Monday, January 4, 2016

Resepi Roti Hamlet Kaya

Assalamualaikum..

Dari tahun lepas lagi aku dok teringin nak makan roti hamlet  kaya ni. Tapi tahun ni jugak baru tertunainya. Hoho. Lama sungguh aku menunggu untuk makannya. :P

Kebetulan pulak semalam kat Kelate ni dah start sekolah kan. So alang-alang roti pun dah beli (eh kata pandai buat roti kenapa beli) adik pun dah kene back to school buat lah roti hamlet as a breakfast dan bekal dia g sekolah. 

Roti hamlet

Pasal roti tu di beli sebab aku tak pandai nak buat roti jadi macam tu (ya benar uli jadikannya panjang cam gitu) takutnya masa nak potong terburai kau. Jadi langkah selamat beli aje kat kedai roti Perling tu. Satu paket, 5 ketul baru RM 1.80 je. Nak buat roti hamlet kaya memang kene pakai roti panjang cam gitu ok. Lepas tu potong tengah untuk bahagi dua tapi jangan putus.

Telur sebiji

Telur tu kene kacau macam nak buat telur dadar, tapi tak payah nak tambah garam or gula senang cakap tak payah tambah apa-apa pun. Lepas tu masukkan dalam kuali liring kasi nipis @ sama saiz dengan roti. Kemudian telengkupkan roti tadi. Masak sehingga telur masak.

Tadaaa!

Dah siap.. Huhu senang tak? Sekejap je kan nak buatnya. Tapi sebab tertanguh nak g beli roti hamlet tu yang masa nak boleh kepada buat tu lama. Setahun kau! Owhh lepas dah telur tadi masak dah boleh sapu kaya sebanyak kaya raya yang kau nak. Lagi banyak lagi kaya. Hehe. Dah boleh makan. Sebiji tu aku bedal sorang je. Tapi rasanya macam tak cukup. Nak lagi! Sebabnya setahun tunggu nak makan. :P

p/s ~ pernah makan roti hamlet kaya tak?

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Nampak sedap tu Seera..
Akak tak pernah makan lagi..
Nak cuba buat jugalah nanti :)

Falsya said...

Mcm sedap je tuh..nama roti pun dh mcm nama makanan org kaya..hihihi

hainom OKje said...

Gitu ke? Selalu jugak buat roti cenggitu tp tak pernah buh kaya pun.
Huh....mak buat roti bulat bulat tu boleh ler, itu pun kurang lembut mcm roti beli hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails