Sunday, December 21, 2014

Resepi : Spaggeti Chicken Carbonara

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.. 

Bila terasa nak makan spaggeti je, memang akan buat Spaggeti Carbonara. Jarang sangat nak buat Bolognese punya. Sebabnya iolss memang giler chesse. Plus my parents sendiri pun suka yang Carbonara. Tak kisah lah seafood ke, chicken ke memang akan buat Carbonara. Tapi kalau pakai daging tak sesuai nak buat Carbonara. Kalau pakai daging juga prefer Bolognese la. 


Iolss suka makan spaggeti taruk kuah banyak-banyak. Jadi bila nak taruk kuah banyak tak boleh nak buat pekat sangat. Kan ada yang terlebih spaggeti sebabnya kuah dah habis. Haha.

Selalunya bila buat kuah Carbonara ni, iolss beli je sos carbonara yang dalam tin tu yang jenama Frego. Tapi hari tu iolss ada tengok kawan masak, apa lagi iolss mintak lah resepi dia. Dia tak pakai yang dalam tin tu pun. Dia pakai yang instant sup jenama Vono ni aje. Dia ada pakai satu lagi yang instant sup tapi iolss macam biasa suka menderhaka. Jadi iolss tak beli yang tu. Guna yang jenama Vono ni aje.


Bahan-bahan
- 1 kotak instant soup jenama Vono
- 1 tin cendawan button *potong dadu
- isi ayam * slice
- susu fresh milk
- 1 biji bawang besar *potong dadu
- Serbuk black paper
- garam/gula

Cara-cara
1- Tumis bawang besar hingga naik bau.
2- Masukkan potongan ayam. Biarkan hingga ayam masak.
3- Masukkan separuh kotak susu fresh milk.
4- Masukkan instant soup jenama Vono. Dalam tu ada 3 paket. Masukkan semuanya.
5- Masukkan cendawan button.Kacau hingga mendidih.
6- Kalau pekat sangat masukkan air ikut keadaan.
7- Masukkan serbuk black paper, garam dan gula secukup rasa.
8- Siap sedia untuk dimakan.


Gambar atas api lagi ni. Tengah mendidih Uolss

Walaupun selalunya bila buat mesti Spaggeti Carbonara, Iolss tak pernah jemu makan. Habis sepinggan boleh tambah lagi sepinggan. Memang hantu Carbonara betul. Sebab selalu makan banyakkan jadi tak dapat lah nak g makan kat kedai. Kalau makan kat kedai berapa lah nanti berhabis. Memang prefer masak sendiri. Sedap ke tak sedap ke memang comfirm akan sedap. Sokmo habis je makanannya. Jadi uolss kalau yang hantu carbonara macam iolss ni, try masak. 

Kamsahamnida *_*

4 comments:

Puteri Wanita said...

guna mushroom soup aje yer. selalu buat lasagna yg guna mushroom soup. nanti makan pasta pun guna mushroom soup juga la :)

Izzati Amira said...

sedapnyaa... feveret nih!

Hafizin Jamil said...

Tak pernah tahu yang spageti ada banyak jenis. Haha. Tahu lanyak je.

Nadratul Syazwana said...

Wahhh pandainya buat! :D Nad tak pernah try buat spaghetti ni hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails