Sunday, December 7, 2014

Resepi : Japanese Cheese Cake with Nutella Topping

Bismillahirahmanirahim dan Assalmualaikum..

Alhamdullilah niat nak buat kek untuk birthday Adik berjaya juga dilaksanakan biarpun lambat sehari. Almaklumlah bila penyakit "M" menyerang yang sehari sebelum birthday Adik berkobar-kobar, hari kejadian lain jadinya. Tak dapat bayangkan kalau orang yang cari makan melalui buat kek kalau seminggu sebelum amik order rajin bukan main lagi bila hari kejadian kelaut pula rajinya mahu kene hentak dengan pembeli. HaHa

Japanese Cheese Cake with Nutella Topping

Idea nak buat kek ni muncul bila terlihat sorang baker kat IG ni buat this kek. Hah memang padah betul bila follow bakers ni semua kek nampak sedap je. Lepas tu mula lah nak cuba buat dan pengakhirannya diet iolss kelaut. Sedih betul bila mudah terpengaruh ni kan.

On top view

Sebabkan buat kek pun sehari selepas birthday takde nak tiup-tiup lilin dah sebab malam celebration entry kat sini dah tiup lilin kan. Jadi bila takde nak tiup lilin, lepas chiller sekejap iolss lah orang pertama potong kek ni. Sebabnya dah lama giler plan nak buat kek ni nak rasa sedap ke tak. Last-last tertunai waktu birthday Adik. Rezeki ko lah Adik nak ada kek birthday. HaHa. 

Jadi sapa yang nak cuba buat kek ni nak tahu kelazatan, iolss share resepi kat sini. Resepi ni iolss snapshoot je dari blog. Tapi lupa pula blog mana, jadi iolss nak mintak halal dan share resepi ni wahai pemilik blog. Hope membantu lah sapa yang nak mencuba kan.




Untuk topping tu, macam-macam topping leh letak. Pilihan ditangan anda. Buat ikut krativiti masing-masing. Iolss letak nutella sebab dah lama sangat nutella tu dok jadi perhiasan. Gunanya tidak beli pandai. Punca beli sebab harga nutella murah masa tengok tu. K bye.

Kamsahamnida *_*


1 comment:

Hafizin Jamil said...

bukak ig la. jual kek tu.. ada potensi. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails