Monday, August 31, 2015

Jemput like

Bismillahirahmanirahim dan Assalamaualaikum..

Merdeka! 
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Bebasnya kita hari ini dari penjajah bangsa asing,
ter'penjara'nya kita dengan sikap pemimpin.

Kat timeline FB penuh dengan gambar pasal 'bersih'. Penuh dengan provokasi dari anti DS Najib. Kalau biasanya aku dok scroll je FB tu, tapi sejak banyak gambar 'bersih' layan running man lagi syok. Sapa tengok running man? Hurmm aku jelahkan sebabnya orang lain kerja, aku jobless. :(

Ni aku ada buat bisnes sikit. Boleh lah tampung perbelanjaan beli topup. Tak banyak, dapat sikit pun Alhamdullilah doh. Jadi nak jemput rakan-rakan blog marilah like page bisnes aku ni. Aku jual kain pasang je. Boleh la tengok-tengok. Kalau ada berkenan blh la PM. Tambah-tambah nak dekat raya haji ni, boleh la beli 1, 2 pasang. Nak beli borong pun boleh. :)

[LINK]


Friday, August 28, 2015

Self reminder #3

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Lakukan semua yang baik-baik sahaja mana tahu tak sempat nak bertaubat Allah dah panggil kita untuk kembali kepadanya. Lagipun kita tak tahu bila dia nak kita kembali kepadaNyakan.




Thursday, August 27, 2015

Shopping online lagi!!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum 

Ambooii sejak gaji dah masuk ni kan, semua benda nak beli. Tangan tu dia jadi gatai2 lepas tu mula la type website Lazada dan Zalora. Kik3x. Bahaya sungguh kan bila ada penyakit gatai2 ni.. Padahal baru bulan lepas membelinya. [Link kat sini]



p/s ~ Kita tunggu ya agak-agak apa barang lah yang sampai nanti.

Tuesday, August 25, 2015

Ayam Madu

Assalamualaikum..

Terpengaruh dengan sticky caramel chicken wing Mama Tisya (MT) punya, aku apa lagi cap cap cus di dapur lah buat ayam tu. Bahan utama iaitu ayam pun ada kan. Bahaya betul kan kalau dah terpengaruh ni. Tapi ok lagi lah berbanding dengan dengki mendengki tu. 

MT pakai ayam bahagian wing je, aku bantai je mana-mana bahagian ayam sebab beli sekor kan. Sonok tengok ayam MT berkilat-kilat. Ayam aku

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


HITAM LEGAM!!

Rasanya mungkin sedap. Kenapa aku cakap mungkin? Sebab aku tak makan, hanyalah tukang masak. Tak makan sebab taruk madu, kicap dan sos, aku sekarang dalam proses mendietkan diri. Sebab ayam ni letak madu aku namakan menu ni Ayam Madu.

p/s ~ nak resepi? klik je kat link atas tu

Monday, August 24, 2015

Trip ke Pulau perhentian :: Perhentian MJ

Bismillahirhamnairahim dan Assalamualaikum..

Berkenan ke pulau perhentian yang telah aku jejaki tu, mula-mula nak cite pasal homestay. Tu perkara pertama yang wajib di fikir sebabnya nak pergi tempat orang kan. Takkan nanti nak tido jeti ye dak. Hehe. 

Sebelum tu nak cerita sikit cam mana boleh tiba-tiba nak ke pulau kan. Idea ni dicetuskan oleh aku sendiri masa pergi majlis perkahwinan classmate form 5 ngan Fatin Ain bulan May. Dan idea ni telah pun disokong. Dia kata nanti dia survey mana yang best dan mampu untuk kami. Aku reti ngekor je, nak cari kurang rajin sikit. Jadi kalau nak wat trip solo memang tak akan menjadi. 


Hasil dari survey, maka keputusan telah dibuat nak amik pakej di atas. Sebab amik pakej ni ialah point utama kami nak g snorkelling. Nak menoraka di dasar laut. Nak melihat keindahan yang jarang dapat lihat di dalam sana. Yang kat atas pun nak tengok tapi lebih pada yang di dalam. Harga yang dia letak kat situ RM340, tapi hasil dari rundingan dapat lah RM315/person. Makanan pun dah disediakan. Jadi tak payah nak fikir pasal nak makan kat mana dah. Sebab nak g bercuti kan. So cuti sungguh-sungguh tak payah fikir dah makanan cam mana. Ohh aku pergi dengan 3 lagi kawan. Total 4 orang :)

Untuk pakej ni kami akan menginap di Perhentian MJ. Lokasinya kat perhentian kecil  kat Kampung Nelayan. Sebenarnya pulau perhentian ni terbahagi kepada dua iaitu perhentian besar dan perhentian kecil. Perhentian kecil ni lebih kepada backpacker, yang besar pulak lebih kepada family. Dari apa yang aku tahu lah. Kalau salah, harap maaf. Jadi bilik kat Perhentian MJ ni macam dalam gambar kat bawah. Kami 4 orang dapat 2 bilik yang ber'aircond'. Jadi 2 orang untuk satu bilik. Tapinya bilik yang kami dapat boleh muat untuk 3 orang sebab ada satu katil queen, 1 katil single. Agak padat sikit lah dengan bilik yang hanya boleh muat katil. Sembahyang pun muat-muat sejadah je. Bilik air memang dah kat dalam tu. 


Keadaan bilik ok cuma yang tak ok view kat depan penginapan ni. Kalau kami pergi tahun lepas mesti dapat tengok view cantik dah perginya tahun ni, jadi gambar view bawah lah yang dapat kami tengok. Ada construction yang baru nak naik daa. 





Secara kasarnya tu lah bangunan penginapan yang kami tinggal. Macam dok hostel pun ada. Kik3x. Kata backpacker kan. :P

Saturday, August 22, 2015

Pemenang "Teka Di Mana"

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Terima kasih yang sudi join contest yang aku buat. Maklumlah blog ni pun baru je nak menapak kembali walaupun dah lama tertubuhnya. Ni semua sebab tuan blog malas nak mamp**. Kih3x. 

Jadi pemenang untuk "Teka Di Mana" ialah

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


kepada pemenang sila email no akaun CIMB@MAYBANK anda ke 
shafaa.hairaa@gmail.com



Gambar cantik yang ala-ala kat Maldive dan Bora bora ni ialah Pulau Perhentian. Nanti aku update pasal bajet, homestay dan aktiviti kat sana. Serius berbaloi-baloi sebab tempatnya tersangatlah indah. Nak repeat pergi sana pun ada, tapi lebih baik pergi tengok keindahan di tempat lain yang lawa-lawa.

Friday, August 21, 2015

Teka di mana?

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Actually aku baru sahaja balik dari bercuti. So nak buat lah contest sikit untuk menghargai mereka yang sudi singgah blog ni. Contest ini dinamakan sebagai "TEKA DI MANA". Orang pertama yang teka dengan tepat, tempat yang aku g bercuti ni akan terima wang RM5. Pastikan ada akaun CIMB/MAYBANK ya sebab senang nak transfer nanti.  Fridge magnet tak dapat nak bagi sebabnya hanya beli untuk kenangan diri sendiri. 


Jadi contest "TEKA DI MANA" adalah berdasarkan gambar di atas. Klu tambahan ialah dalam MALAYSIA. Anda boleh teka sebanyak mana yang anda mahu (teka satu per satu) tapi orang PERTAMA yang teka dengan betul akan dipilih sebagai PEMENANG. Anda hanyalah perlu tinggalkan jawapan di ruangan KOMEN. Gud luck :)

p/s ~ Contest tamat tepat jam 12.00 am hari Sabtu.

Thursday, August 20, 2015

Back

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

 

Finally! Selepas hampir seminggu tiada entry now i'm back. Fuhhh susah jugak ya bila takde internet ni. Boleh mati kutu tau. Ni sebabnya masa malam Sabtu itu hari, berlaku letupan pada modem wifi. Bila dah meletup maka rosak lah ia. :(

Boleh je online thru phone tapi aku kurang gemar sikit. Sebab phone cenonet je kan screen dia. Nak type pun susah. Sebab tu aku lagi prefer online guna laptop. Hari ni dah dapat online pakai laptop sbb dah g tukar modem. Call orang TM tak datang pun, last2 papa g tukar sendiri.

p/s~ orang TM ni nak kerja ke tak?

Friday, August 14, 2015

Self reminder #2

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Ya bersyukur dan bersabar. Itulah yang aku dok ulang-ulang kat diri sendiri. Bersyukur lah dengan apa yang ada sekarang walaupun aku masih lagi seorang yang tengah mengangur. *Anyone yang baca kalau ada kerja kosong boleh kasi aku. 

Bersabar lah pasti ada pelangi indah di kemudian hari. Aku tahu rezeki tu akan ada cuma lambat @ cepat dia datang. Aku bukan takde usaha cari kerja. Ada!! Tiap malam sebelum tido aku ngadap laptop cari iklan2 jawatan kosong. Kadang2 aku dapat rasakan mata aku ni dah macam nak kabur-kabur. Bahana ngadap laptop dalam gelap. So, aku nak orang yang kat sekeliling aku jangan nak push sangat suruh aku kerja. Ketahuilah perasaan aku lebih kecewa dari orang sekeliling. Apa yang aku mampu lakukan sekarang doa, doa dan doa. Sebab aku juga berusaha. Hinggakan iklan yang tak kene ngan course pun aku mitak jugak. 

p/s ~ pelangi please muncul cepat..  

Thursday, August 13, 2015

Jalan-jalan raya pertama

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari raya tahun ni sama macam hari raya tahun2 sudah. Tak balik kampung mana2 pun sebab aku memang dah dok kampung. Orang kata village people. Orang kata tau bukan aku kata. Kik kik..

Macam biasa pagi2 siap mandi, pakai baju raya, pakai kain sembahyang kita g tunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri dulu. Balik tu baru bersalam-salaman mintak maaf antara satu sama lain. Sebelum g jalan raya, mestilah amik gambar satu keluarga kan.

#teampurple 

Rumah pertama g jalan raya ialah rumah jiran. Singgah rumah jiran pun masa odw nak g rumah mak saudara. Rumah jiran tu ada nasi dagang dan roti cicah gulai. Jadi aku pilih makan roti cicah gulai. Lepas tu baru g umah mak saudara. Nenek dan datuk untuk dua belah keluarga dah lama takde.

Kat umah mak saudara tu ada nasi hujan panas ngan bihun soto. Dua makanan tu aku terliur jadi makan lah dua jenis tu. Selepas tu, g jalan raya umah Che. Che ni jiran juga. Kat umah Che ni makan lagi. Makan sate ngan roti jala. Ada nasi dagang juga tapi aku tak berapa suka nasi dagang ni. Lepas balik umah Che, pergi pulak rumah mak angkat Mama. Kat sebelah rumah Che je pun. So sebelum Jumaat tu memang pusing2 kampung je. Oh ya sebelum Jumaat juga sempat g rumah pak saudara Mama. Yang ni jauh sikit kat Cherang. Kat sini baru lah aku makan nasi dagang. Sebabnya dah takde menu lain.. Hik..hik.. Dan kat sini juga baru lah amik gambar ngan sedara mara. Hehe



Lepas Jumaat pulak g umah mak saudara belah Papa dekat Sek Long Ghaffar. Kat sana ada roti jala dengan gulai ayam. Sebabkan rumah tu rumah last untuk hari raya pertama, jadi memang makan sungguh-sungguh lah. 

Jadi tamat sudah jalan2 raya pertama, apa yang boleh disimpulkan ialah walaupun raya di Kelate, tapi kebanyakkan rumah jamu nasi dagang yang popular bagi negeri Ganu. Ngehhhh. Raya ni pun memang naik turun rumah orang je, rumah sendiri takde masak apa-apa pun. Raya ni juga aku masih lagi dapat duit raya tau. Sekian saja jalan2 raya pertama. Kalau rajin ada cerita raya ke2. Tapi bagi aku raya ke2 pun sama je ngan raya pertama, naik turun rumah orang juga. :P

Congo bar hangit

Bismillahirahmanirahim dan Asalamualikum..

Punya lah excited nak buat congo bar sampai up status kat twitter kan. Ye lah sbb lepas raya tak start baking lagi tu yang excited. Alih2 bila dah siap, rupa congo bar yang sepatutnya gebu gebas menjadi seperti awang hitam. Tapi sebabkan yang membuat congo bar ni perempuan jadi aku namakan dia congo bar awek hitam. :)


Dah la rupa hitam, tak masak pulak kat dalam. Hangin je satu badan rasa. Ni semua sebab salah setting oven. Ingatkan setting dia sama dengan yang sebelum2 ni, jadi takde lah nak tengok settingnya. Rupa2nya setting dah bertukar tu pasal lah jadi cam gini. Last2 kikis buang yang hangit tu, aku gaul balik sebab yang kat tengah tu tak masak, aku bakar lagi sekali. Jadi rupanya yang terbaru 

v
v
v
v
v

v
v

v
v

v
v
v

v
v
v

v
v

 


Gitu aje lah rupanya. Tapi mama kata sedap, sebabnya dia garing jadi makan tu akan bunyi kruk krak. Apa ajelah. Asalkan boleh makan takde lah kata dah hangit tu terus buang je. Zaman-zaman mata wang dah empat rata untuk 1USD ni xleh nak membazir sangat. 

P/S ~ simpan sikit untuk bawak ke pulau.. :)

Wednesday, August 12, 2015

Wordless Wednesday :: Menang duit raya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamuaalikum..


Alhamdullilah.

Kedai peralatan 'IBADAT'

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Musim haji dah tak lama ni mesti ramai yang dok p cari barang2 kelengkapan haji. Bagi yang belum lengkap lah. Yang dah lengkap tu aku rasa dah susun2 dalam beg. Tapi kejap2 bukak, kejap2 nak susun balik. Rasanya tak sempat sampai Mekah zip dah terkopak. Ayoyo. Kene beli beg baru ler.


Kalau yang tinggal kat Kelantan tu yang mana nak cari barang2 untuk haji contoh kain ihram jangan lah dok p kedai 'Aik An' ni. Nanti bukan kain ihram yang kau dapat, colok pulak yang di bawa balik. Hati-hati la ya. Walaupun kat signboard kedai tu bukan main lagi dengan tulisan jawinya tapi tengok nama kedai tu tak lulus tau. Konon ajelah "Kedai Peralatan Ibadat" tapi yang sepatutnya tulis kedai peralatan sembahyang. Baru orang tak keliru.

p/s ~ kene faham betul2.. jangan tertukar dengan 'DNA' plak.

Biskut raya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Minggu ni adalah minggu last sebelum Syawal meninggalkan kita. Dah puas ke beraya semua? Aku kat kampung ni takde nak beraya sangat. Seminggu yang pertama syawal je kalut g sana g sini, lepas tu hujung minggu je memang melepak kat rumah. Tapi melepak kat rumah pun baru sekarang nak update cite pasal raya..Heeee

Mula-mula nak cite dulu pasal biskut raya. Tahun ni sama seperti tahun sebelum-sebelumnya. Aku buat je biskut raya ni. Baru ada kepuasan dalam menyambut raya.  Kalau beli pun kerepek aje. Sebabnya takde bahan dan kepakaran nak buat kerepek. 

Macam biasa seperti tahun-tahun sebelumnya kalau buat biskut raya mesti ada biskut chip chocolate. Pasai apa biskut ni sokmo ada tiap tahun? Pasai nak buat biskut ni sonang. Bukan bermakna nak buat biskut lain tu susah tapi entah ler memang tiap tahun dalam list biskut raya mesti ada biskut ni.


Chip chocolate

Lagi biskut untuk tahun ni ialah biskut cornflakes dan samperit. Aku kalau tengok resepi nampak bahan dia cam tak renyah dan cara-cara pun senang je yang tu memang menjadi pilihan. Untuk biskut cornflakes ni, mula-mula buat sebelum raya lagi. Bagi kawan-kawan rasa semua kata sedapp. Dah sedapkan apa lagi kita jadikan sebagai biskut raya ler. 


Cornplakes + badam

Yang biskut samperit ni pulak, kakak aku punya pasal lah ni >>> mengidam. Masa dalam puasa dia balik nak buat, cari punya cari acuan samperit tak jumpa. Nak g beli dah tengahari semua malas. Jadi disebabkan aku adik yang baik, kakak punya pasal rela lah buat biskut tu untuk dia. Bahan-bahan dia tak renyah lagi, tapi yang rehyahnya ialah masa nak terap tu. Alahaiii lembik sangat. Nak gantel pun tak boleh. Haishh!! Tapi dengan penuh kesabaran dan pertolongan Mama berjaya lah siapkan. Tahun depan aku tobat dah tak nak buat biskut tu.


samperit

Selain dari biskut raya, aku ada juga buat kudapan. Iaitu popia. Habis semua jenis popia aku buat. Nah popia inti serunding, popia nestum, popia pedas. Semua tu aku gulung sorang-sorang. Gigih betul, balik je dari sekolah terus mengulung. Selalunya aku balik sekolah melingkar atas katil. Dalam kepenatan tapi enjoy lah buat biskut dan popia ni. Yang enjoy sangat tu sebab dah lah sedap boleh pulak makan banyak.





Tuesday, August 11, 2015

Mandi Manda di Sungai Pangsun

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Entry peram biar jadi perkasam.


Sebelum lagi banyak memori yang luput baik aku tulis ajekan. Gambar-gambar dah loading lama, jalan cerita aje takde. Ni cerita masa cuti sekolah bulan 6 hari tu. 

Alang2 dah pergi KL umah mak sedara, jadi mak sedara plan lah nak g picnic. Syoknya lah kan kebetulan plak dah setengah tahun 2015 tak pernah lagi pergi picnic. Plan asal nak pergi ke Janda Baik. Masa tu dah jadi double excited. Yelah sebab banyak baca blog kata best picnic kat janda baik. Sapa tak excited kan. Tambah-tambah #villagepeople macam aku kan.

Tapi bila hari kejadian, odw nak g picnic, jalan yang dilalui macam bukan nak g Janda Baik yang kat Pahang aje. Pergi 2 buah kereta. Yang pastinya depan tu kereta mak sedara kan. Jadi #villagepeople ni ngekor ajelah. Dekat 2 jam juga lah tambah dengan ala-ala confius mak sedara yang ingat tak ingat jalan tu tiba lah ke destinasi perkelahan. 

Memang sah la bukan picnic kat Janda Baik tapi kat Hulu Langat nuh kat Sungai Pasung. Tapi tak mengapalah asalkan dapat picnic, dapat mandi manda tu pun dah syukur alhamdullilah. Tambah2 dapat tengok alam ciptaan Allah swt. Aku ni kalau nak tahu seorang pencinta alam. 


Cantikkan


Selfie dengan alam


Nak mandi kat sini takde kene cas apa pun. Free je. Cumanya pondok kat tepi sungai untuk berteduh, solat @ makan tu kene sewa. Kalau tak silap aku RM20 kot sewanya. Bukan lupa tapi tak tahu sebabnya mak sedara yang bayarkan. *gambar pondok takde plak amik.

Best berendam sbb sejuk

Bila dah picnic kan kenelah ada makan-makan. Jadinya menu hari tu nasi lemak masak kat rumah dengan bbq ikan, ayam dan sosej. Yang tu bakar aje kat sana. Kumpul batu2 dari sungai tu buat bara api dah boleh membakar. Pemanggan tu bawa siap-siap dari rumah.

posing je lebih

Mak sedara dan pak sedara tukang bakar sebenar

Tu ada sikit gambar pondok yang aku bagitahu tu. Tak tertutup pun pondok tu. Kalau nak salin pakaian boleh tapi nak kene buat tirai lah kasi orang lalu lalang kat jalan tu tak nampak. Tandas pun ada tapi tak berapa nak bersih sangat. Kalau nak membuang tu boleh la. Takde kata buang je dalam sungai kan. Eee geli sangat. Aku pulak jenis orang yang walaupun dah dok berendam dalam air, aku tetap g toilet untuk air kecil. Nak membuang air besar lagi haruslah dalam tandas kan. Nanti tak pasal-pasal pulak ada benda terapung. :P



Monday, August 10, 2015

Single

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

being-single-f5c7690bb9eff68e6e74e7fef7271c

tumblr_mswwevDyCV1r00tolo1_500

I'm single and I'm HAPPY:)

Wednesday, August 5, 2015

Spaghetti Seafood Carbonara

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Sejak cuba makan spaghetti carbonara ni kan, kalau nak banding dengan spaghetti bolongness aku lagi suka yang carbonara. Penuh berkrim!! Nyum2x.. Aku suka makan dengan kuah yang banyak. Bila nak kuah banyak kan aku prefer masak sendiri ++ boleh la makan banyak-banyak. *dah kata suka kan.

Kalau sebelum ni bila nak buat je mesti beli sos carbonara yang ada mcm2 jenis seperti kimball dan prego. Tapi semenjak kawan bagi resepi untuk buat spaghetti carbonara ni, tak pernah lagi beli yang instant tu. Cukup dengan adanya instant sup cendawan seperti gambar dibawah ni. Lepas tu beli susu penuh berkrim jenama Dutch Lady.


Resepi :

1 biji bawang holland - potong dadu
1 tin cendawan button - potong
sotong/udang
3 paket instant sup @ 1 kotak
3 cawan susu berkrim

Cara-cara :

1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang yang dipotong dadu. Biarkan hingga layu.
3. Masukkan sotong dan udang. Biarkan sehingga masak.
4. Masukkan instant sup.
5. Kemudian masukkan susu.
6. Kacau sehingga sebati.
7. Masukkan cendawan button. Biarkan sehingga mendidih
8. Tutup api.

*kalau nampak pekat sangat boleh tambah air sikit.

Senang aje kan. Dah lah sedap. *ehh puji pulak. Sebenarnya nak cakap spaghetti carbonara ni sedap. Sebabnya kalau makan dekat restoran ke mana-mana je mesti tak cukup sepinggan. Hehe.

p/s ~ owh ya lupa.. jangan lupa masukkan garam gula secukup rasa.

Tuesday, August 4, 2015

Renew lesen memandu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Menyampah betul. Elok-elok je yang sebelum ni gambar kita tu sama seperti gambar pasport, yang baru ni setongkol dok letak gambar muka sahaja. Kejadahnya tak ikut yang dulu punya. Bukan tak bawak pun masa g perbaharu lesen. Dah ler renew sampai 2 tahun. Bertabahlah nak guna tu untuk 2 tahun. 


Dulu zaman belajar sempat lah renew lesen sendiri. Sekarang ni, Papa yang pergi renew dan semestinya Papa lah yang bayarkan. Sayang Papa. Berapa RM untuk sebulan pun dah tak tahu. 

p/s ~ Sakit pulak hati ni tengok. Grrr

Saturday, August 1, 2015

Happy birthday to Me

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari ni jam 12.25 tghari 1 Ogos 2015 genap lah umur aku 25 tahun. Sedar tak sedar dah 1/4 abad aku hidup di atas muka bumi ini. Terima kasih yang Maha Esa kerana mengizinkan aku untuk bernafas di bumi mu. Jutaan terima kasih yang tak terhingga juga buat Mama kerana melahirkan aku. Mama kata aku lambat dilahirkan. Sampai tahap aku ni berak dalam perut dan makan najis sendiri. Akibat dengan itu 15 hari pertama aku dijaga di hospital. Kata Mama lagi sedih menengokkan aku waktu tu sebab wayar berselirat. Tapi sedih mama, sedih lagi aku sebab Mama terima aku sebagai anak dia. :(


Dalam banyak-banyak wish kat FB setakat jam ni, yang adik aku punya paling WIN. Ya aku akui yang aku seorang kakak yang sangat lah 'bekeng'. Selalu marah dia terutamanya bila aku mengajar dia. Tapi buat masa sekarang aku ngan dia je kat rumah, jadi dengan aku jugak lah selalu dok bergurau.


Aku memang 'bekeng' sejak zaman sekolah rendah lagi. Tapi kalau nak dibandingkan dulu dengan sekarang, sekarang aku dah makin kurang 'bekeng'nya. Buktinya masa aku pergi majlis kahwin rakan sekolah rendah tu, yang kahwin tu terkejut tengok aku lemah lembut tak garang-garang dah. See 'bekeng' aku terbukti dah kurang kan. Hehe


Ni gambar terobek sambut bufday tahun lepas kat UTM with lab rats. Tahun ni takde dah lah keknya sebab takde orang dah nak sambut bufday aku. But its ok, umur pun dah 25 kan jadi feel nak sambut bufdat tu dah kurang. Tapi kalau ada orang sambut excited jugak. Sebab kecik-kecik dulu memang mama jarang nak buat majlis sambutan hari jadi ni. *hint mintak orang sambut bufday

p/s ~ Azam dan semangat tak pernah berubah. Still mengejar untuk menjad lebih baik dari semalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails