dapat peluang dah nak masuk pertandingan. Sob3x.


p/s ~ Tahun 2016, tahun melawat Kelantan. Moh semua ke Kelantan.

3 comments:

babYpose said...

Salam 2016, menarik tempat ni.

paridah said...

jom ramai2 melawat kelantan tahun ni.

hainom OKje said...

Hihi....jadiklah dpt selpi dengan gambar unta pun.
Unta haus daaaa.....banyak nau selpie hari tu kot.

Lama tak gi Kelantan, last pergi 5 tahun lepas kot, htr anak sedara nikah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails