Monday, January 11, 2016

Trip ke Pulau Perhentian :: Snorkeling


Lamanya tertangguh cerita pasal Pulau Perhentian ni. Meh nak sambung sementara tengah rajin ni. Tahun 2016 ni nak g bercuti tempat lain plak. Kene cepat-cepat habiskan ni. Lagipun dah tak banyak.

Proceed untuk Day 2. Kalau ikut iternery hari ke 2 adalah aktiviti air iaitu snorkeling. Aktiviti ni memang tersangat di tunggu-tunggu. Last dan juga 1st time aku snorkeling pun dah 2 tahun lepas masa bercuti ke Sabah. Tak digambarkan perasaan tersangatlah seronok sebab dapat tengok keindahan dalam laut.


Selpiee sikit

Kami di bawa untuk snorkeling kat 4 point iaitu fish, coral, turtle dan shark. Fish point tu memang terbaik la. Macam-macam spesis ikan ada. Kebetulan ada pulak bawak roti kami bagi je ikan-ikan tu makan. Tapinya turtle dan shark tak jumpa woo. Sedihh betul. Nasib la takde peluang nak tengok kan. Kene pergi lagi sekali lah kot. Hihi

Duyong tengah berendam 

Lata Air Berani

Sebelum balik ke penginapan MJ untuk makan tengahari, kami dibawa ke Lata Air Berani. Katanya kat situ ada kolam air tawar. Tawar ke tidak air dia tak pulak aku try. Sebabnya ramai giler orang kat situ waktu kami sampai. Siap dok main baling-baling pasir lagi. Makanya kami lepak je kat batu-batu yang teduh sambil habiskan bekalan makanan yang dibawa. Masa tu panas yang teramat sangat.

Berendam sebelum naik bot balik penginapan

Overall snorkeling memang best. Tapinya tak dapat jumpa penyu ngan shark ajelah. Kawan aku yang tudung muncung pink tu, last point baru berani nak turun snorkeling. Lepas tu bila dah habis baru sibuk nak snorkeling. Orang ajak turun tak nak. Penakut punya pasal. Sedangkan ada life jaket kot. Ingat aku ni berani lah sangat kalau takde life jaket tu. 

Penat snorkeling, petang tu semua membuta. Bangun pun dah petang. Tak pergi mana-mana pun tunggu malam nak makan lagi. Malam tu kami disajikan dengan makanan BBQ. Ada ayam, sotong dah ikan. Makan bersama nasi goreng. Nyum3x.

6 comments:

paridah said...

bestnyya snorkling di pulau perhentian xpernah sampai lagi.

Nana said...

wahhh bestt xsabar...tahun ni bln 7 trip ke perhentian tp xtau lg nk g mana perhentian kecil ke besar

hainom OKje said...

Tak pernah snorkling....Seronok ke SR?
Mak takut mak tak boleh timbul jer hihi

hainom OKje said...

Tak pernah snorkling....Seronok ke SR?
Mak takut mak tak boleh timbul jer hihi

Qaseh Vee said...

masa gi pulau pangkor , org dok sibuksnorkling , sis dok sibuk membelek timun laut ... heheheee

Yati said...

Cantiknya air laut sana. Jernih ye. Saya tak pernah sampai sana lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails