Wednesday, December 17, 2014

Resepi : Mee Sup

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum

Kelate kembali dengan musim hujan. Bila dah hujan ni perut otomatik lapar je sokmo. Biar sebelum tu dah makan nasi pun. Dasyat kan. Ni semua sebab tak leh g kemana. Kalau boleh pergi, ofkos tak ingat makan dah. 

Bila sejuk-sejuk ni kita masak masakan panas lah. Maka terciptalah mee sup, iolls punya style. Bahan dan cara buat tak susah pun. Ada mee ada sayur boleh la buat. Ni iolss share cara iolss masak.

Bahan-bahannya:
1 paket mee kuning
5 ulas bawang putih - tumbuk
cili blend
udang 
sayur - kobis, sawi, carrot, tomato
sos cili, tomato, tiram
telur - 4biji
garam/gula

Cara-cara
1. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan satu senduk cili blend. Masak hingga naik minyak.
2. Masukkan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan udang dan telur. Biarkan bahan-bahan tu masak.
4. Masukkan garam/gula dan sos secukup rasa.
5. Masuukan sayur dan mee kuning.
6. Biarkan mendidih untuk seketika.
7. Sedia untuk dimakan.


Jadi ni lah rupa mee sup style iolss. Panas dari dapur. Baru lepas masak ni. Nyum3x. Sapa yang ingin mencuba sila-silakan. Iolss masak simple je.

Kamsahamnida *_*

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails