p/s ~ Muhasabah diri, taubat banyak2
Wednesday, October 31, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Muhibah 'Donuts & Coffee'
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Muhibah dah maju. Biasanya muhibah nie jual roti je sekarang dah upgrade jual donut plak. Donut plak nak ala-ala big apple ngan j-co. Tapi sekador nak kenyangkan perut tu boleh je smuanya.
cover kotak gambar pintu gerbang besar KB tu
apa rasa? boleh la
Muhibah Donut & Cofffee nia ada kat pengkalan chepa depan Mc'D baru dekat Hypermarket juga berhampiran UMK. Nak mencuba leh la ke sana. Satu je nak pesan, pintu kedai Muhibah nie touch screen ya. Bukan bila ko lalu je depan tu dye bukak sendiri, ni nak kene touch dulu. Ade faham? Tak faham buat2 faham la. Aku dah tengok ada seorang akak perempuan nie nak masuk. Dop berdiri depan pintu. Pintunya xbukak2. Last2 g masuk guna pintu yang kene tolak/tarik sendiri..
p/s ~ semuanya nak ke hadapan(maju). RM 2 utuk 18 minit pun sebab nak ke hadapan la tu. This is Kota Bharu je bukannya Kuala Lumpur. Tak payah nak mahal sangat laa. Bukannya ada service basuh kereta ke, lap2 kereta ke nak mahal cam g2.
Monday, October 29, 2012
Cekik Darah dan nak Mampus Cepat
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
TAK MUNASABAH!! itu sahaja yang mampu aku katakan.. Padanlah dengan tak banyak kenderaan pun parking bawah tu, rupanya mahal nauzubillah. Teruk2x. Ni nak kayo cepat ke nak mampus cepat? Takutnye nak mampus cepat je. Sebab bila dah mahal sangat, orang xkan parking dah kat c2 al kesimpulannya mampus laa nanti.
Aku dah try ejas nak kasi korang nampak juga apa yang tertulis dekat kertas tu. Tapi sebabkan cenonet je kertasnya, amik gambar plak pakai enset burok tu yang aku perjelaskan balik pe yang ditulis tu. Ko nampakkan parking untuk 18 minit dikenakan bayaran RM2.00. Tak berbaloi-baloi weii. Aku tak mengada2kan cerita tau, nie FAKTA not auta. 1st time aku parking kat c2 sebab nak tahu free ke bayar dan xnak dop pusing 2-3 kali semata-mata cari parking, nie balasan kat aku. Kalau kat Jusco kat JB xsampai sejam x bayar tau tak! Nie 18 minit woo 18 MINIT dan dikenakan bayaran RM2.
Sebabkan nak marah giler, aku xnak amik resit nak terus blah masa tu. Tapi dye suruh amik resit. Aku amik la tapi aku cakap "amik resit pun bukan leh claim kat mana2". Geram giler. Tapi xtahu laa bangla tu faham ke idok bahasa aku tu. Lantak mu la. Nie 1st time and last time aku parking kat c2. Lepas nie ko memang xkan nampak dah kereta dari family aku yang parking kat c2. So, kat korang orang kelate atau mana2 pelancong yang nak datang kelate aku syorkan xpayah la parking kat tempat nie
lokasi : bawah bangunan Parkson Kota Bharu yang berhadapan dengan Pasar Siti Khadijah
Aku yang 18 minit nie leh kene RM 2. Korang yang melancong berjam2 nak g pusing2 bandar tu entah berapa la korang kene. Semalam kete depan aku kene RM 3. Berapa lama dye parking x tahu plak aku.
p/s ~ even aku orang kelate, aku sendiri terkena. sebab aku xpernah parking kat c2.
Labels:
2012,
Family,
kelantan,
Luahan hati
Sunday, October 28, 2012
Kek span gula hangus
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Haishh xsah aku kalau balik rumah xde aktiviti masak mamasak dari aku. Hey3x. Nie shera okay, gadis kampung yang rajin memasak dan mencuba masakanan baru. *masuk bangkul, angkat sendiri nampak. PUII
Cara buat kek nie sonang je, ditambah plak dye punya ingredients pun sonang. Sonang cakap semuanya sonang la. Makan sonang, buang pun sonang. Opss kotorrr.
resepi kek span gula hangus :
1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 sudu margerin
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil sodium bocarbonate
4 biji telur
cara-caranya
1- masakkan gula hingga hangus. Dah nama gula hangus kan. Hehe
2- apabila gula dah hangus matikan api. Masukkan air.
3- buka balik api, kacau hingga sebati. (keadaan cair)
4- Tutup api. masukkan margerin. Kacau dan biarkan sejuk.
5- kemudian pukul 4 biji telur hingga kembang.
6- masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
7- masukkan sodium bicarbonat.
8- teruskan memukul hingga sebati.
9- masukkan gula hangus yang dah sejuk tadi sedikit demi sedikit. pukul hingga sebati.
10- bila dah sebati, sapukan margerin pada loyang *supaya tidak melekat
11- tuangkan adunan kedalam loyang.
12- sedia untuk dibakar hingga masak pada suhu 16-170 C
13- selamat mencuba.
Kek nie di request oleh mama aku sebenarnya. Dye cakap dye malas nak buat, so sebab dye tahu aku rajin sanggup dye tngu aku balik kelate untuk buatkan kek nie. Bertuah punya mama. Nasib baik aku sayang. Ngeh2x. Sodap kek tu kan mama. Dalam masa sehari dah habis. Walaweh membahang ke korang makan. Malam tu masak, pagi nak breakfast aku tengok 2 potong dah habis.. Oh mak kau!!
Saturday, October 27, 2012
Misi mencari berjaya
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Tahniah buat diri sendiri. Ehh xmalu ucap 'tahniah' tuk diri sendiri. Iyolah kalau diri sendiri x ucap, agak2 ada ke orang nak ucapkan? Biarlah.
Misi mencari kasut sukan bukan kasut raya berjaya dan sudah pun berada dalam pelukan. Maka azam untuk jogging demi tubuh badan yang sihat dan sempurna bakal diteruskan. InsyALLAH. Kene terus intiqamah dalam melakukannya nie. Pasti akan membuahkan hasil yang mengembirakan hati.
Masa nak pilih warna tuk beli kasut sukan nie berlaku kecelaruan minda sikit. Sebabnya warna kasut mostly my favourite expecially pink colour. But purple menjadi pilihan hati. Hew2x. Sebabnya pink tu campur ngan putih, xde hitam cam kasut kat atas nie. So disebabkan aku seorang yang pemalas sikit nak membasuh kalau kotor baik elakkan terus dengan beli yang ada warna hitam nie. :)
p/s ~ dah beberapa hari x joging nie mahu badan x sihat. Dop makan daging je hari-hari.
Digi entah buat yang ke berapa kali
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Iklan digi masuk lagi blog aku. Walawehh. Digi suka blog aku. Because of that i like Digi also.
p/s ~ BE ke 18 tahun 2012. Alhamdullilah.
Friday, October 26, 2012
Salam AidilAdha 1433H
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Selamat hari raya. Nak g sembahyang sunat AidilAdha. Lepas tu nak g tengok oreng sembelih lembu. MBOO. Alhamdullilah tahun nie masih lagi dapat merayakan AidilAdha bersama keluarga. Amin
p/s ~ Masih diberikan kesihatan tubuh badan. So berkesempatan tuk puasa hari Arafah semalam. Alhamdullilah.
Thursday, October 25, 2012
burger bakar planet grill
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Three kingdom burger!! Fulamak meleleh wei. Bukan melelih air liur tau, melelih sos dye guwe cakap lu. Kuwang kuwang. Set burger three kingdom nie ada triple beef, double cheese dan double beef bacon. NO MORE SINGLE. Haha ada maknakah disebalik caps lock perkataan-perkataan itu?
Kalau sebelum nie orang dop kalut ribut cerita kat KL ada burger bakar. Time tu aku nak sangat merasa pe yang sedap sangatnya burger bakar nie tapi idok laa sampai nak ke KL semata-mata. Lepas pada tu aku tahu kat Johor pun dah ada burger bakar. So, aku memang x teragak2 nak merasanya. Kerana itu terhasil la entry burger bakar restoran bumbu kampung. Tapi yang nie bukan burger bakar kat johor, malah nie burger bakar kelate yang mana kepunyaan planet grill. Kat kelate nie yang aku tahu ada 2 tempat jual burger bakar. Satu planet grill dan satu lagi KB burger bakar. So, mano2 ore kelate hok nak rasa burger bakar nie leh laa g 2 tempat yang berbeza lokasi nie. Pilih laa hok mano raso berkene.
Aku sejak balik kampung nie, makan memang x leh nak kawal doh. Semua aku balun masuk tembolok aku. Maklumlaa makanan kat kampung sedap-sedap. Tambahan makan bersama family meme hok xsedak jadi sedak la.
p/s ~ Seminggu nie jah, balik johor aku balun jogging hari-hari plok.
Sunday, October 21, 2012
Piala Malaysia 2012 milik Kelantan !!!
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Tahniah THE RED WARRIORS.. Yahuu.. Piala ketiga (PIALA MALAYSIA) berjaya diangkut balik. Kelantan (3) dan ATM (2). Perlawanan yang memang sengit giler. Kelantan sumbak gol, selang beberapa saat @ minit lepas tu ATM plok. Memang ATM xbagi chance tuk Kelantan berada dalam keadaan selesa la. Semasa waktu tambahan pun sama. Nasib baik gol ketiga ATM terbatal sebab offside.
TAHNIAH KELATE
Sebab kelate mene, so nak tuju lagu untuk kelate dengan tajuk Untuk Dia 'The Red Warriors'.
Selamba badak je nyanyi.. Tapi ok lah.
p/s ~ GKG!!
Labels:
2012,
kelantan,
piala malaysia
Saturday, October 20, 2012
tahniah sabahat
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Seperti yang sedia maklum dalam entry hot air ballon aku ada ceritakan yang FESTIVAL KONVOKESYEN ke-49 telah pun melabuhkan tirainye. Ye dak? Tak sure leh klik kat hot air ballon tu, g bace n tengok balik pe yang aku tulis. Hehe leh lak paksa orang suruh tengok n bace..=)
Pada Festival konvokesyen kali nie, ramai kawan-kawan aku naik stage. Tahniah korang berjaya sudah mengengam segulung ijazah. Mana yang terus sambung master/PhD, gud luck tuk korang. Study betul-betul. Buat yang dah kerja or pencari kerja gud luck juga. Jangan lupa open table. I wait for that okay. Aku bila nak open table? Tunggu dah kerja laa ya.
geng waNnaBeEee
Untuk hadiah konvokesyen diorang pula semuanya aku telah design sendiri. Aku beli satu-satu dan telah mengabungkan kesemuanya menjadi seperti dibawah. Walaupun ianya tidak seberapa dari aku, but ianya iklas dari hati aku untuk sahabat-sahabat ku tersayang. Hope korang terima hadiah dari aku dengan senang hati walaupun ada seorang sahabat tu demand giler. Nak itu ini. Tapi aku degil buat xtahu je dengan apa yang dye mintak. Haha
Bagi aku hadiah tu hanya pelengkap menunjukkan kasih sayang aku pada korang. Kalau nak kira kasih sayang memang xterkira la sebab aku memang sayang korang. Especially yang mana aku dah kenal dari sekolah menengah x berasrama penuh lagi.
p/s ~ Lebih kurang setahun, tiba giliran aku utk kali ke-2 plak. InsyAllah.. Doakan aku.
GSC yang setia
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Setelah sekian lama xde yang baru akhirnya untuk bulan 10 telah muncul satu BE.. BE baru nie dari GSC. Memang terbaik laa GSC nie. Walaupun aku bukan pengunjung setia panggung wayang, GSC tetap setia nak buat iklan kat blog aku. Hehe. Kalau GSC bagi ticket free komfirm aku jadi pengungjung setia panggung wayang. Bukan untuk p tengok cerita, tido aje pun boleh. Udah free semua bolehkan aje.
TQ GSC
p/s ~ BE ke-17 2012
Thursday, October 18, 2012
Hot Air Ballon
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Malu nak cite sebenarnye.. Tapi sebab keterujaan hati nie membuatkan aku nak cite gak kat cnie. Semalam, maka tamatlah sudah FESTIVAL KONVOKESYEN UTM kali KE-49. Tahniah kepada yang telah menjayakannya. Siap ada Datuk Siti Nurhaliza lagi masa opening hari tu. But here aku xnak cerita pasal keterujaan tengok Datuk Siti depan mata but keterujaan melihat hot air ballon. Nie adalah kali pertama aku tengok hot air ballon yang betul2 depan mata. Huhu
Secara kebetulan semasa melalui satu padang kecik, hot air ballon sedang dimasukkan angin supaya kembang. Wah satu peluang nie, ucap kepada diri sendiri.
Dari jauh
tak puas hati, pusing kasi dekat
Keterujaan berganda-ganda pabila selepas balik makan waktu malam, hot air ballon nak naik. CANTIK!! Terus snap gambar 1,2,3 dan lagi. Sehingga hot air ballon naik atas aku snap gambar. But this hot air ballon xde laa naik tinggi sangat. Kan naik tinggi, langgar pokok2 plak. Maklumlaa bukan buat kat kawasan terbuka dan luas cam kat Putrajaya.
Bukan satu hot air ballon yang ada tau. Tapi dua. Yang satu lagi tu adalah Tune Talk punya hot air ballon. Maklumla Tune Talk adalah penaja utama untuk FESTIVAL KONVOKESYEN kali ini. Tune Talk punya bentuk sim card. Masa mula-mula nak isi angin tu, aku ingatkan bangunan. Maklumla cam tinggi semcam aje. Hehe
More gambar untuk hot air ballon di UTM leh klik link hot air ballon. Ini adalah julung-julung kalinya ada hot air ballon kat UTM so masuk Malaysian Book of Record okay.
p/s ~ Tahniah kepada diri dapat tengok hot air ballon..:)
Labels:
johor,
keterujaan
Wednesday, October 17, 2012
Nasi sudah jadi bubur bersama ayam dan udang
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Gambar makanan nie dah lama. Aku peram dalam henset buat pekasam dulu baru aku publish kat cnie. Makanan nie pun dah selamat hancur dan tidak menjadi penghuni perut aku dah pun. Hehe
Ini adalah pertama kali aku buat bubur nasi. Sebabkan pertama kali, hampir penuh periuk nasi aku masak bubur nie sebab aku xpandai nak bajet bila beras jadi bubur. Masak untuk dinner sampai ke breakfast makannye.
Nie sayur tanpa rasa
bubur terlebih rasa bersama udang dan ayam membuatkan aku masak sayur tanpa rasa
Telur masin sebagai penambah rasa yang memang cun. BEST!
Teringin nak masak bubur kat rumah, tapi ada ke yang nak makan.
Labels:
Makanan
Tuesday, October 16, 2012
Ada gak notis cam gnie
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Setelah lama tidak bersiaran kini aku kembali bersama notis. Bersepah notis cam gnie yang aku jumpa kat fakulti aku. Alahai nie laa 1st time aku tengok ada orang buat cam gnie and tampal merata-rata. Kelakar laa budak U zaman sekarang nie. But this idea so creative hokay.
Dan sehingga saat entry nie xtahu laa plak aku dah jumpa ke idak henfon seperti dalam gambaran nie.. Hope dah jumpa la sebabnye notis bersepahkan. But jarang sangat nak dapat balik maklumla henfon kan. Ish2x..
Labels:
hilang
Sunday, October 7, 2012
Membeli bersama KaryaSeni online
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Bila dah pernah beli buku secara online yang mana pertama kalinya kat MPHOnline, kini beli online lagi kat Karyaseni. Mak aii beli buku aje aku nie kan. Rajin plok membacanya. Hehe. Jangan salah sangka okay. Aku beli buku novel, bukannya buku pelajaran. Mana xrajinya membaca. Sambil membaca sambil berkhayal nak hero yang macam dalam novel tu. Korang xkan xpernah berkhayal kalau hero baik, romatik dan penyayang? Mesti berkhayal punya.
Berbalik kepada beli online kat Karyaseni. Buat masa sekarang nie karyaseni ngah buat promotion ya. Yang mana kos penghantaran percuma dan juga anda akan dapat potongan harga sebanyak RM3 untuk setiap buku. Wahh berbaloi2. Dah laa free postage dapat diskaun plak. Untung-untung. Untung dari beli kat kedai biasa. Dah la xpayah susah2 nak kene g kedai buku, dapat murah lagi. Haishh korang xterpengaruh ke dengan promosi macam nie. Aku dah terpengaruh tu yang dah terbeli.
Aku telah membeli buku karya Melur Jelita yang baru nie. ILove You, Stupid! aka ILYS. Best siot citenie. Aku dah baca online sampai bab 31 kat blog akak Melur Jelita dan sebab perasaan membuak2 nak tahu apa yang terjadi seterusnya pada watak2 dalam nie tu yang buat aku beli buku nie. Huwaa akak Melur Jelita, akak memang hebat berkarya. Saya suka. Sebelum nie saya syok dengan Hilman Yong kali nie saya syok plak dengan Inspektor Ebrahim. Hilman Yong x jumpa cari lagi nie nak kene cari Inspektor Ebrahim plak. Pengsan. Xtahu nak cari kat ne nie.
Nie la cover ILYS.
p/s ~ buku dah sampai tapi xg amik lagi dekat opis kolej. Buat alamat cnie sebab terus leh bace. Buat alamat umah lambat plak leh bacenya.
Sandwich bersama salad
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Bertemu kembali untuk hari nie bersama cerita makanan lagi. Hehe. Mingu nie aku sangat rajin masak breakfast. Sebabnya sebelum nie memang aku xpernah masak untuk breakfast. Selalunya minum air cicoh biskut je.
Kalau semalam punya menu Hamburger tempura black pepper fish fillet ari nie plak tadaaaa
tentulah sandwich kan. Hewhewhew.. Salad semalam punya ada lagi yang xhabis. Untuk elakkan pembaziran kita selit aje salad tu. Sodap ajo. Tapi mesti lagi best zinger burger yang baru. Huhu
p/s ~ masih ada lagi makanan yang belum cuba di masak nie.
Labels:
Makanan
Saturday, October 6, 2012
Hamburger tempura black pepper fish fillet
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Idea nak buat hamburger nie datangnye dari blog Che Mat Gebu. Sapa xkenal blog che mat gebu nie pasti orang yang xpandai memasak. Wawawa statement yang nak kene tembak dengan mereka yang pandai masak tapi xtahu blog che mat gebu tu. Tembak pun tembak laa bukan mati betul pun. Lainlah kalau orang tu kenal aku dan ada disekeliling aku.
Hamburger nie senang je nak buat. Aku hanya perlukan masa sejam je. Pagi tadi lepas bangun je terus aku panaskan multi cooker. Dengan xbasuh mukanya, dengan gigi xbergosok terus masak. Hebat x aku? Korang mampu buat cam aku x? Hehe
Tak nak merapu lagi banyak baik aku listkan bahan2 yang diperlukan tuk buat Hamburger tempura black pepper fish fillet nie. Bahannya xsusah pun kalau benda tu ada jual kat satu pasar raya dan ada stoknya. Malah bahan tu akan jadi susah bila habis stok. Itulah yang berlaku kepada aku. Ada bahan habis stok. Rasa nak mengamuk kat situ juga. Time tu 9.50 berada kat pasar raya yang xde bahan yang aku nak. Nak g cari plak dekat pasar raya yang tutup pukul 10. Aku drift kereta, kaki berkejaran takut pasar raya tu tutup dulu. Semputtt.
Nie bahan utama, Dapat free squid nugget. Best!!
Bahan sampingan. Untuk jadikan makanan itu lengkap dan sihat.
Ini juga bahan utama, merangkap bahan yang buat aku nak mengamuk.
Akhirnya, ini hasilnya. Letak sos, mayonis, black paper lagi.
Wooo meletup. Leh buat kat rumah plak nie. Mesti dapat pujian lagi. I like. Korang x nak cuba buat? Try laa pasti korang rasa nak buat lagi. Believe me.
p/s ~ Aku suka memasak dan suka bagi orang makan. Agak2 hamburger nie leh lawan zinger burger yang baru?
Labels:
Makanan
Kek coklat kukus lagi
Bismilahirahmanirahm dan Assalamualaikum..
Hari tu aku ada post entry pasal pengukus bertingkat telah dirasmikan. Hehe. Nak tahu apa aku buat dengan pengukus bertingkat tu? Tadaaa.. Dua biji kek coklat kukus berjaya dihasilkan dalam masa yang sama. Tahniah kepada aku sebab dapat jimatkan masa. =)
Satu berbentuk hati aka love. Tanda cinta aku kepada kek coklat semenjak kali pertama aku cuba buat. Juga tanda cinta aku kepada kawan yang sambut bufday sebab kek nie telah diterbangkan khas bersama dengan aku dari Kota Bharu ke Johor Bharu. Wohaaa
Satu lagi pula berbentuk bulat. Satu nie buat bulat sebab acuan untuk love ada satu je. Pastu dah memang xde acuan lain dah yang tinggal melainkan yang bulat. Takde tanda apa-apa pun. Yang satu nie aku tinggal kat umah untuk family aku makan. Akukan anak yang bagus. Kawan pun aku sayang, tapi family lagi aku sayang, so tinggal lah satu kek untuk mereka. Tambah2 kek nie memang besttttttt gua cakap luu.. Tak caye leh try buat.. Resepi ada nie.
Kek kukus hati dipersembahkan sewaktu sambut bufday. Hehe. Suka sangat sebab ramai puji kek tu best. Senyum sampai kembang hidung.
p/s ~ Kek tu lebih kurang hadiah dari hati.
Friday, October 5, 2012
Dia yang mendengar
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Rindu.. Rindu.. Rindu... Letakkanlah rindu mu kepada seseorang yang betul. Yang layak dan selayaknya untuk dirindui. Yang membantu susah payah mu, yang menyayangi sedegil dan sekeras mu. *kesyahduan datang dalam diri
Mengadu lah kepada-Nya andai ada masalah, jiwa tidak tenang juga ungkapkanlah kesyukuran atas segala nikmat dan rahmat yang telah diberikan. Sesungguhnya semua itu datang dari-Nya.
p/s ~ Hari nie Jumaat. Kaum Adam bakal memenuhi masjid2.
Labels:
Islam
Monday, October 1, 2012
Music for me
Bismilahirahmairahim dan Assalamualaikum..
Tak kisah laa music apa sekalipun. Semuanya aku dengar. Ia bergantung kepada mood. Music yang macam mana yang akan menjadi halwa telinga aku. Semua aku layan.
Nasyid, Korea, English dan Melayu semua la. Variasi music leh buka minda kita. Tak gitu? Korang suka music yang macam mana?
p/s ~ Waktu sedih, sayu, jiwa kacau. Nasyid menjadi pilihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)