Thursday, July 18, 2013

Diekori anjing

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Nie kisah semalam punya. Pukul 12.30 tengah malam. Masa nie baru balik dari lab sebab buat reaction. Tu pun sebab senior suruh balik. Kalau ikutkan sebenar xsiap pun lagi reaction. Tapi memikirkan aku perempuan balik sorang2 tengah malam dengan naik moto, senior benarkan aku balik dulu n dia tngu sampai semuanya siap. Baik juga senior aku nie. Kebetulan masa tu aku dah memang mengantuk entah berapa kali menguap dah pun.

Kejadian diekori anjing nie pun bila aku dah sampai kat blok. Turun dari moto aku dah nampak dah anjing dok bersila baik punya bawah tangga yang dekat ngan parking moto tu. So aku buat xtahu aje lah. Padehal dalam hati janganlah tiba2 anjing nie ekori or kejar aku. Dalam dok rasa takut tu aku sempat lagi toleh belakang.

Hurmm memang baik punya timing toleh tu. Rupanya anjing tu tengah membontot aku dengan jarak 100 meter aje. Aku apa lagi pecut 100km/h la. Dah tak fikir apa. Yang penting selamatkan diri. Yelah mana tahu dalam anjing mengekori, dalam kepala anjing tu dok fikir nak kejar aku juga baik aku pecut dulu. Memang semput wei lari dari anjing. Dengan nak kene naik tangga untuk sampai ke tingkat tiga. Huh mencabar.

Sampai aras aku, terus g bilik kawan yang belum berkunci. Berdebar xusah cerita lah wei. Nak cerita kat kawan pe yg berlaku pun kene tngu jantung berdegup normal. Dan nasib baik anjing tu tak ikut naik atas. Entah kemana anjing tu menghilang. Sebabnya masa mula2 aku lari tu aku xtahu anjing tu kejar aku atau tidak. Memang xsempat nak toleh dah. 

Fobia weii bila benda nie berlaku kat diri sendiri. Sebelum nie ada juga nampak anjing kat bawah blok nie. Ada juga terfikir langkah2 yang akan dilakukan bila tiba-tiba anjing to kejar ke apa kan. Memang dah siap sedia dari awal. Langkah2 pun xjauh dari apa yang telah aku buat bila aku nampak anjing membontot aku tu. Iaitu lari.

p/s ~ kata je kawasan berpagar tapi anjing ada juga. 

3 comments:

Unknown said...

http://handonfeet.blogspot.com/2013/07/topi-bayi-rm-27.html

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

kejam sgt anjing tuh! haish!

Falsya said...

alahai siannye adik akak...mmg tau kalau lalu sebelah anjing hati nie berdegup2 je..takut woo kene kejar ngan anjing...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails