Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Sokmonyo dok kelih kat FB Mok Spupu dok g beli air green tea. Boleh dikatakan hari-hari dia g beli air ni. Tak puas-puas. Hari ni hoh buleh doh la iolss sendiri g beli. Meme umpph la. Biasanya dok minum green tea yang lipton aje. Zaman-zaman dok Universiti setiap pagi tak sah kalau tak rendam green tea.
Bukan setakat green tea je ada jual kat situ, macam-macam perisa ada. Cappuccino ada, latte ada, horlick ada. Macam-macam ada. Kalau nak campur cappuccino ngan latte pun ada. Tadi iolss beli yang green tea dan chocolate+green tea. Dua-dua sedap. Tak manis sangat. Boleh la Mak iolss minum. Tentang harga pula tak mahal pun. Sebungkus tu RM2 aje. Kalau yang chocolate+green tea pula RM2.50. Harga bergantung pada berapa perisa kita tambah.
Air tu dia letak pula dalam paper bag yang di cop ni. Owhh nama kedai "Coffee Fresh" rupanya. Eh dia bukan macam kedai kopi tau tapi ala-ala macam gerai gitu. Kat paper bag tu siap ada no telefon. Jadi sapa yang nak order pun boleh la. Sampai kat gerai tu, air dah ada boleh terus minum.
Landmark gerai tu macam dalam gambar kat atas ni. Kredit dekat FB mok spupu. Yang dalam bulatan tu lah gerainya. Berdekatan dengan bangunan MCA dan Maxis Center di Jalan Kebun Sultan. Sapa-sapa yang nak cuba minum green tea @ perisa-perisa lain boleh la singgah gerai tu.
Kamsahamnida *_*
No comments:
Post a Comment