Monday, September 23, 2013

Jemput bawang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

This!! one of my 'teringin' food. haha. So simple aku kan. Makanan yang teringin tu nasib baik bukan yang mahal-mahal. Tapi kalau teringin yang mahal-mahal buat masa sekarang tak dapat lah nak penuhi. Maklumlah pelajar macam aku nie mana nak ada duit makan sesedap. Kalau orang tak belanja seperti yang kat OTWC nie takde maknanya bagi aku nak masuk. 



Nak buat jejemput nie pun xde lah nk kene kuar duit sampai berpuluh-puluh. Cukuplah dengan adanya gandum, bawang dan secukup rasa dah boleh buat. Berapa ringgit sangat lah tu. Owh aku xpakai gula tau. Langkah awal sebab aku dah tahu gula akan naik harga. Haha. Please percaya aku kelentong korang..;D


Dapat makan jemput cicoh pulak dengan sos memang terbaik. Jejemput aku nie versi sedikit penyet sebab aku masak dalam multicooker + pakai minyak sikit. Sebab tuang minyak sikit kerana pakai minyak olive. Mahal woo minyak tu. Aku asal beli minyak tu sbb nk buat spageti oglio .

p/s ~ apa lg yang aku mengidam ya? tengah fikir.. Haha



CPUV Olay JAS Bundle

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Lepas pada hari amout nuffnang tinggal RM 0.00, hari ni ku bukak akaun nuffnang tengok-tengok eh ada iklan ngah running la. Woo bagus3. Leh simpan lagi banyak dari yang sebelum nie la. Iklan kali nie adalah dari Olay JAS Bundle yang bermula 18 sept 2013. Nak tahu apakah pasal iklan tu boleh la drop by blog nie sntiasa. Hehe


p/s ~ CPUV nie adalah yang ke 17 untuk tahun 2013. 

Sunday, September 22, 2013

#throwback 2 years ago

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Miss this moments.. Bila pula dapat rasa perasaan yang sangat gembira bila dapat mengembirakan Mama, Papa dan family. Can'not wait for next ceremony. Tapi i need to finish the report first. Sekarang nie kene bertabah dan cekal kalau nak kecapi perasaan itu lagi.

This week and last week, timeline FB penuh dengan gambar konvo kawan-kawan. Ada yang dah berlangsung majlisnya juga ada yang bakal berlangsung. UTM lagi sebulan baru berlangsung majlisnya. Happy tengok gambar kawan-kawan. Macam-macam gambar ada. Tahniah untuk hari jubah korang ya. 

p/s ~ bila gembira kedua ibu bapa, gembira lah aku.

Saturday, September 21, 2013

Seekor je!!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari nie dapat makan nasi lemak orang belanja. Alhamdullilah murah rezeki sehari dua nie. Semalam pun dah ada orang belanja. Semoga Allah murahkan rezeki mereka semua.


Kisah yang 'seekor je!!' ni ialah pasal ikan bilis dalam nasi lemak yang aku makan tadi. Cari punya cari dalam sambal nasi lemak tu alih-alih ternampak lah ada ekor ikan bilis tu. Belek punya belek weii 'seekor je!!'.  Nampak tak ikan bilis dalam bulatan tu. Kah3x.. 

Takpelah seekor pun seekor la. Ada juga dari takde langsung. Aku pun dah lama teringin nak makan nasi lemak. Memang dah macam orang mengandung weii. Haha. Baru nie teringin nak makan lempeng cicah gula. Ada lagi makanan yang aku teringin. Nanti aku update lagi ya.. =)

P/S ~ 9 days to go!!! gambateeee

Friday, September 20, 2013

Cruise @ The Mines

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Menyusuri tasik dengan menaiki Cruise untuk ke The Mines dan dapat tengok ikan-ikan besar dalam tasik tu adalah best sangat. Haha. Biarpun perjalanan hanya mengambil masa dalam 25 minit tapi kiranye itu pengalaman lah. Nak naik cruise kat Putrajaya memang taklah. Tapi who's know one day there is someone special in my heart bring me there. Ekeke..



Kalau sepupu tak bawa pergi The Mines memang tak dapat nk merasa naik cruise juga. Nie pun nasib baik dye nak bawak pergi. Lagipula kebetulan dye nak bawa mak, abah n adik dye pergi yang kebetulan datang bercuti sempena Hari Malaysia baru nie. Aku pun kira cam bercuti juga la. 

Nak naik cruise nie kene bayar RM2/pax. Kiranye ko naik dulu, sebelum bergerak driver cruise akan mintak bayaran dulu. Hari tu jimat duit aku RM4 untuk harga ticket aku dan kakak sebabnya pak sedara yang bayarkan. Alhamdullilah. Dah lah tengah bulan, masing-masing sengkek. Tapi antara aku ngan kakak aku, aku lah paling sengkek sekali. Haha


Ha nie lah aku. Tenyum cam mintak penampor pun ada. Kalau ada yang rasa nk tampor tu, sila lah tampor laptop/pc/tab korang bila tengok gambar aku tu. 

p/s ~ Teringin nak naik kapal yang mewah tu la. Korang tak teringin ke?

Thursday, September 19, 2013

Lempeng cicah gula

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari nie hasrat nak makan lempeng telah dapat dirialisasikan. Syukur atas kurnianNya. Bukan ada orang bagi ya, aku buat sendiri. Nak tunggu orang bagi ada ke yang makan lempeng nie. Maklumlah sekarang macam-macam makanan ada. 


Nak buat lempeng nie takdelah susah sangat. Yang jadi susah tu bila nak makan tapi malas nak buat. Ha aku lah si pemalas tu. Tapi sebabkan teringin macam orang mengandung kuatkan hati buat lempeng nie. Bahan nak buat lempeng nie yang paling utama ko kene ada tepung la. Lepas tu air. Aku nk suruh ada rasa cmpur secukup rasa sikit. Ha itu je bahan-bahannya. Nak letak telur takde telur pulak. 


Dah siap lempeng nya. Lempeng tu kita cicah dengan gula. Woo terbaik gua cakap lu. Kadang-kadang dah datangnye teringin nak makan makanan masa kecik-kecik dulu memang kene buat. Lagipula sene dok'oh ore Kelate oyak. Hehe

p/s ~ orang makan lempeng pagi-pagi aku makan malam-malam.

Wednesday, September 18, 2013

Old Town White Coffee @ Menara Commerce

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Tanpa segan silu, inilah pertama kali aku menjejakkan kaki masuk OTWC. Itu pun sebab ada orang belanja. Jakun sekejap mula-mula masuk OTWC. Sebabnya kalau nk harap kan duit sendiri tak mampu rasanya. Lagipula yang aku pandai dan biasa masuk yang murah-murah macam KFC, Mc'D je. Jap murah ke? Ngeh2x. Padehal harga makanan kat OTWC aku rasa lebih kurang je ngan restoran makanan segera tu. 


Kiteorang order lunch set hari tu. Aku amik egg mee apa kebenda entah nama lupa dengan air black tea. Mee tu boleh la sedapnya. Aku rasa dye guna mee sizzling yang yee mee tu. Air black tea pun aku suka. Ha mahu xsuka orang belanja haruslah suka. Kakak aku pula amik mee siam + sambal sotong dengan Mocha sejuk. Lagi dua orang sepupu dan mak saudara amik nasi lemak. Air pula limau sejuk dengan hot hazelnut. 


Tengok menu tu cam nak order semua je sebab nak rasa sedap ke tidak. Tapi takpe lah lain kali bila dah ada kerja, wang lebih or nak reward diri sendiri boleh la pergi lagi. Lagipula dah tahu cam mana cara nak order n nak bayar. 

p/s ~ subway pun aku xpandai nak beli hinggalah sorang lab rat's ajarkan caranya baru aku tahu. Sedih kan jadi aku

Talk to yourself

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Jom baca...

p/s ~ jaga diri

Tuesday, September 17, 2013

Puding roti dengan pemanggang ajaib

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sebelum nie dok bace je entry orang buat puding roti dalam pemanggan ajaib. Ha kali nie aku pula yang buat. Sementelah caranya dan bahannya pula senang, 2hari aku buat puding nie demi menghabiskan roti gardenia sebungkus yang panjang dengan chip coklat. Hari buat tu memang habis terus puding roti nie.

Memang hasilnya yummy yummy la. Selain dari chip coklat aku potong kacang badam dengan kurma sebagai topping tambahan. Memang terbaik la rasanya. Bukan sahaja mudah tapi cepat lagi tak payah membasuh banyak perkakas. Aku buat puding roti nie kat rumah mak saudara, jadi aku cerita ngan mama aku buat puding nie. Mama kata senangnya lepas tu nak cuba buat juga kat rumah pakai hadiah pemanggang ajaib yang tak suprise tu. Tapi mama kata lagi yang dia malas nak buat. Lastnya aku cakap buat nanti aku balik. Maknanya aku lah yang kene buat tu. :)


Perjalanan Shah Alam-JB 7 jam

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kembali meneruskan rutin harian setelah 4 hari bercuti. Sepanjang cuti nie memang hal projek di lupakan terus. Hinggalah hari berangkat balik, aku dapat headache yang memaksa aku untuk telan 2 biji penadol. Sapu cap kapak pun memang dah tak jalan. Dah lama sebenarnya aku tak kene headache hingga kene amik penadol nie. Pagi nie pun masih lagi dalam keadaan ting tong. Kepala seakan tak balance.

Semua nie ada sangkut paut dengan 7 jam perjalanana Shah Alam-JB. Selama nie tak pernah lagi sampai 7 jam. Paling lama pun 5 jam je. Kelewatan ini sebabnya bas rosak weii. Aku naik bas transnasional yang pada jadualnye dijangka berlepas jam 5 tapi 5.30 petang baru sampai basnya. Masuk plak depot bas sebab g isi minyak. No big deal yang kat situ. Meneruskan perjalanan macam biasa. Sampai air hitam berhenti kat R&R. Masa tu 8.45 malam. Driver bagi masa 25 minit untuk rehat.

Dah rehat semua, nak mula balik perjalanan driver dapat detect kata brek ada masalah. Kalau teruskan perjalanan akan mengeluarkan bau hangit dan boleh jadi bas terbakar. So driver kata better tunggu kat sini, mekanik dari Kluang akan sampai 30 minit lagi. So tunggu lah mekanik datang. Bukan 30 minit tunggu mekanik tu, dekat 45 minit juga la. Dah check-check semua bas bergerak cam biasa. Tapi kelajuan bas tersangat lah slow. Masih ada masalah barangkali. Driver tu pun bawa kat line kecemasan. Boleh bayangkan tak bertapa slownya. 

Kadang-kadang tu kat tengah lebuhraya, driver berhentikan bas turun tengok kat tayar belakang. Kedudukan aku dalam bas atas tayar tu lah. Ada ketikanya juga ada aku terhidu bau hangit. Masa tu agak cuak la takut tiba-tiba keluar api ke apa kan. Dalam rasa cuak tu sempat lagi aku tertido hinggalah masuk R&R Kulaijaya aku tersedar balik. Aku tengok driver bergegas bawa tong air masuk toilet. Bila dia dah keluar tu dia siram air kat bahagian tayar tu. Berkepul2 asap keluar. Tapi lepas tu driver teruskan perjalanan cam biasa.

Masa tu memang aku dah tak boleh tido. Memikirkan apa kemungkinan akan berlaku kan. Bila dah sampai tol Skudai barulah aku rasa lega sikit. Yelah sebabnya nanti aku turun kat Sri Putri. Dekat je lagi. Kalau turun Larkin tu ha memang gelisah juga la. Dekat 12.30 tengah malam selamat lah aku turun bas. Dah bergegas-gegas nak merempit pulak. Nasib baik masa masuk UTM tak kene tahan. Kalau tak aku mengamuk dengan pak guard tu. Sampai bilik aku mesej mereka yang berkaitan cakap dah sampai. Lepas tu aku memang bantai tido tanpa mandi. Dah takde rasa nak mandi waktu tu.

Lepas nie memang BLACKLIST transnasional. Sebelum nie aku dengar cerita kawan-kawan je yang mengalami masalah bas rosak nie. Bila dah kene kat aku sendiri memang tak akan 'pisang berbuah dua kali' la. Orang kata belajar dari pengalaman. Memang terbaik ah pengalaman nie. 


Thursday, September 12, 2013

Kenapa akaun nuffnang kita RM 0.00?

http://www.blogresipi.com/wp-content/uploads/2009/12/NuffNang_2.0-full.jpg

Bismillahrahmanirahim dan Assalamualaikum..

Tengok nie.. tengokkk



Wuuuu. duit dalam akaun Nuffnang kita ada RM 0.00.. Mana pergi duit kita? Setahun setengah kita kumpul duit tu, tengok sekarang macam tu je leh jadi RM 0.00. 

Bertenang ya kawan-kawan yang membaca. Sebenarnya aku dah CASHOUT duit tu. Hehe. Nie merupakan kali ke-2 aku cashout. Kali pertama dulu yang nie [LINK]. Amount untuk kali nie lagi banyak berbanding yang dulu. Takde lah banyak sangat hingakan 3series. Cukup sahaja dengan 2series. 

Niat di hati tak nak cashout lg. Tapi disebabkan kesempitan hidup aku terpaksa meng'cashout'kan. Takpelah nanti kumpul lagi. Alhamdullilah dengan ber'blog' dapat juga duit sampingan.

p/s ~ yuhuuu minggu nie cuti 3 hari..

Wednesday, September 11, 2013

3 wedding for 3 weeks

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Jangan nak expect lebih.. Tajuk je dalam Bi tapi karangannya masih dalam Bm. Kalau karangan dalam Bi komfirm tergolek ketawa orang yang pandai Bi dengan ayat Bi aku. Lagi pula kalau menaip Bm cepat sikit. Orang Melayu katakan. Kuwang2x..

Bercerita pasal majlis perkahwinan. Setiap minggu, memang akan ada majlis yang aku hadiri. Yelah orang jemput kenelah pergi. Tak kisah lah orang jemput melalui kad ke, FB ke semua aku pergi. Sebab aku nak meraikan mereka sempena hari bahagia mereka. Lagipula dah lama tak bersua muka. Jadi bila ada majlis macam nie, aku ambiklah kesempatan itu. Lepas nie memang dah tak akan jumpa maybe melainkan kalau ada yang nak organize reunion. 

1st wedding 1st week

Perempuan tu kawan masa forcast UTM. Kira sama baya lah. 

2nd wedding 2nd week

Lelaki tu kawan forcast UTM dan juga cousemate SSC. Juga sama baya. 

Photo: Officially wife of Mohammad Hadi
3rd wedding 3rd week

Lelaki dan perempuan cousemate aku. Bercinta sewaktu belajar dan Alhamdullilah hingga ke jinjang pelamin. Diorang sebaya. *sweet sangat

Minggu nie pun aku ada dapat invitation juga. Hari 1 Malaysia nie. Tapi tak dapat nak pergilah sebabnya dye orang Terengganu dan buat kat sana. Aku dok JB.. Memang tak dapat nak menghadirkan dirilah. Apa-apa pun aku doakan dari jauh moga kalian yang bakal melangsungkan perkahwinan akan dirahmati Allah dan hubungan yang dibina kekal hingga ke Syurga. Ohh doa itu bukan sahaja untuk yang bakal melangsungkan, yang dah berlangsung pun boleh.

p/s ~ suka g wedding kawan-kawan. Nanti dapat jumpa kawan-kawan yang lain.

Wednesday, September 4, 2013

Biskut Walnut Badam

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualikum..

Syawal makin hampir untuk melabuhkan tirai tapi baru hari nie nk update pasal biskut yang aku beri nama "Biskut Walnut Badam" ni. Maklumlah sejak dua menjak nie mood nak menaip tu malas. Bukan malas yang sikit-sikit tapi malas yang banyak-banyak. Bukan takde cerita nak berceloteh tapi takde daya jari nak menari. Kuwang2x..


Seperti yang sedia maklum tahun nie aku buat dua jenis biskut je. Bahan-bahan untuk buat biskut pun sama je dengan biskut yang sebelum ni, biskut chip chocolate. Nie kes nak jimat bajet. Dah pakai bahan-bahan sama jadi takde beza sangat resepinya. Yang perbezaan paling ketaranya warna sahaja. Yang nie putih bak mutiara dan yang satu lagi hitam bak si tampuk manggis. Sebabnya untuk resepi biskut walnut badam nie aku tak guna serbuk koko dan gula perang.


Bahan-bahan
Mentega ( 1 cawan)
Gandum ( 2 1/2 cawan)
Gula Kastor ( 1/2 cawan)
telur (sebiji)
soda bikarbonat (1/2 sudu besar)
esen vanilla (1 penutup)
kacang walnut (suka hati)
badam (suka hati) - dibakar dahulu


Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan telur. Pukul rata
3. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati
4. Masukkan kacang walnut dan badam. Kacau rata
5. Sudukan adunan atas dulang pembakar. Susun rata
6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit menggunakan api atas bawah.
7. Sejukkan dahulu baru masukkan dalam bekas.


Yang nie tak berapa nak habis. Pelik juga aku padehal aku pakai kacang walnut tu. Mahal ok. Tapi sebab tak habis biar aku makan banyak-banyak. Tak rugi belanja mahal-mahal sebab last-last masuk mulut aku juga. #suka

#saya ikhlas bagi makan biskut yang saya buat tu. melawak je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails